Wednesday, June 15, 2011

Review my day : Bila Khamis menjelma.

Dup dap dup dap bunyi jantung ni. Makna taknya esokkan dah nak nikah (nikah pada tarikh 27 mei 2011 - Jumaat) ko By! Start cuti hari Isnin (23 Mei 2011) hari tu, dah start jadi orang alim. Mana tak nya selawat je kerja nya...


Khamis memang start bz habis! Handphone pun kadang-kadang ntah ke mana. Tapi kalau jumpa, mesti update sikit kat fb dan blog. Hahaha. Sempatkan? Eh nanti nak print screen wall kat FB buat kenangan selamanya. Syok juga tengok komen orang ^_^.


Hari Khamis hari merebus telur, itu dan ini. Sebab, Jumaat itu banyak agenda. Agenda hari Jumaat adalah :

1. Majlis bacaan yassin dan tahlil.

2. Majlis nikah.

3. Majlis berinai, birthday Suci dan Ulangtahun Perkahwinan kak Ani aku.


Ha amik ko, all out one day! Jangan semua lesu masa Majlis Sanding dah la kan?


So hari Khamis tu, tengok-tengok mak dah siapkan benda alah ni!


1. Doorgift untuk Majlis bacaan yassin. *Mak tiru Uya punya design! Mana aci!


2. Doorgift untuk Majlis Harijadi Suci. Ingat? DIY aku? {click}

Mak dan aku dah siap isi dooorgift ni awal-awal. Kalau buat hari Khamis mahu terberak dibuatnya. Semua benda nak buatkan?


Yang ni pula kerja aku. Susah payah aku masuk hutan cari ranting kayu ni tau. Memang impian nak buat ranting kayu ni.

Aku catkan warna putih dan letak reben biru. Nanti aku letak gambar gedik-gedik aku. Hahaha. Tak adalah just gambar bertunang dan prewedding haritu. Lepas itu, Kak Ani aku sibuk nak letak gambar dia sekeluarga.


Dan ini kerja abang ipar aku. Segala apa yang berkenaan dengan cat, dia akan touch upkan. Habis semua dia touch up. Aku cakaplah, bukan orang nampak pun. Dia jawab, takpe nanti rumah dia orang nampak cantik -__-".

Sampaikan meja pun dia cat balik?


Hari Khamis jugalah orang katering pasang khemah. Masa ni mak ai.. tatau apa rasa! Rasa macam waaaaaaaaaaaaaahhh aku nak kahwin! Macam nak terlompat-lompat keriangan... Astaghfirullahalazimmmm..




Aku ambil package katering sekali dengan khemah. Nanti aku buat entry khas untuk vendor katering. Aku nak bagi kredit kat dia, sebab aku sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja vendor ni. Perkataan syukur sentiasa dalam hati bila tengok progress diaorang pasal khemah sampailah dekor.


Ini pula khemah untuk pelamin. Ye, aku letakkan di halaman rumah kak Ani.

Just pihak katering pasangkan khemah dan scallop dulu. Lain dekor hari Jumaat. Punyalah risau masa ini. Can't wait tau!


Kerja-kerja lain adalah siapkan bunga pahar, bunga telur (nak buat lebat- lebat bunga telur tu sebab salah satu impian aku) dan doorgift untuk tetamu, keluarga dan teman rapat.



Thanks untuk semua sebab tolong siapkan doorgift impian aku! LOVE!


Ini lah hasilnya bebeh! Aku suka sangat-sangat-sangat.



Next bila malam jumaat tiba ok! Jengjengjeng jeng.. *muka syaitan*


8 comments:

= d = said...

cantik nye doorgift u..
:)

elle's laaa~ said...

ehehehe... suke kale biru ;))

Byzura Mj (By) said...

= d = : me kasih!

Byzura Mj (By) said...

elle's laaa~ : biru macam kat beach! :P

LittleSunshine said...

yup..cantik blue tu =)

littlehumblelynn said...

by

the food was tasty !!
kata org2 tua..kalo makan sedap di rumah pengantin..cpt pengantin dpt baby..hehhee..

Byzura Mj (By) said...

LittleSunshine : me kasih Liza ;)

Byzura Mj (By) said...

littlehumblelynn : ye ke kak lin!!! wah ni teruja buat anak ni!! hahahaha.