Tuesday, July 16, 2013

#DapurBy : Red Ruby

Red ruby ataupun dikenali sebagai waterchesnut ataupun dalam bahasa Thailand Tam Tim Grob. Sebenarnya desert ini dikenali di Thailand.


Aku dan family memang suka air ini. Tiap kali pergi Johnny's memang kitaorang order waterchesnut. Sebab kat Johnny's je yang paling sedap kat tekak kitaorang.


Bila dah puasa ini, biasanya selera akan melebih-lebih. Teringin sangat nak air waterchesnut. Nak pergi tapau nun jauh di sana.


So semalam aku try buat. Hehehe Kebetulan jumpa waterchesnut. Waterchesnut ini adalah sekuang Cina sebenarnya. Alah kalau korang perasan sekuang yang kecil-kecil itu.



Ok ini adalah resipi macam mana nak buat air Red ruby/waterchessnut/Tam Tim Grob.

 Resipi :

9 biji waterchesnut/sekuang cina
1 kotak santan KARA (kalau pakai santan fresh lagi sedap)
1 helai daun pandan
5 sudu besar gula
2 biji mangga (Di sebabkan gerai nangka tutup aku ganti mangga. Sebenarnya nangka lagi sedap. Boleh mencapai klimaks berganda tau!)
Ais
Pewarna merah


Cara-cara:

Masak santan bersama gula (ada orang tak masak santan, tapi aku masak takut sakit perut). Last letak daun pandan. Dah mendidih, biarkan sejuk. Kemudian, blend dengan ais seperti jadi macam cendol. Then, simpan dalam peti.


Untuk red ruby atau waterchesnut tadi, kupas kulitnya dan potong dadu. Rendamkan dalam air pewarna merah (seperti dalam gambar). Biarkan selama 30 minit. Lepastu gaulkan dengan tepung ubi. Tapiskan. Dan panaskan air dalam periuk. Bila mendidih, letak waterchesnut tadi ke dalam air yang mendidih tadi. Macam kita buat gula melaka/ondeh-ondeh.


Ok?


Dah siap semua...



Bila nak minum, boleh lah letak mangga/nangka then waterchesnut dan last tuangkan santan yang telah diblend tadi ke atas kesemua bahan tadi.





Jadilah seperti ini :).










Tada!! Serius sedap!



Selamat mencuba!



+ By +

2 comments:

Cik Puan Rara said...

vahhhh sedapppp~ tp xpenah mkn sengkuang cina tu.cane.

Byzura Mj (By) said...

Cik Puan Rara : sedap. satu family suka. hehehe. sekuang cina mcm sekuang biasa tp dia lemak-lemak dan manis rasanya dia. Dan padat sikit isinya.