Monday, July 16, 2012

Progres Faris.

Tiba-tiba naik menyampah dengan blog sendiri. Tadi baca entry di blog sendiri..tiba naik nyampah huhuhuhu. Tak pasal hati memberontak nak buat blog baru. Haila...nyampah sebab ayat agak tunggang langgang..Ntahapehape -____-". Blogger lain ada rasa perasaan macam ni ke?



Maaf permulaan yang tak ada kena mengena dengan tajuk. Hahahaha



Faris. 



Faris dah 3 bulan 3 minggu. Masih berikhtiar untuk belajar meniarap... Punggung dah lepas, tapi kepala belum..Tak banyak ikhtiarnya.. maybe sebab Faris tidur meniarip..bosan gamaknya nak meniarap je :P. Kalau baringkan dia, adalah usaha nak terbalikkan badan dia. Tapi kan kan kan lepas tu dia mengamuk...sebab tak dapat nak terbalikkan -_-". Agaknya dia geram kot apsal tak dapat-dapat. Hehehe. Lawak kekadang tengok aksi Faris.


Sama macam dia belajar hisap jari dulu...nangis-nangis tak dapat apa yang dia nak buat. Hehehehe so like me :P



Dan sekarang, Faris pandai pegang...pegang mainan..pegang botol susu...capai ini capai itu...masa menyusu ke mandi ke..sure tarik baju aku...tak pun tarik rantai...jangan terputus rantai tu dah la Faris... -_-.



Faris tak adalah pegang lama kalau mainan ...kejap je..pastu dia lepas.. Kalau baju tak lepas pulak dia..genggam pastu makan -___-. Suka tau jilat sana jilat sini. 


Lepas tu...dia tak lagi melalak tak tentu pasal. Hehehehe yang ni mama suka sangat-sangat.. sampaikan 2-3 hari ni Faris kalau jalan baik sangat...tidur pun senang...sumbat bee (puting), dia tidur :D. Sayang Faris!


Sesungguhnya tak sabar nak tengok Faris membesar..tapi kekadang tengok gambar lama..macam rindu pula kan? Rasa nak ada anak kedua. Eh. :D.


Itulah progres Faris buat masa ini.


Suka sangat gambar Faris yang ni. Sejuk hati mama. Hehehehe. Maaf kerana terlalu obses dengan anak sendiri :P