Tuesday, July 26, 2011

Krabi LOVE : Day 2.

Awas entry ini panjang!


Masuk hari 2. Serius malam pertama tu tidur awal sebab tak sabar nak pergi pulau. Kitaorang ambil package dengan ANNE TRAVEL. Kalau perasan, ada gambar ANNE TRAVEL dekat entry day 1 {click}.


Untuk hari ke-2, kitaorang start dengan island tour. Kitaorang ambil package One Day Tour Phi Phi Island. Sebanyak 8 tempat yo! Banyakkkk! Dapat dalam 950 bath per person (lebih kurang RM 95 termasuk makan minum dan juga desert ateh bot). Nasib Wak tak ambil dari agent yang orang taxi tu suggest. Melampau dia charge tau sampai 1500 bath per person!


Aku pagi-pagi dah gerak Wak bangun tidur, nak pekena sarapan pagi dekat sana. Oh ya kitaorang tak ambil pun breakfast kat hotel sebab ade pork. So jimat di situ. Dengan tak mandinya pecut naik skutter :D. Nak cepat sebab transport pickup dalam pukul 8.30 pagi.


Ronda-ronda jumpa orang muslim jual. Kalau nak yakin, pergi gerai orang muslim yang berhampiran dengan masjid. Selalunya dekat masjid memang banyak gerai muslim.

Ingat nak lepak sini. Tapi takut tertinggal so tapau je la.


Dan siap tapau, pergi hantar skutter. Sempat snap gambar. Ni jalan area resort kitaorang.



Dan seterusnya, masa untuk menjamah selera!





Untuk aku, nasi kerabu. Nasi kerabu dia tak ada sambal tumis budu. Tapi, dia bagi macam kicap. Bila gaul dengan nasi tu kan, rasa cukup segala! Dan untuk wak, nasi kuning. Ada gulai ayam dan ulam. Ulam wak tak makan maka isteri dialah menjadi kambing untuk hari itu. Hahahaha. Ayam goreng tu terbaik! Ayam tu jadi faberet Wak sampai hari ni. Kejap-kejap dia suruh goreng ayam Krabi. Nak resepi? hehehe.


Lepas beri-beri semua, kitaorang sedia menunggu transport di lobi. Baik beri dulu sebelum pergi. Nanti bila dah naik boat. Terpaksa pakai plastik. Hakhakhak. Dalam boat tu tak ada toilet oit!

Muka tanpa sebarang makeup dan badan hanya dibilas dengan air sahaja. Hakhakhak. Kata nak mandi laut.


Ok dah sampai jeti! Yahoo! Tak sabar. Kitaorang naik big speed boat. Sebelum bertolak, ada guider yang terang kan semuanya. Ntah apa nama dia aku tak ingat. Jangan risau, diaorang pandai speaking. Memang senang. Bila naik boat, dia hulur nak coke ke mineral. Heaven! Dah macam VIP.

Masa ni berhenti pick up orang. Aku tak boleh pakai beach hat sebab aku duduk bahagian depan sekali. Ala tempat muncung boat tu. Gila weh kalau pakai, pasti terbang! Lagipun aktiviti ni bermain dengan air, tak kose aku nak bawak beach hat. Ko ingat ko diva? :P


Ni dekat Bambo Island. Biru mata hitamku! Seronok main air dengan wak :P. Masa ni ada auntie from Shah Alam tegur, baru kahwin ya? Inai masih ada. Auuw! Masa tu senyum kambing tak ingat punya. Mak malo!


Ni pula Viking Cave. Air dia jernih gila, sampaikan nampak ikan dan coral. Biruuuuu. Mengikut guider, ada orang tinggal dalam gua tu.

Ni Phi Leh Bay kalau tak silap. Maaf. Kalau nak ingat semua memang tak mampu. Dalam package cakap 8 pulau. Tapi macam lebih je pulau guider tu kenalkan. Oh kat pulau ni tak turun pun, sebab banyak boat. Boleh je nak snork tapi kalau kepala terhantuk kat boat, siapa nak bertanggungjawab? Huhu.


Ni Maya Bay. Film location of "The Beach". Leonardo de Caprio pegang watak hero? Ntah aku belom tengok lagi. Tak pernah jumpa filem tu. Siapa ada? Nakkkk!

Model jawa -__-"

Ni dekat Monkey Beach. Ni pun tak turun. Tempat ni agak bahaya sebab banyak monyet liar. Tapi, ketahuilah tempat ni sangat canteeek! SubhanaAllah.



Lepas tu, boat kitaorang stop dekat Hin Klarg. Guider akan lepaskan kitaorang untuk snorkellling.

Tengok! Nampak coral. Tapi, coral dia banyak dah mati sebab tsunami. Banyak ikan. Aku duk ikut guider sebab dia pegang itu pegang ini. Seronok tengok dia menyelam.

Deng! Tengok aku pegang apa!! Katanya, orang jepun makan untuk dibuat sushi. Wak taknak pegang takut. Hahaha. Tu lah guider kitaorang yang pshyco. Sebuk dia cakap, if want to touch.. please dont cry.. Hampeh!

Lepas dah penat snork, kitaorang diberi makanan di sini, Phi Phi Don. Ni semua dalam package aku ambil. Just guna duit untuk beli gift je. Nak juga kenangan kan?


Ni makanan aku. Gila tamak kan? Lapoooo! Lepas dah siap makan aku pergi ambil tomyam dengan desert pulak . Yang macam fish & chip tu berapa kali aku topup. Sedap weh kalau pekena dengan sos Thai.

Ni perkarangan Phi Phi Don! Cantik bukan? Eh bukan aku tapi permandangan :D.



Lepas makan, kitaorang dilepaskan sekali lagi untuk snork. Open sea snorkelling!! Banyak tiger fish katanya, beware!

Ha nampak tiger fish?? Aku dah macam kanak-kanak riang. Tak sedar diri main air dan ikan. Letak je roti, keliling aku penuh dengan tiger fish!!!Boleh pegang-pegang!!


Tengoklah aksi aku seronok yang tak terhingga bila tengok ikan T.T


Lepas je tengok 1 pulau, tetiba hujan lebat. Terpaksa pulang sebab cuaca tak mengizinkan. Oh kitaorang redha sebab rasa banyaknya tempat dia bawa kitaorang.


Dalam-dalam hujan tu, dia hidang pulak desert!!

Tembikai dengan nenas Thai. Maneeees dan fressh!


Dan pabila larut malam, kitaorang berjalan ke kedai tepi pantai.

End of day 2! Seronok sangat!! Sampai lupa nak buat anak. Eh.



Day 3 aktiviti lain ;)



6 comments:

Anonymous said...

Kak by amik agency sama gn fara gn onie amik...hehehhe...

Mag said...

bestttt..nak lagi! nak lgi!

Byzura Mj (By) said...

fara : korang thru air asiakan?

Byzura Mj (By) said...

mrs.spicy : dah dah. next entry day 3 lak! :P

Ajwedding said...

by;..cantik nyer picca,,teringin nk pi...

Byzura Mj (By) said...

LittleSunshine: pica cantik sebab pemandangan kat sana cantik! huhuhu miss that moment.