Showing posts with label ASB. Show all posts
Showing posts with label ASB. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Bukakan akaun SSPN dan ASB seawal 6 bulan untuk Faris.

Selepas akikah Faris, aku dah pergi tanya bank macam mana nak bukakan akaun ASB (Amanah Saham Bumiputera ) dan SSPN(Skim Simpanan Pendidikan Nasional) untuk Faris. Bank cakap tunggu umur 6 bulan baru boleh buka akaun. Hampir 4 bulan jugaklah aku pegang duit orang bagi masa Faris lahir sampai akikah. Nasiblah ko dapat mak baik *batuk (Padahal ada sikit guna beli mainan :P). Hahahaha. Kalau tak habis duit ko nak!


Bila aku rasa tahun ini adalah tahun *batuk 31 tahun *batuk , lagilah aku banyak mengumpul untuk Faris. Bila masa orang kasi aku simpan. Dah menggunung sikit, aku masukkan dalam akaun Faris.


Erm just imagine manalah tahu aku jadi apa-apa ke kan, macamana lah kehidupan Faris. Kadang-kadang, rasa macam negatifnya aku fikir. Tapi bila fikir panjang, banyak faedahnya. Duit itu untuk pembelajaran Faris, kehidupan Faris.



Pernah terfikir bila aku berumur 40 tahun, Faris baru 10 tahun. Darjah 5 ok! Ya Allah kecik lagi Faris masa itu T___T. Aku kena banyak kerah tenaga simpan duit. Telinga ini jangan cakaplah.. dah banyak orang bebelkan, sebab benda-benda ini lah orang suruh kahwin awal. Tapi itukan ketentuan Illahi. Acaner kan? Biarlah orang nak cakap apa, aku iyakan aje. Kalau dilayan mahu sesak otak aku. Haih.



Baru ini masukkan lagi duit untuk Faris untuk duit terkumpul masa raya. Hehehehe.Alhamdulillah. Korang dah buat? Buatlah! Best tau bila tengok duit anak menggunung.



Dear Faris, Mama dah masukkan duit dalam ASB tau, dividen jangan lupa kasi mama! Hahahaha. 



Ok set! :P




+ By +

Monday, January 4, 2010

Tabik spring to Maybank!


Tetiba macam nak tabik spring dekat Maybank. Kaunter ASB, hari ini berjalan dengan lancar ok! Bagus. Pengurusan Maybank memang dah agak kot, sebab hari ini mesti ramai orang kemaskini buku ASB.

Kata dah leh keluar duit dan kemaskini :D.

Korang dah kemaskini ke belum?

Keluarlah tanduk segala bila tengok duit :P. Tak boleh, tak boleh simpan untuk kawin. Hiks.

Teringin nak buat akaun Tabung Haji. Tadi jalan-jalan kat blog Apash, ada entry buka akaun Tabung Haji dengan RM 2. Pergh!! Ni nak buat aku terjah Tabung Haji ni.


Dan teringin juga nak cash out duit Nuffnang *wink.