Aku dah nekad kali ni walau apapun orang cakap pasal aku...aku kurus tak payah lah nak diet..tak payah tak payah... Ohh orang takkan faham apa aku rasa..berjalan pun aku rasa selisih kedua dua peha. Nak melompat pun aku rasa berat -_-.
Aku ada target dan aku akan maintainkan selepas itu. dan aku akan maintain waktu pregnant anak kedua, biar perut je naik. Eh.Berjaya atau tak sendiri juga tahu sebab sendiri juga tahu berapa banyak kita makan dan ambil that calories kan?
Buat masa ni aku tak timbang lagi berat badan aku..aku takut nak timbang.pshyco pshyco semua tu hahaha.
Ada few juga tegur kenapa nak diet? Kan menyusu baby. Eh takkan lah aku diet gila gila sampai tak pentingkan hak asasi baby aku kan? Ha hak asasi ko:p hahaha.
Untuk pengetahuan semua, aku baru je start dalam dua minggu lepas tak silap. Itupun aku baca dan kumpul info ibu menyusu diet.
Sebenarnya ibu menyusu boleh diet tapi kena lebihkan serat dan protien untuk baby mereka. Itu yang aku bacalah. So aku akan try buat menu diet aku sendiri. Aku berani diet ni pun sebab Faris dah 10 bulan. Dulu memang tak beranilah nak diet sangat sebab Faris perlukan khasiat susu sepenuhnya lagi.
So malam ni try masak untuk menu diet yang ke errrr. Tak ingat dah :p
Sup tumis sayur campur.
Perkara yang dititikberatkan:
1. Sayur hijau untuk protien dan zat. Milk booster.
2. Lobak merah untuk zat.
3. Udang untuk protien.
Cili tu untuk penyedap rasa je. Tak de lah makan cili sebanyak itu. Hehehe.
Ok nanti kita share lagi menu diet.
Harap harap menjadilah diet aku kali ini.
1 comment:
Hai sis! Kalau dah nyusukan anak automatik dah boleh kurus...hehe..tapi terpulang kat diri sendiri jugak kan? Kita je yang kenal diri kita... :)
http://mysweetyzara.blogspot.com
Jemput singgah :)
Post a Comment