Tuesday, July 2, 2013

Taikang Plaza, Guangzhou.

Ok lepas kita cerita pasal penginapan, kita sambung bab jalan-jalan pula di Guangzhou, China.


Salah satu tempat adalah Taikang Plaza. Tempat ni penuh dengan pemborong yang menjual shawl dan aksesori. Agak mahal kalau kita beli satu ataupun dua. Kena borong baru dapat harga murah.


Tengok! Banyakkan! Pening kepala tengok hahahaha. Lagi masuk kedai lagi pening. Tak tahu mana satu pilih.



Bukan kat Taikang Plaza je tau yang jual shawl dan aksesori. Tempat lain pun ada. Lagi murah!! Tak ke pening ko kan? Ko pergi sini harga macam ni, pergi sana lagi murah. Hahahaha. Habis masa kat situ je la. 


Aku jalan-jalan ke sini sampai repeat 3 hari berturut-turut. Hahaha. 


Faris masa ni elok sangat, tak meragam pun. Alhamdulillah. Tapi abah dia dah start batuk-batuk -_-.


Faris di hari kejadian. Stroller ni pengasuh dia bagi pinjam sebab ringan. Hehehe. Janji selesa. Then mama leh shopping dengan tenangnya. Hehehe. Thank you Faris kerana baik sangat masa ke China. Walaupun keesokannya Faris demam ke sana. Faris tak meragam pun.LOVE.



Ok sepanjang jalan selalunya ada penjual yang jual buah dan makanan. Mak dengan kakak geram sangat tengok buah cherry tu. Murah kan, harus beli! Hehehehe. Kalau makanan, korang nak tahu yang halal...selalunya penjual sana letak logo HALAL dalam jawi. Selalunya, yang menjual tu adalah orang ala-ala arab dan memakai kopiah. Dia jual pun macam roti bakar dengan kambing bakar. Bolehlah makan untuk alas perut.



Sepanjang jalan. Tengok, ada je orang yang kendung kotak-kotak. Itu semua peniaga yang ambil barang dari wholesale. Takpun, mereka adalah orang upahan untuk hantar barang ke kontena. Satu benda yang aku nampak kat Guangzhou adalah bandar yang sangat-sangat sibuk. Memang mereka-mereka ni kerja cepat.  Sampaikan diaorang selamber je angkat barang atas kepala kita. Hewhewhewhew. Kalau korang nak beli barang kan, korang fikirlah lama mana diaorang kasi tapi diaorang jenis tak tunggu. Diaorang akan layan customer lain sementara kita fikir tu. Tapi kalau dah setuju...minta kurang lepas tu tak beli, memang kena maki lah hahahaha.




Aksesori. Memang banyak sangat-sangat aksesori. Tengok kat sini macam tak ada standard kalau beli. Tapi dah masuk pasaran DIVA ke. Haaa amik ko...masa tu akan nampak barang ni standard la kan? Harga? Memang jauh beza. Tapi macam biasa, kena beli borong :). Kalau korang pergi ramai..boleh la share. Kadang-kadang pemborong tak kasi borong barang lain...kena semua sama pattern tapi berlain warna. Ha macam tu lah.





Rasanya sampai di sini je aku boleh cerita pasal Taikang plaza. Kalau nak tanya silalah email ok. Aku sedia membantu dan bercerita, kalau aku ingat lagi :D. 


Next episode will be update soon ;). 


+ By +

2 comments:

Cik Puan Rara said...

Ya Allah best nya.nk g jugakkk! haih.

Cik Eka said...

bestnyaaa duii bila nak merasa..

tergugat ngan buah ceri tu.

sedap nyaaaaa