Friday, November 23, 2012

Printed pant and harry potter shawl? Hahaha

Salam semua!

Dah Jumaat dah. Hari ni genap Faris 8 bulan. Huhuhuhu cepat betul masa berlalu. 8 bulan Faris minum susu hasil ladang mama tapi mama tak kurus-kurus juga, Faris. Huhuhuhu *lap air mata*.


4 kilogram lagi tak turun-turun semenjak lepas raya haritu. Hey! Dah melalut cerita pasal berat badan ahahaha. Makan tak ingat, bubur Faris pun lahap...pastu nak mengeluh badan naik? Dowh!



Ok la nak cerita pasal printed pant ni sebenarnya. First time try. Sekarang orang dah tak malu pakai fashion-fashion ala ala 60an-80an. So aku try dengan rela hati...wak pun kalau bab baju aku pakai, dia agak cerewet juga. Kalau tak kena di mata dia...dia suh aku tukar T_______T. Kalau cantik di mata dia...dia akan buat muka terkejut, senyum, gelak pastu cakap kat Faris wahhhhhh mama cantik hari ni. Hoih! Rasa nak cari selimut tutup seluruh badan masa tu. SO FASHION NI WAK LULUSKAN.Huehuehue



Dah jadi mak-mak pun nak tangkap gambar kat cermin butik. Hahaha  tu la muda dulu tak pernah nak expose macam ni. Hover sangat:P.



Ok cerita pula pasal shawl. Kadang-kadang ada juga try tukar gaya pakai shawl. Aku suka pakai shawl. Bawal kurang sangat dah sekarang. 



Try ala Harry Potter. Heeeee. Oh maaf kan muka pucat itu. Bukan tak makeup ada la secalit dua. tapi dah berjalan sakan, hilang la. Aku kan kuat peluh ;(.



Bila pakai macam ni, tetiba jatuh hati sangat! Sebab, senang nak bf (menyusu) Faris. Turunkan sebelah bahagian shawl tu dah cover Faris tengah nyot nyot. Weeeee! Setle aku nak melaram lepas ni. Kalau tak 24 jam fikir nak pakai baju apa. 





Ok ni muka makeup dan shawl macam tu (tapi ni lebih pada camera effect je, jangan percaya). Eh warna biru ni dah macam serasi dengan aku skang. Hehehe. ok bye.





Budak yang baru pandai melaram (melaram ke?),
+ By +

1 comment:

Unknown said...

Awak nampak biru la.. hikhikhik..