Monday, July 11, 2011

Mari memasak.

Erm dah lama kan tak buat entry pasal masak-memasak ni. Bukan apa, just tengah mengukur ilmu masak memasak ni ecewah!


Tengah blur-blur pun ada. Terkejut kots sebab MIL aku cakap dia nak balik kampung raya nanti. So menantu ni lah yang akan menjaga makan minum abang-abang wak yang masih bujang. Oh ya wak ada 2 abang yang tak kahwin lagi. Aku adalah bunga yang kedua kuntum dalam kelurga wak.


Buatnya diaorang minta aku masak rendang? Adoila. Meroyan kan? Ha sebab meroyan adalah sebab tak pandai lagi! (Sebenarnya adalah malas untuk ingat rempah ratus rendang. Hahaha).



Kauntim buat mee goreng je la raya nanti :P. OK lah kan?



Oh bila dah masuk alam perkahwinan, aku dah 'rajin' sikit memasak. Lagi-lagi wak suka makan kat rumah. Kalau dia makan kat rumah, sampai 3-4 pinggan dia tambah. Ha terkejut tak? Jangan korang ingat aku bela giant dah :P.


Bila dah masak, lepastu tengok wak makan beria..lagilah aku semangat nak masak. Bila makan kat luar nampak muka wak sendu {read : tak lalu} rasa kesian pula.



Meh meh mak nak share sikit lauk pauk yang boleh membuatkan wak tambah sampai 3 pinggan lepastu boleh dia sambung pukul 1 pagi makan seseorang -__-".


sayur sos tiram.


Dan ayam goreng kicap kegemaran waktu sahur di bulan puasa di rumah mak.



Ini je aku masak. Habis licin!


7 comments:

UyaRayza said...

uya yg tgk pn rase lapo hehehehe

EiDa_wAn!e said...

hahhahaaa , nasib kite samer ...
Hubby tak suka mkn kat luar ...
Mau tak mau .. kena rajinkan diri masak kat umah ... hakhakhakhakkk ...

Byzura Mj (By) said...

UyaRayza : me tooo hahaha dasar nafsu makan kuat! :P

Byzura Mj (By) said...

EiDa_wAn!e : yerp! malas malas gak. tp bila habis rasa seronok kan?

marcos rahman said...

best nya abam ajim dapat isteri suka masok nimmm.. kalau wa dapat bini cam lu, tak sampai sebulan badan wa jadi cam malek nor! wah! hahaha

ridzman said...

yup !!! Mmg sgt puas . nasik tak pernah berbaki .. mesti sampai licin dia makan ...
padahal masak bkn sedap sgt pun ...
Hihihihiii ..

Hunny Kitty said...

ayam masak kicap tu nampak lazat sekali!! kalau alter skit letak taucu...perghh lagik besh kott!!

nak mintak tulun like nih:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150239256611374&set=o.105233696196553&type=1&ref=nf