Cerita bab makan, aku adalah seorang yang sangat-sangat kaki makan. Tolak batu dan kayu je. Serius. Lemak, semualah...semua pun makan. Kalau bontot ayam tu, jangan cakap lah haiiiii PANTANG TENGOK BELI -_-".
Tapi bila umur dah 31 tahun *batuk* nak masuk 32 tahun *batuk* mula macam sedar diri. Takut apa-apa jadi. Penyakit sekarang bukan main serang orang kan? Tak ada nak main signal-signal. Huhuhu.
Aku ini boleh la dikatakan diet juga. Sebab err sebab (jeling tengok muka dan peha). Nangis.
Ada lah beberapa orang tegur, "TAK PAYAH LAH DIET SANGAT...BADAN KURUS JE".Memang lah aku diet, sambil-sambil itu aku ambil pemakanan sihat juga. Tak semestinya diet nampak macam sadis sangat rupakan? Bukan langsung tak makan. Ambil ok. Tapi lebihlah pada "healthy food", orang cakap.
So sekarang, aku dah melatih diri supaya tak ambil nasi lemak, roti canai, nasi kerabu, nasi dagang dan seangkatan. Bukan tak ambil langsung...just sekali sekala. GILAKAUKALAUTAKMAKANTERUS?! Hahahaha.
Sarapan pagi je, tengahari aku ambil karbo sikit. Malam tengok keadaan hehehehe. Buat masa ini menahan nafsu.
Ok sekarang sarapan pagi adalah lebih berupa macam ini...
yougurt + bijirin.
Salad + chicken pop corn.
Chicken pop corn wrap dan air detox (untuk cuci segala asid). Ada ke laki aku cakap itu air eksperimen? Haihhhhh sabar je lah kan?
Dan lagi? Nanti kita share eah sebab minggu ni adalah minggu salad. Hahaha. Tengok sahaja lah kan boleh ke idak tahan :P.
Ok mulai hari ini, AKU JANJI aku takkan makan benda berlemak sangat dan seangkatan untuk mengelakkan kolestrol berlebihan, darah tinggi, kecing manis, jantung danlain-lain. Bukan bye-bye terus tapi sekala kita berjumpa ya wahai makanan-makanan lain.
Semoga hidup kita cergas dan sihat! #jomkurusdansihat. :P. Ingat semua itu datangnya dari Allah. Kalau kita berjaga insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi diri kita. Peace!
+ By +
2 comments:
vahhh diet~ best nya,bila lah rara nk start ni.huaaaa~
Cik Puan Rara: Tak bape nak diet sangat hahaha. Nak try jaga pemakanan sihat. Ecewah!
Post a Comment