Selepas akikah Faris, aku dah pergi tanya bank macam mana nak bukakan akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera ) dan SSPN(Skim Simpanan Pendidikan Nasional) untuk Faris. Bank cakap tunggu umur 6 bulan baru boleh buka akaun. Hampir 4 bulan jugaklah aku pegang duit orang bagi masa Faris lahir sampai akikah. Nasiblah ko dapat mak baik *batuk (Padahal ada sikit guna beli mainan :P). Hahahaha. Kalau tak habis duit ko nak!
Bila aku rasa tahun ini adalah tahun *batuk 31 tahun *batuk , lagilah aku banyak mengumpul untuk Faris. Bila masa orang kasi aku simpan. Dah menggunung sikit, aku masukkan dalam akaun Faris.
Erm just imagine manalah tahu aku jadi apa-apa ke kan, macamana lah kehidupan Faris. Kadang-kadang, rasa macam negatifnya aku fikir. Tapi bila fikir panjang, banyak faedahnya. Duit itu untuk pembelajaran Faris, kehidupan Faris.
Pernah terfikir bila aku berumur 40 tahun, Faris baru 10 tahun. Darjah 5 ok! Ya Allah kecik lagi Faris masa itu T___T. Aku kena banyak kerah tenaga simpan duit. Telinga ini jangan cakaplah.. dah banyak orang bebelkan, sebab benda-benda ini lah orang suruh kahwin awal. Tapi itukan ketentuan Illahi. Acaner kan? Biarlah orang nak cakap apa, aku iyakan aje. Kalau dilayan mahu sesak otak aku. Haih.
Baru ini masukkan lagi duit untuk Faris untuk duit terkumpul masa raya. Hehehehe.Alhamdulillah. Korang dah buat? Buatlah! Best tau bila tengok duit anak menggunung.
Dear Faris, Mama dah masukkan duit dalam ASB tau, dividen jangan lupa kasi mama! Hahahaha.
Ok set! :P
+ By +
No comments:
Post a Comment