Tuesday, November 19, 2013

Pulau Mabul, Sabah [part2]

....[part1]

Selama 5 hari 4 malam di Pulau Mabul, kitaorang ambil package snorkeling dan diving. Ada juga package ke Pulau Sipadan  dan ada juga package lain-lain. So korang bolehlah cuba mana-mana package if pergi nanti. Kitaorang nak mencuba diving! Short diving pun ok lah, nak merasa turun ke bawah dan tengok dunia dalam air. Errrr takut pun ada ni sebernarnya. Hahaha.


OK. Pulau Mabul ini mempunyai keunikan sendiri. Dia tak terlibat dalam monsun. Bestkan? So tak ada sangat air bergelora. Selama aku pergi, air dia tenang-tenang sahaja. Cerita salah seorang pekerja dari Scuba Jeff, ada satu tempat yang mempunyai pusaran untuk menyedut air. Kalau ada tsunami ke apa..tempat itulah yang menyelamatkan Mabul  dari terkena 'muntah' tsunami. Ha gitulah cerita nya. Tapi, pusaran itu agak jauh. Maybe di tengah-tengah laut. 


Ya sini seperti aku bagitahu, sangat-sangat tenang. Memang tak ada bunyi langsung bunyi hon kereta, bunyi enjin kereta. Yang hanya didengari adalah enjin motor boat  =D dan air bergocak. Perkampungan sini pun adalah sangat kecil. Pengangkutan utama diaorang adalah sampan dan boat.


Seawal 6 pagi aku bangun, cuaca dah cerah. Hari agak mendung sikit hari keduanya. So tak adalah aku nampak sangat matahari terbit. Matahari seakan malu-malu gitewww.



6 pagi. Tenang kan? Rinduuuu! Bila tengok gambar semula, sure rindu. Semalam wak tanya, yang bila nak repeat?? I suka Mabul.. nanti kita repaet eah?? Ohhh nantilah lah tunggu anniversary kita lah eah (yang entah keberapa). Semua tempat pun hang nak repeat! Hahaha.



Nampak orang tidur kat luar itu? Itulah pekerja Scuba Jeff. Diaorang memang tidur kat luar. Diaorang cakap inilah ekon terbaik! Memang terbaikpun aku rasa, sebab tak ada seekor pun nyamuk. Pagi-pagi sejukkkkkk!



7 pagi.


7 pagi, nelayan dah start keluar mencari rezeki. Sesiapa nak makan seafood sampai muntah, boleh lah borong! Murah-murah.






Tengok. Ada kerapu merah, kalau kat KL mahal kan?? Mabul, selonggok RM 10. Untung-untung dapat ikan free je! Hahaha. 




Bukan ini sahaja group nelayan, nanti datang lagi dan lagi. Haaaa ambil kau juling mata nak memilih. Silap-silap sampan selepas itu lagi murah! Hihihi.




Sotong. Kalau tak silap sotong ini RM 20 semua. Kitaorang tak beli, banyak dan besar sangat. Takut nak makan. Hahaha.




Ketam. RM 20 satu ikat itu. Ada 6 ekor semuanya... Ha..murah tak?



Bukan ikan, sotong dan ketam je tau...



Ada juga....






Lobster! Anak lobster, mak lobster, bapak lobster, segala nenek moyang lobster pun ada. He he he. Dalam kampung Mabul itu pun ada yang menjual hasil laut yang fresh. Nanti kalau ada kesempatan..aku cerita juga kat blog.




Sampai sini je dulu. Ok bye!



+ By +

No comments: