Tuesday, June 12, 2012

Lepas hari, ke Melaka kita ;).

Kita cerita ke Melaka dulu ya sebelum kita proceed dengan cerita deliver Faris, akikah Faris dan anniversary. Pheeeewww!! Banyak gila entry lapuk aku. Huhuhu. Now aku dah start kerja. Alhamdulillah. Cuma ada bengong bengong sikit kepala ni nak catch up balik. Hahahaha.


Ok kita sambung.. Lepas hari (means lepas pantang 44 hari) ritu, aku decide nak bawa kakak(family) dan mak ke Melaka. Ye la 44 hari duduk terperap kat rumah (walaupun ada curi-curi juga keluar dengan alasan nak beli spender baru :P), mana boleh tahan...gatal kaki ni hah!


Kat Melaka kitaorang duduk kat apartment service.. cari homestay semua penuh.. Nak kata cuti sekolah tak, tapi semua penuh..haiii! Takpelah apartment service pun apartment lah..janji boleh tidur.


Ok ni gambar bersama kakak. Mata haku dah macam kungfu panda..Bukan sebab Faris meragam malam, tapi dia kuat meyusu malam -____-.


Lepas je checkin kitaorang pergi cari tempat makan malam..area Klebang. Best tempat dia! View pun cantik. Tak silap nama restoran tu Iman Seafood Restoran kot. Adoi lupa lah.. ni la padahnya kalau duk peram (simpan) entry lama-lama.

Kakak se-family tanpa Nina.


Haku yang (verangan) single. Kurus tak? kurus tak? kurus takkk? :P


Seperti biasa rombongan Cik Yah in the house.


Apa apa pun boleh ;)



Ni hari kedua. Aktiviti jalan-jalan sekitar Melaka dan ke Muar akhirnya.


Ramai orang cakap air coconut shake ni sedap. Disebabkan aku lepas pantang, maka mak aku benarkan sedeguk je minum. Terbaik! Manis-manis buah je. Tapi kalau isi kelapa banyak lagi sedap.


Last sekali of koslah kena letak gambar dia dalam blog ni sekarang... Faris Daiyan, my cupy cake :)).



No comments: