Saturday, February 18, 2012

still di-monitor.

Hai peeps,

Rasanya nak dekat seminggu tak mengadap blog. Dari hari Isnin lepas sampai lah sekarang, diri ini masih di-monitor. Sekarang dah discharge dari Hospital Sungai Buluh. Alhamdulillah.

Oh mesti ramai tak percaya... diri ni di-admit hari itu atas sebab-sebab kesihatan aku dan baby yang tidak mengizinkan.

Banyak pengalaman semasa duduk di ward. Semuanya mengajar aku erti keinsafan, kesabaran dan ketabahan seorang wanita yang hendak melahirkan anaknya.


Sampai sekarang aku rasa macam mimpi. Tapi, alhamdulillah rekod aku di ward selama aku duduk sana adalah keadaan baik. Syukur ya Allah.


Nanti aku ceritakan. Buat masa ini, diri ini perlu berehat... Status sekarang adalah masih dimonitor oleh pakar.


Harap aku dan baby sihat semuanya dan dipermudahkan segala urusan.


Terlalu banyak yang aku hendak coretkan di sini. Mungkin suatu masa. Pengalaman itu, terlalu membuatkan aku dekat dengan Tuhan. Sesungguhnya, pengalaman itu.. amat bermakna dan mengajar aku tentang keinsafan dan takut pada-NYA.


Terima kasih Ya Allah di atas pengajaran yang KAU beri.

4 comments:

Mag said...

eh..kenapa by?

Byzura Mj (By) said...

mrs.spicy: ada masalah kesihatan skit ;(

SUHAIDA said...

semoga by bertambah baik ok..bykkan berdoa ok

SUHAIDA said...

semoga by bertambah baik ok..bykkan berdoa ok