Monday, June 20, 2011

Review my day : Dan bila hari Jumaat pun menjelma!

27 Mei 2011 - Masa ni tak tahu lah perasaan macam mana. Nak graba sangat pun tak boleh, nak seronok sangat pun tak boleh. Tapi masa ni betul-betul rindu kat wak Ajim! Pergh kalau dia baca entry ni mesti dia senyum-senyum kambing. Rindulah, sebab kitaorang kena kuarantin.


Genap seminggu kots tak jumpa T_T. Kan wak?


Pagi haritu, mendung je. Semua orang duk suruh aku campak baju atas atap. Bukan baju tshirt ke hape. Disuruhnya campak sotong yang aku tengah pakai! Hahaha. Gila apa weh. Buatnya sotong aku terbang, tak ke malu! Hahaha nak nak masa tu pakai sotong terkoyak skit. :P No no no! Disebabkan baju aku pakai malam tadi tu buruk. So aku campakkan atas atap. Tapi malangnya jatuh ke bawah. Pastu, aku campak seluar Nina yang dipakai oleh aku pada waktu tu.


Diorang cakap apa saja baju yang dipakai oleh pengantin adalah afdal untuk dicampakkan ke atas atas rumah!


Bantai{read : belasah} je la. Sian Nina. Nanti Cik Su ganti seluar baru :P.


Hari Jumaat adalah hari yang paling sibuk. Pagi ada bacaan Yassin. So, pagi-pagi dah start sibuk memasak. Aku bangun seawal 5 pagi. Gila awal kannn!


Pagi-pagi lagi mak dah bising. Dia tak puas hati dekor tangga yang aku buat. Maklumlah mak, tangan aku ni kerassssss.

So ni kerja mak. Sempat tu sibuk-sibuk nak memasak, dia luangkan sikit masa kat dekor tangga.


Kat dapur? Mestilah riuh rendah. Kupas bawang kupas itu, siang ini. Dapur penuh dengan makcik-makcik aku. Biasalah makcik-makcik kena duk dapur ye dak? Anak dara kena duduk tengok tv kat depan. Uhuk uhuk :D.



Untuk majlis bacaan Yassin akak aku panggil anak-anak yatim je. Masakan oleh bibik. Buat nasi ayam je. Dan nikah mak buatkan bihun goreng. Take a way! Bukan taknak sediakan khemah kat masjid. Disebabkan malam tu ada malam berinai. So, decide take a way je. So far 2-2 family pun dah setuju kan. Oklah.


Setibanya anak-anak yatim dan ustaz diperkarangan rumah sekitar 9.30 pagi. Masa tu, hujan renyai-renyai dah. Alhamdulillah, orang tua cakap hujan rahmat.


Comel-comel tau anak-anak yatim ni! Geram aku. Dah la pandai baca yassin. Oh masa ni aku sedekah doorgift yassin. Ambil berkat orang cakap :D.



Dah selesai bacaaan yassin. Kebetulan vendor untuk pelamin pun dah sampai untuk pasang pelamin.


Untuk khemah diaorang nak setkan petang, masa aku pergi nikah nanti. Can't wait tau! Takut diaorang dekor salah. Huhuhu. Aku selalu sms kak Lina (vendor katering), nak pastikan itu ini. Cerewet tau aku ni ^_^.



So inilah rupanya pelamin yang sedang dipasang. Dah selesai satu majlis. Alhamdulillah.


Dan tepat pukul 11.00 pagi adalah masanya aku menunggu mak andam datang makeup aku untuk majlis nikah!



Wak kita sudah hampir ke satu step lagi!!!! *menjerit dalam hati*


2 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. cantik blog.. comel budak2 bace yassin... senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

Byzura Mj (By) said...

Zuwairi Aiman : me kasih..

memang comel! ok..keep in touch :)