Friday, June 28, 2013

Guangzhou Hotel, tempat penginapan kami.

Bismillah.

Dengan ini, aku mulakan dulu cerita pergi Guangzhou, China pada tahun lepas. Hahahaha. Punyalah lama aku kepamkan cerita ini. Hari ini, aku cuba menulis semula mengenai cerita jalan-jalan aku. Ok?


Masa pergi Guangzhou, Faris baru sahaja 5 bulan nak masuk 6 bulan. Ni perjalanan Faris yang paling jauh buat masa ni... 5 jam. So far dia ok dalam kapal terbang. Tak nangis, senyap je. Time menyusu dia ehek-ehek sikit je. Wahhhh lega! Sayang Faris banyak-banyak.


Cerita kali ini tak ada part 1 ke part 2 ya. Semuanya berdasarkan tajuk mengenai tempat. InsyaAllah aku cuba ingat kembali tempat-tempat yang aku pergi.


Aku pergi ke Guangzhou adalah kerana dua perkara. Pertama, mestilah untuk jalan-jalan. Dan yang kedua, atas urusan business. Aku nak tengok dunia orang sana, tempat di sana, macam mana diaorang run business, cara bekerja dan macam-macam lagi.


Kenapa aku pilih Guanghou? Guangzhou adalah diantara negara wholesale yang terbesar. Dalam entry lain nanti aku cuba selitkan pengalaman aku berjumpa wholesale sana ok? Macam mana keadaan. InsyaAllah, aku akan selitkan. Kalau terlupa tu, korang cuba lah pm aku hehehehe.


Ni Aksi dalam flight. Faris memulanya tak tidur. Lepas dah bagi susu, tidur sampai ke China. Ke China kamu nak. China! Nanti besar, belajar lah di negara orang. Mama on je. Ewah!



Perjalanan selama 5 jam. Dah sampai...Faris bangun dan terus po-po Hakhakhakahak. Ok nantilah bolehlah cakap "China tempat aku berak je" Hahaha. Bertuah ok. Sampai-sampai berak! 


Lepas tu kitaorang menuju ke distinasi dengan menaiki teksi kat sana. Kitaorang naik kereta ala-ala grand lavina gitu lah. Berapa kos? Erm tak silap dalam RM100+ untuk 5 orang. Oklah kan? 


Ohhh. Diaorang tak pandai sangat cakap BI. Ada yang tak tahu langsung. Kitaorang tak ambil mana-mana agent. Gamble sahaja. So bercakaplah kitaorang macam ayam dan itik. Hahaha.


Aku dah siap print nama tempat dalam bahasa China. Tapi, ada juga tak faham *faceplam*.

Ok dah sampai hotel. Masa ni pagi lagi. Kedai pun ada sikit-sikit je baru buka. Memang kena time la untuk terus jalan-jalan :D. Gambar di atas tu, gambar Faris dengan tok dekat kaunter. Punyalah ramai dan sibuk kat hotel ni. Kebanyakkan yang menginap sini orang china sendiri, tak jumpa langsung orang Malaysia.


Selesa, layanan pun ok. Cleaner kat sini semuanya suka baby. Kalau datang nak kemas, tak sah tak dukung Faris. Lepas tu cakap cino..gelak-gelak. Ntah aku tak paham apa yang diaorang cakap. Tapi, aku gelak sama sebab nak layan kan ajo. Hakhakhak. Diaorang tersangat-sangatlah friendly. Tak pandai cakap BI pun, ada yang sesetangah je la. Yang tahu sikit, leader diaorang. Tu pun sikit je. yes no yes no wait. 


Ni rupa toilet. Pun ok. Bersih! 



Dah ini adalah gambaran suku Bandar Guangzhou. Padat kan?


Dalam banyak-banyak bangunan ni...korang tau tak, berapa terselitnya tempat wholesale?? Banyak ok! Banyak! 

-pause-


Ok sampai sini sahaja dulu, Nanti sambung-sambng lagi next place.




+ By +

2 comments:

Cik Puan Rara said...

sampai ke china kau ye nak.bertuah budak2 skrg.kecik2 dh naik kapal terbang.rara dulu.nan hado.hahaha

Byzura Mj (By) said...

Cik Puan Rara : kita dlu pun nan ado. hahaha. ni ada rezeki anak share2 kan. hehehe