Showing posts with label china. Show all posts
Showing posts with label china. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Tempat wholesale kasut, Guangzhou.

Ok entry last Guangzhou :D. Lepas ini boleh tulis untuk entry lain pula. Jenuh nak habiskan entry Guangzhou ni tau. Hahahaha.


Minta maaf aku dahulukan. Sebab, aku tak tahu nama jalan atau tempat ini. Tapi, tempat wholesale kasut ini adalah berdekatan dengan hotel kitaorang. Kitaorang just jalan-jalan, lepas tu kakak perasan ada lorong kecil. Sekali masuk....syorga!!! hewhewhewhew.



Ni kedai-kedai yang berhampiran dengan hotel kitaorang. Nampak huruf 5 tu?? Maknyanya, duit kita dalam RM 2.50. Hahaha murah? Kalau kedai cam ni korang boleh lah beli satu. Kalau tempat wholesale seperti biasa kena borong :).


Faris dah sihat :). So boleh bawa dia jalan-jalan masa ini. Kalau tak kitaorang bergilir jaga Faris. 



Ha ini lah lorong-lorong yang aku cakap tu :). Banyakkan??





Maknanya dalam RM 7.50. Hehehehe (juling mata).




Kasut-kasut ini semua tak ada brand ya.Haaaa cer korang tengok kasut korang, kot-kot sama :P. 




Amacam Guangzhou? Best?? Kalau tanya kitaorang, kitaorang nak pergi lagi!! Hehehe inilah hasil rembatan kitaorang :D.




OK sampai di sini sahaja.Tamat sudah entry Guangzhou.


p/s : lepas ini, akan up cerita jalan pergi Pangkor, Mabul Island dan bermacam-macam lagi. Hehehehe.


+ By +

Tuesday, July 9, 2013

Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre.

Ok lepas kita cerita pasal kain, kita cerita pula mengenai tempat borong barangan kulit. Masa ni, Faris dah kebah demam sikit. So kitaorang dah berani bawa Faris jalan-jalan.


Oh ya..sana farmasi ke apa memang susah nak dapat ya. Sebab diaorang majoriti guna tabib. Masa Faris demam aritu kitaorang gamble pergi Hospital Guangzhou. Yelah risau juga kan? Check apa yang patut. Hurm dari segi bahasa nak cakap, seperti biasa agak susah. Doktor diaorang je pandai BI tapi tu pun dia susah nak explain. So far kitaorang faham la apa yang dia maksudkan. Sebab kitaorang punya BI pun macam cina bukit. Hewhewhewhew. So siapa nak pergi memana, aku nasihatkan standby ubat dari klinik sini. Senang.


Berbalik semula pada entry. Tempat barang kulit ni agak jauh sedikit dari hotel kitaorang menginap. Dalam 30-40 minit termasuk jem. Tempat ni memang jadi tumpuan. Ramai ok! Pastu keliling ada kedai leather -_-". Sampai tatau mana nak pergi. So kitaorang decide pergi yang bangunan besar dulu iaitu Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre.


Gambar ini sebenarnya di hadapan tempat leather tu. Mak dah tak tahan tengok juice. Hehehe memang juice asli.



Nampak tak alat untuk perah juice tu. Macam senang je kan?


Mak, wak, abang wak dan Faris tengah tidur di hadapan Guangzhou Baiyun World Leather Trading Centre.



Memang ramai gila ke sini, terutama mat salleh dan negro. Semuanya peniaga...  Barangan kulit dia memang kualiti dan tiada lagi brand. Kalau nak di-brand-kan maybe kena tempah untuk cop je.


Sana kebanyakan barang, baju, aksesori yang beli secara borong memang tak ada sangat yang bercop. Kalau ada cop pun, cop barangan tempatan diaorang. 


Memang gila kalau tengok dan membeli. Tak tahu nak pilih yang mana. Gambar yang kat atas ni, gambar barangan kulit biasa je. Terlupa nak snap handbag yang jenis berkualiti. Huhuhu. 


Dah habis berjalan dan membeli, kitaorang terus balik sebab kat luar hujan lebat. So tak ada kesempatan nak berjalan kat kedai-kedai berhampiran :(. Hanya menjerit dalam van je, wahhhhhh kat sini lagi banyaklah handbag...kat situ banyakkkk. Takpelah tak ada rezeki. Kalau ada peluang, kita pergi lagi :).


Ok last entry rasanya lepas ini cerita pasal tempat borong kasut. Tapi, nama aku dah tak ingat. Hewhewhew.


+ By +

Friday, July 5, 2013

Highsun Fabric Market, Guangzhou.

Ok lepas ini, rasanya ada 2-3 lagi terhutang entry Guangzhou. Pffft! Punya lah banyak...itu pun ada tempat yang aku tak ingat mana. Hurm kalau cerita day by day, part by part rasanya macam panjang berjela. Boring lak nanti. Ni pun dah naik cemuih kan? Hewhewhewhew. 


OK selain Beijing Lu dan Taikang Plaza, ada lagi tempat shopping yang lagi menarik. Tempat jual kasut lain, tempat jual barang kulitnya lain...Tempat jual kain pun lain. Tapi kalau pergi satu tempat tu jual kain, memang satu atau 2 lorong tu jual kain je. Malah ada sampai 5 lorong! 


Yang aku pergi kali ini adalah Highsun Fabric Market. Dari hotel naik teksi. Sebab agak jauh perjalanan. Faris, wak jaga sebab masa ini duaorang tu demam. Hehehe. So mama kuarantinkan duaorang tu, untuk duduk dalam bilik hotel sampai sihat. Ada alasan lah mama nak jalan-jalan bersama mak dara yang lain. Hahahaha.


Kitaorang keluar pagi. Sampai sana memang dah tercongok depan kedai. Hahahaha.


Tanggapan aku teramatlah salah sekali. Aku ingat macam satu bangunan tu je jual kain. Tapi kedai kat tepi-tepi Highsun itu pun berlambak kedai ok! Rasanya macam tak cukup 6 hari ke sana. Kitaorang cancel-kan trip untuk pergi ke Hongkong sebab Faris demam. Takpelah janji Faris sihat kan...boleh pergi lain waktu kalau ada rezeki.


Faris demam bukan sebab cuaca sana ke apa. Dia tumbuh gigi sampai 5 batang! Hahaha. 


Eh berbalik semula ke Highsun Fabric Market tadi. Ok disebabkan building tu tutup lagi, kitaorang jalan kedai-kedai berhampiran.


Kedai langsir! Memang cantik dan murah. Tapi tak beli sebab takut ter-over berat T___T. Tu la kan shopping sakan lagi. Hehehe. 



Korang nak design then suruh orang kedai jahit tu pun boleh. Boleh ambil keesokkan atau hari yang sama. Yang dah siap pun ada. Cantik-cantik dan moden-moden.


Habis semua kedai lah kitaorang pergi sambil tunggu Highsun tu buka. Sampai lenguh kaki berjalan.


Bila Highsun buka apa lagi?? Melompat!! Hehehe. Barang yang di idamkan adalah memborong kain cotton dan kusyen. Hehehe. Langsir tak apa, tahan sabar dulu sebab rumah pun rumah sewa sekarang. So, rasa macam tak berbaloi kalau beli.



Highsun Fabric Mariket ini, memang banyak kedai dan banyak pilihan kain. Dan yang paling penting adalah murah! Aku buat kusyen 45 minit je dah siap! Dalam RM 25 macam tu. Murah? Murah lahhhh sebab kusyen tu jenis bulu-bulu zebra, bulu-bulu bear. Hehehe. Kalau sini beratus kan??


Untuk kain cotton pula, memang lah sangat-sangat murah dan berkualiti. Bukan jenis ada sesetengah cotton yang berbulu tu. Memang yang jenis mahal kalau kat sini. Tskkk kalau ingat balik kan, memang menyesal tak beli banyak-banyak T_T.


Ok bila dah masuk lunch, kitaorang balik ke hotel. Aku nak balik jenguk Faris. Lagi pun Aku pam susu sampai tengahari je. 


So, kitaorang balik ke hotel naik bas. Lagi murah dari tambang teksi. Huhuhu. Ada warga sana tunjukkan kitaorang macam mana nak naik bas. Merasalah naik bas di Guangzhou hehehe. Macam rapid KL juga, masuk duit then jalan.





Ha tu antara hasil rembatan! Hahaha baru setengah hari berjalan ok. Kalau seharian? Grrrr boleh jadi gila. Hahaha.



Ok sampai di sini sahaja. Lepas ini kita cerita pasal tempat barang kulit, handbag ok!


+ By +

Thursday, July 4, 2013

Beijing Lu, Guangzhou.

Oh ya untuk jalan-jalan mencari supplier minta maaf tak dapat nak tunaikan sebab tak tahu nama tempat. Hahaha. Ikut kawan masa ke situ. So harap ampun ya!


Namun, jangan lah berdukacita sebab kedai-kedai yang lain juga menjual barang dengan harga murah! Kena pandai tawar menawar je. Tapi kalau salah tawar, ha masa itu diaorang nak korang beli juga! Kalau nak beli murah, korang tawar harga yang paling lower dan rasa berbaloi. Ok?



Ok ni rupanya Beijing Lu pada waktu pagi. Panjang dan punya banyak kedai menjual baju. Ni korang nampak macam ni, tapi ada lorong-lorong lagi.



Ok ni Hotel Lido, kalau nak senang bolehlah menyewa di sini. Sebab, hotel ini agak centre dengan tempat lain. Dan lagi satu, korang senang nak bertanya itu ini dengan pelayan hotel ini. Diaorang pandai cakap BI dan tahu juga tempat yang menarik. Aku selamber masuk tanya itu ini. Hihihihi. Memang diaorang friendly.




Masa ni pagi, tak buka lagi kedai..kitaorang dah terjah :D. Tak sabar lah konon kan. Hihihi.




Dan ini pula rupa Beijing Lu waktu malam. Memang meriah. Kedai ya ampun banyak. Sekali lagi aku cakap, BANYAK! Korang kena pasang kaki je. Kat sini lebih tertumpu pada butik-butik. 



Ramai jual bulu-bulu ini. Tapi tak berani nak beli. Memang sangant-sangat murah.



Letih berjalan jangan cakaplah. Memang letih sangat sebab jalan dia panjang. Sedar tengok dah jalan jauh dari hotel Hahahaha. So letih nak patah balik, kitaorang tahan motor je.

  
Motor yang speed nya laju tak hirau bas ke kereta ke kat sebelah. Hahaha. Risau tercampak Faris je masa ni. Hahahaha. 


Ok habis cerita Beijing Lu. Lepas ni aku cuba cerita pasal tempat jual leather je ok! Da~



+ By +

Tempat makanan HALAL di Kota Guangzhou.

Ok dah cerita pasal Taikang Plaza, kita cerita pula pasal makanan halal kat Guangzhou. Pause sekejap cerita pasal jalan-jalan shopping. 


Untuk kitaorang mencari makanan halal dekat Guangzhou, agak susah sedikit sebab Guangzhou ini besar dan punyalah banyak kedai, ok. Dan kitaorang tidak memakai mana-mana agensi. Gamble. Hehehe. Entahlah, jarang pakai agensi sebab terjah-terjah itu macam seronok. Gaduh-gaduh cari jalan, lepas itu boleh gelak-gelak semula. Hewhewhewhew. Maybe, kalau pergi macam Beijing ke kena pakai agensi la kan? Mana tak perlu, kitaorang insyaAllah boleh gamble lagi dengan menggunakan map.


Ok untuk hari pertama, semua diwajibkan makan maggi hahahaha. Makanlah biskut ke apa untuk alas perut. Tapi depan sikit hotel dah ada orang Arab jual roti dengan kambing bakar. So boleh tahan lagi so far. Wak? Mesti dia usaha nak cari nasi. Jawalah katakan (jeling). Faris pula aku dah siap-siap bawa nestum dengan careal Henz. 


Jalan punya jalan, kitaorang jumpa satu kedai makanan halal. Kedai ala-ala kedai mamak tapi agak mahal. Nasi briani dalam RM 20++ Ohhh kalau hari-hari? Matilah. Habis duit shopping kan! Hahaha.


OK jalan depan sikit......




Kitaorang jumpa kedai ni!!!! Yeah! Terletak di area Beijing Lu. Perkataan Lu ni, maksudnya jalan ya. So nama dia dalam bahasa melayu kita, Jalan Beijing.



Menu. Sedap-sedap ok!



Aku dan kakak tengah buat pesanan makanan.



Nampak logo halal? Kalau dah tak was-was insyaAllah halal.



Nampak tak mamat tengah berdiri tu? Dia pekerja kat kedai makan ni. Ya Allah memang tak duduk diam mamat ni. Kejap dia hantar makanan naik atas. Kejap layan tetamu yang kat bawah ini. Boleh dikatakan naik tangga, turun tangga. Laju pula tu jalan... Kuat betul orang sana bekerja. Agaknya tidur macam manalah agaknya. Tak sempat mimpi kot. Hehehehehe.



Kedai ini, sebenarnya banyak menu, tapi tengok lah gambar kat atas tu...TAK PAHAM kalau baca! Hahahaha. So dari duduk tanya ini macam mana, itu macam mana. Baik pilih berdasarkan gambar je. Sebab diaorang tak pandai sangat nak explain dalam BI. Take away pun tak faham, last-last kitaorang cakap tapaulahhhhhhhh hahaha. 


Jangan risau, gambar diaorang tersangat sama dengan makanan yang dihantar. Tak percaya?? Tengok ni!



Memang sama sebiji sama dengan gambar! Nasi kat sana agak besar-besar ketulan biji dia. Tau tak makanan ini boleh share berapa orang? 3 orang pun ok! Banyak. Harga adalah berbaloi. RM 6-8 je satu pinggan yang boleh di-share 3 orang bagi aku.


Sambal ni pun sedap! Oh lapar sudah tengok gambar makanan :P. 



Sedap. Serius sedap! Orang sana suka makan makanan panas-panas.  



Ni tatau apa nama. Rasa dia ala-ala kari sedikit. 



Dimsum sup....RM 4 kalau tak silap. Berlambak ok.



Nasi goreng cina. Ni sama lah rasa dengan sini tapi lauk dia banyak.



Mee sup


Telur dadar. Telur dia macam kacau time goreng kan? Hihihi makan jelah. Janji dapat telur goreng :P



Kalau korang pergi Guangzhou, boleh la rasa makan makanan kat sini. Serius sedap. Kitaorang boleh dikatakan duduk repeat je makan kat sini. Makan sampai puas. Hehehe semua rasa. Tapi dalam gambar ini je. Lain-lain tu lupa snap :P.




OK Nanti kita sambung cerita shopping-shopping pula ya! Ok da~


+ By +

Tuesday, July 2, 2013

Taikang Plaza, Guangzhou.

Ok lepas kita cerita pasal penginapan, kita sambung bab jalan-jalan pula di Guangzhou, China.


Salah satu tempat adalah Taikang Plaza. Tempat ni penuh dengan pemborong yang menjual shawl dan aksesori. Agak mahal kalau kita beli satu ataupun dua. Kena borong baru dapat harga murah.


Tengok! Banyakkan! Pening kepala tengok hahahaha. Lagi masuk kedai lagi pening. Tak tahu mana satu pilih.



Bukan kat Taikang Plaza je tau yang jual shawl dan aksesori. Tempat lain pun ada. Lagi murah!! Tak ke pening ko kan? Ko pergi sini harga macam ni, pergi sana lagi murah. Hahahaha. Habis masa kat situ je la. 


Aku jalan-jalan ke sini sampai repeat 3 hari berturut-turut. Hahaha. 


Faris masa ni elok sangat, tak meragam pun. Alhamdulillah. Tapi abah dia dah start batuk-batuk -_-.


Faris di hari kejadian. Stroller ni pengasuh dia bagi pinjam sebab ringan. Hehehe. Janji selesa. Then mama leh shopping dengan tenangnya. Hehehe. Thank you Faris kerana baik sangat masa ke China. Walaupun keesokannya Faris demam ke sana. Faris tak meragam pun.LOVE.



Ok sepanjang jalan selalunya ada penjual yang jual buah dan makanan. Mak dengan kakak geram sangat tengok buah cherry tu. Murah kan, harus beli! Hehehehe. Kalau makanan, korang nak tahu yang halal...selalunya penjual sana letak logo HALAL dalam jawi. Selalunya, yang menjual tu adalah orang ala-ala arab dan memakai kopiah. Dia jual pun macam roti bakar dengan kambing bakar. Bolehlah makan untuk alas perut.



Sepanjang jalan. Tengok, ada je orang yang kendung kotak-kotak. Itu semua peniaga yang ambil barang dari wholesale. Takpun, mereka adalah orang upahan untuk hantar barang ke kontena. Satu benda yang aku nampak kat Guangzhou adalah bandar yang sangat-sangat sibuk. Memang mereka-mereka ni kerja cepat.  Sampaikan diaorang selamber je angkat barang atas kepala kita. Hewhewhewhew. Kalau korang nak beli barang kan, korang fikirlah lama mana diaorang kasi tapi diaorang jenis tak tunggu. Diaorang akan layan customer lain sementara kita fikir tu. Tapi kalau dah setuju...minta kurang lepas tu tak beli, memang kena maki lah hahahaha.




Aksesori. Memang banyak sangat-sangat aksesori. Tengok kat sini macam tak ada standard kalau beli. Tapi dah masuk pasaran DIVA ke. Haaa amik ko...masa tu akan nampak barang ni standard la kan? Harga? Memang jauh beza. Tapi macam biasa, kena beli borong :). Kalau korang pergi ramai..boleh la share. Kadang-kadang pemborong tak kasi borong barang lain...kena semua sama pattern tapi berlain warna. Ha macam tu lah.





Rasanya sampai di sini je aku boleh cerita pasal Taikang plaza. Kalau nak tanya silalah email ok. Aku sedia membantu dan bercerita, kalau aku ingat lagi :D. 


Next episode will be update soon ;). 


+ By +