Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Monday, July 11, 2011

Mari memasak.

Erm dah lama kan tak buat entry pasal masak-memasak ni. Bukan apa, just tengah mengukur ilmu masak memasak ni ecewah!


Tengah blur-blur pun ada. Terkejut kots sebab MIL aku cakap dia nak balik kampung raya nanti. So menantu ni lah yang akan menjaga makan minum abang-abang wak yang masih bujang. Oh ya wak ada 2 abang yang tak kahwin lagi. Aku adalah bunga yang kedua kuntum dalam kelurga wak.


Buatnya diaorang minta aku masak rendang? Adoila. Meroyan kan? Ha sebab meroyan adalah sebab tak pandai lagi! (Sebenarnya adalah malas untuk ingat rempah ratus rendang. Hahaha).



Kauntim buat mee goreng je la raya nanti :P. OK lah kan?



Oh bila dah masuk alam perkahwinan, aku dah 'rajin' sikit memasak. Lagi-lagi wak suka makan kat rumah. Kalau dia makan kat rumah, sampai 3-4 pinggan dia tambah. Ha terkejut tak? Jangan korang ingat aku bela giant dah :P.


Bila dah masak, lepastu tengok wak makan beria..lagilah aku semangat nak masak. Bila makan kat luar nampak muka wak sendu {read : tak lalu} rasa kesian pula.



Meh meh mak nak share sikit lauk pauk yang boleh membuatkan wak tambah sampai 3 pinggan lepastu boleh dia sambung pukul 1 pagi makan seseorang -__-".


sayur sos tiram.


Dan ayam goreng kicap kegemaran waktu sahur di bulan puasa di rumah mak.



Ini je aku masak. Habis licin!


Monday, July 26, 2010

Masak memasak pada cuti hari...

Hari ni seharian di rumah kakak. Golek-golek, bangun. Golek-golek lagi, bangun goreng keropok lekor. Lepas tu seharian la duduk khatamkan baca belog :D. Kepochi kat facebook.



Nak cerita tak lalu lagi sebab letih. My sister ajak pergi Mid Val pun tak lalu nak pergi. Baik rehat kuruskan badan. Hahaha. Takde maknanya. Sure pasni badan naik. Pasni dah tak ada netball ok!



Dah malas nak merapu. Jom layan apa aku masak untuk lunch hari ni. Rajin tahap orang nak kahwin, orang tua cakap. Haha.


Simple food. Pekasam mangga.


Ni bukan ayam goreng kunyit. Aku pun tatau apa nama dia. Hihihi. Ayam goreng cili api hijau kot. Lauk ni selalu aku makan kat Upten, UNITEN. Time aku belajar dulu. Salah satu lauk fav. So, skang aku dah habis belajar, aku try sendiri. Jadikkk! Maka selalulah aku masak lauk ni. Makan dengan nasi panas, menjadikkkk wooo selera dia!


Ni sape tak kenal kan? Ikan masak kicap. Tapi ni resipi mak la. Kalau sahur suka suruh mak masak lauk ni. Baru ada selera nak sahur ;).


Ni pun masakan gak. Nampak muka aku dah hitam? Dah berbelang dah. Nasib baik tak jadi kuda belang. Ada sesiapa tahu tips nak putih secepat mungkin? Pls share..


*ada tak orang rindu aku? * ;P


.:. By .:.

Tuesday, January 5, 2010

Kata emak itu pecal Mangga..

Dah lama tak keluar entry masak memasak. Lately ni pun aku malas nak masak. Makan orang masak je :D. Pastu tidur macam ular sawa. Nikmat~


Pipi mengalahkan donut big apple dah :D. Oh big apple! Lama tak makan.


Ni masakan turun temurun mak, nenek aku. Pecal Mangga. Hari tu, sempat belajar dengan mak aku. Tu pun mak aku, keluar ayat sedih. "Nanti mak tak ada, korang rasa nak makan sape nak buat? Baik korang belajar" :(.

Bila dah keluar ayat yang boleh merembeskan air liur mata. OK fine. Aku belajar :D.


Sila kecur air liur :D.

Bahan-bahan :

a. Mangga keling (kalau india baca aku minta maap, ni panggilan dia. So dari kecik aku panggil nama ni :D)muda 10 biji dihiris halus.

b. Ikan kembung (kecil) dirembus 2 ekor.

c. cili api 5 ulas dihiris halus.

d. lada hitam 6 biji.

e. bawang merah 3 biji.

f. Santan 1/2 cawan.

Bahan b,d dan e ditumbuk. Tambah sedikit garam + gula (secukup rasa).

Gaulkan semua bahan sampai sebati. Dah siap!!!

Sedapnya!! Dimakan bersama nasi panas + ikan sepat masin!!

Tuesday, November 24, 2009

Bubur alahoyah Cik By


Alahoyah? hahaha! Tatau lak aku maksud dia apa. Nama aku letak je tu.. =D

Bahan-bahan:

3 biji bawang putih (ditumbuk)

1 hiris halia sebesar separuh ibu jari (ditumbuk dengan bawang putih)

2 biji kentang (dipotong dadu)

1 biji lobak merah (kecil dan dipotong dadu)

7 cendawan butang kering (dihiris halus-halus, rendam dulu cendawan kering ni)

1 cawan beras

250 gram daging (dicincang halus)

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih dah halia.
2. Masukkan daging, tumis sehingga separuh masak.
3. Masukkan lobak merah dan kentang (dalam 1 minit).
4. Masukkan air 2 gelas dahulu.
5. Masukkan beras yang di bilas bersih.
6. Kacau dan biarkan mendidih.
8. Masukkan garam halus 2 1/2 sudu (jangan banyak sangat sebab bubur akan menjadi pekat, kang masin lak). Ikut selera masing-masing.
7. Tambahkan air sehingga bubur tersebut menjadi halus.

Selamat mencuba~ =D

Kepada Iz, next year By masak lagi =P .

Kepada Lin, aku tahu ko juga mengidam kan?



Wednesday, November 11, 2009

Makanan diet saya?

Ni makanan untuk orang ber'diet' ke?

Akibat kelaparan waktu hujan malam tadi =D

Yang dirancang tak jadi, maggi goreng yang aku masak!


Sunday, September 6, 2009

Lauk berbuka semalam di rumah kakak..

Al-maklumlah bulan puasa ni..maka dipenuhi dengan segala gambar-gambar makanan. Seronok bulan puasa ni..kamu seronok? Bila dah pukul 12.00 tengahari je 'confirm' aku dah fikir apa aku nak masak untuk berbuka..


Mak dan akak pula, suruh beli je masa berbuka. Ye lah sorang-sorangkan? Buat apa nak masak. Tapi aku lagi suka masak. Jimat dan puas hati.. Kalau beli, dah la mahal.. Kadang-kadang basi pulak tu!!! Dari memaki hamun masa tengah berbuka tu (sebab tak puas hati makanan yang di beli tu basi), baik la masak sendiri. Kalau terlebih masin ke, tak adalah rasa terkilan sangat. Sebab, salah sendiri :P.


Cuma kalau hari Sabtu dan Ahad je aku bercuti memasak. Sebab balik rumah kakak..Kadang-kadang tak payah masak langsung, kadang-kadang aku masak 1 jenis lauk je (tolong-menolong, amalan mulia) :D.


Semalam dalam kekecohan.. yelah balik pun lambat kan? Pergi jalan-jalan kat Jalan TAR, sempat gak la masak! Nasib baik.. Mak sempat masak ayam percik..Aku? sediakan air sudah :). Agak pemalas jika mak ada XD.







p/s : Sudah siap menjahit labuci di sepasang baju kurung :D. Akan meneruskan usaha untuk satu baju lagi! Psst.. Aku kena tegur dengan kakak sebab duk snap pict.. "Orang sibuk nak berbuka, ko sibuk nak ambil gambar". Nasib baik mak pandai cover.. " nak masuk internet la tu ".. lalalalala~~~


Cik By

Saturday, September 5, 2009

Day 1, day 2 & kelmarin....

Lama sungguh tidak meng'update' blog dengan gambar dan cerita...huhuhu...Harap maklum, ini adalah cerita lapuk yang sudah dekat seminggu yang lepas.
*
Day 1 @ kampung

Gambar makanan ini, telah di ambil secara rawak (lama tak guna perkataan ni) ya! Kalau letak semua kang orang cakap ni jin ke manusia yang makan? tak muat pulak :P.
Ikan phatin masak tempoyak, sambal tempoyak dan sardin roll..sardin roll dibuat sendiri..bangga!

*

Day 2 @ kampung


Ha banyakkan? :D Semua adalah 'fav' aku. Ketupat sotong, sambal jering, kerabu jantung pisang (bersama kerang), sup tulang, kuih-muih sukaan aku, nekbak kesukaan kakak, pengat pisang juga kesukaan kakak. Nekbak tu pernah la aku rasa tapi tak gemar la. Manis! Kalau tidak di sira macam bahulu cuma tawar je rasanya.

*

Kelmarin..


Semua makanan di atas (kelmarin), semuanya adalah ciptaan sendiri :D. Bangga lagi! Puding mangga, air sirap, paprik udang, sup ayam dan sambal ayam penyek..
Sekian sahaja, laporan di By's journal mengenai makanan :D

Terima kasih..

p/s : sekarang telah berada di rumah kakak.. aku sedang sibuk menjahit labuci di baju kurung ;)

Cik By

Friday, August 28, 2009

Merealisasikan OR direalisasikan?

Aku telah merealisasikan hajat di hati selera tekak aku semalam. 3 Pinggan aku melahap tak hingat! :D

Asam pedas ikan gelama mak iloi iloi . Ikan pari tak ada :(


Kangkung belacan walllllllllahh! :D

Telur masin khas dari Pekan Sari, Pahang

Telur dadar mesti ada untuk melengkapi selera aku ;).


Air sirap!

p/s : lepas makan semua ni, perut aku dah macam orang mengandung 3 bulan :D. Masak sendiri tau XD


Cik By

Thursday, August 27, 2009

Bunga Nasi Kerabu..

Ni la bunga nasi kerabu..

Pokok ini, mak aku tanam kat tepi halaman rumah. Memang dari dulu kalau mak buat nasi kerabu, mak akan gunakan air perahan bunga ni.. Tak main la pakai pewarna biru tu! Tak asli...Aku lagi suka buat nasi kerabu tak gunakan pewarna..bahaya beb!! Kalau kat KL ni, pakai pewarna je la... :( Nama pokok ni? Aku pun tak tau nama sebenarnya. Aku panggil pokok bunga 'nasi kerabu' :D.

Ok kita zoom lagi, tengok bunga dia macam mane ok?

Ni rupa sebenar bunga 'nasi kerabu'. Nak resepi nasi kerabu? Nanti aku 'interview' khas mak aku k.. Aku cuma tak lulus nak buat sambal je..lain semua dah lulus! Sambal tu kalau tak ada, tak menyengat la nasi kerabu tau!!! Tunggu k! :P

p/s : nak call mak suruh mak buat ketupat sotong sabtu ni..Aku coti!! 4 days ok!!!


Cik By

Tuesday, August 25, 2009

Menu berbuka hari ini...

Nak buat ikan sumbat!

Nak buat bayam garlic!

Nak buat sambal belacan!

Nak buat masak lemak cili api nenas + ikan masin! (semalam nak buat, santan basi! hampagas~~~)

Nak buat dadih mangga! (kalau sempat beli susu cairla..)

Moga-moga lalulintas lancar !!

Cik By

Wednesday, June 17, 2009

Tempura Malaysia??

Ape dalam peti?

ni ha je ade??

ok la tu, aku pun tak lalu nak makan nasi..nak ratah2 lauk je..
so ini lah hasil nya!!

bahan:

terung
ikan
sotong

tepung gandum + serbuk penaik

sos :

bawang putih
cili boh(mcm mane ntah eja)
sos tomato

Cik By

Tuesday, May 26, 2009

Bila mendung muncul kembali...

Bila mendung kembali..setelah panas giler sebelum ni, mula lah aku teringat ape yang aku masak hari jumaat lepas. Telan plak air liur aku skang ni...Adakah balik ni aku akan mengulangi masakan tersebut??

- udang masak lomak cili api.
- ikan terubuk masin digoreng bersama bawang n cili api.
- sambal belacan.
- timun sebagai ulam. (pasti sedap jika digantikan ngan potai!)



p/s: banyak siot aku nak cite lagi...tunggu esok plak la k!



Cik By