Cerita ni erm dah lama sebenarnya. Bulan 3 hari tu kot? Hahaha. Punyalah lama kan? Biasalah asyik la busy dengan itu dan ini.
Masa dulu tak ada anak, waktu weekend tengok juga blog. Sekarang, haram tak tengok sangat. Apatah lagi nak update blog waktu weekend, memang ke laut sangat-sangat. Hahaha.
Ok berbalik pada tajuk.. masa ini sebenarnya pergi teman adik wak yang bongsu. Dia ada interview. Ingat kejap rupanya lama. So tengok-tengok tempat itu, berdekatan dengan library. Dan umur Faris boleh masuk.
So apa lagi terjah lah. Kemain suka tau Faris duduk dalam itu. Sikit pun tak nangis.
Tak nangis lah kan, sebab dapat sepahkan buku -_-". Puas mama kutip Faris. Oh buku kat sini banyak sangat-sangat. Tempat ini adalah khas untuk kanak-kanak.
Tengok dengan sesuka hati dia selerakkan. Takpe Faris mama ada boleh susun -_-.
Ni pula tempat game, ramai budak lepak sini. Faris apa lagi menyebuk lah. Ke hulu ke hilir dia berjalan. Kemain kan? Tempat kanak-kanak ini, besarlah juga keluasan dia. Selesa. Faris boleh merangkak, nak berlari sesuka hati pun boleh.
Wajah keriangan hamba.
Bukan sahaja boleh membaca, tetapi boleh landing hewhewhewhew.
Ni pula dekat area tv. Masa Faris pergi dia pasang Upin Ipin. Mamat ni kalau Upin Ipin memang suka. Repeat duaribukali punnnnnnn ok.
Ni tempat apa ntah. Tapi ada lighting buat magic. Hehehehe.
Kalau untuk yang masih menyusu jangan risau, sana ada surau. Toilet pun ada tau. Tak payah nak pergi jauh-jauh buang air besooo. Hehehe.
Ok amacam? Kalau nak tahu details boleh la pergi ke Laman web ini.
+ By +
No comments:
Post a Comment