Thursday, July 18, 2013

#DapurBy: Cekodok ikan bilis daun kucai.

Hahaha. Resipi paling simple dan aku rasa ramai yang tahu kan kan? Walaupun bulan puasa, makanan inilah yang boleh kecurkan airliur kan.?. Nak nak waktu sekarang hujan... Perghhhh stim kalau makan, pastu membongkang :P. 


Ok ni nak share resipi...


Bahan: 

2 cawan tepung
air masak + air panas
garam
daun kucai (dihiris)
bawang besar (dimayang)
ikan bilis


Cara:
Campurkan semua bahan dan gaul sampai sebati. Hehehe. Air suka hati korang la banyak mana. Tapi aku campur air panas dalam 2 sudu. Untuk kerangupan! Kalau nak lagi sedap, tumbuk bawang  dan ikan bilis itu sebelum gaul dengan tepung. Serius macam cekodok ikan bilis adabi.



(goreng, takkan korang tak tahu? Hehehe. Panaskan minyak masak seperti biasa dengan api sederhana ok)


Hasilnya...


Yums!! Rangup! Untuk sos : sos cili + air + gula. Tapi waktu ini aku guna pencicah kelopok lekor sos Kemaman. Lagi aummm sampai ke tekak hehehe.


Ok selamat mencuba!





+ By +

4 comments:

wawa syaida said...

nampak comel dan sedap...nanti boleh try :)

Byzura Mj (By) said...

wawa syaida: comel tak beberapa kisah. hehehe. yang penting sedap kan?

Cik Eka said...

gulp. Malam kang kompem buat ni.wakakakakak. kegemaran family eka. Kadang eka tambah jagung ngan cili api yg ditumbuk.

sedapnyaaa

Byzura Mj (By) said...

Cik Eka : kan! jagung pn sedap!