Friday, February 3, 2012

Diet seimbang cara si mak buyung.

Salam Jumaat uolls,

Nak share sikit pasal diet-men-diet ni. Hahahaha. Dah kena kencing manis haritu kan? For sure kena diet. Takut lagi teruk. Ni bukan sahaja orang mengandung leh guna info ni, tapi ni pun boleh pakai untuk orang yang nak diet(yang tak mengandung) :). 

Ok kita share untuk makanan di waktu pagi.

1. Ambil fresh milk satu gelas + Nestum letak buah (tak letak pun susu pekat ke apa.. kalo nak perisa, letak serbuk milo setengah sudu macam tu)

2. Fresh milk + Biskut oat 1 packet.

3. Fresh milk + buah.

4. Fresh milk + oat + buah

Buah pun jangan banyak ya. Setengah biji pun ok. Nanti kandungan gula berlebihan pulak.

Itu yang aku selalu amalkan. Memang tak ambil dah nasi lemak, mee goreng, bihun goreng -_-. Tu semua ada kaborhidrat yang boleh menghasilkan glukos.

Then dalam pukul 10 ke macam tu kalau lapar, just ambil biskut bijirin 1 paket.


Then makan tengahari.

1. Boleh ambil nasi tapi hanyalah satu senduk. Jangan pula isi nasi penuh double senduk plak. Hahaha. itu dah minta kena lempang! :P Lebihkan lauk dan sayur. Air suam. 

2. Atau makanan jenis ini

 pun boleh :). Ambil se-slice macarani bakar je. Lebihkan air suam ok.


Minum petang.

1. Boleh ambil roti + Fresh juice. Nak lagi elok ambil roti yang berbijirin.

2. Karipap pun boleh tapi jangan makan sampai < 3 biji. Tu ikut nafsu namanya! :P

3. Nan + ayam tandori pun boleh.. tapi malam nanti..


(OK menu malam)


 boleh cover makan macam ni :). Jangan makan nasi ok! Kentang tu pun amik dalam satu ketul sahaja. Sayur lebih tak apa. Oh ya Salmon itu elok sebab banyak omega 3 ya kengkawan. 


Bila malam menjelma memang jarang ambil nasi. Tapi jangan tak ambil langsung sebab nanti tak ada tenaga.

eh eh makan sup sayur pun boleh. Tapi, jangan sayur semata..letaklah sohun dan lelauk ok. 


Then tengahari malam,


Boleh ambil fresh milk + buah atau 1 paket biskut atau buah 1 biji.


Opsss! Yang ni boleh makan tak?????

Kalau buat sendiri just kurang kan gula. Tapi janganlah ikut nafsu, habiskan semua ok! Obesiti nanti. Kang ko plak meroyan kan? :P Just amik 2-3 sudu. Air suam :)


(Air suam minum 12 gelas sehari ya)

Ok kengkawan, itu je nak share! So far haku amalkan, kencing manis aku tahap 4.3-4.7. Normal dah :). Alhamdulillah. Semoga baby sihat. Itu je aku harapkan.

Bila bandingkan dengan pakar dietation yang aku jumpa tempoh hari, cara dia bagi tahu adalah sama macam aku amalkan. Cuma aku kena ambil nasi 1 senduk macam tu untuk baby :). Alhamdulillah.

2 comments:

Qhaifa Nur said...

yang last paling suka...
aduh sedapnya..

Byzura Mj (By) said...

Qhaifa Nur : aip! diet ! :P hahaha