Tuesday, November 19, 2013

Restoran Sambal Hijau, Sungai Penchala.

Alkisah weekend lepas, nak jalan-jalan cuci mata dekat ikea. Sebelum itu, memang set otak ni nak makan dekat Restoran Sambal Hijau kat Sungai Penchala. Senang je lokasi restoran ini, terletak tepi jalan kat area Jalan Sungai Penchala.Hahaha ok tak aku bagi landmark? =P


Sampai-sampai dah penuh. Pewwh! Ramai orang makan dekat sini. Kalau nak lauk banyak dan masih banyak kena sampai awal. Kitaorang sampai dalam pukul 1 tengahari, full house! 




Ikan bakar panas-panas. Ada ikan pari, ikan keli, ikan kembong..lain tak ingat dah. 




Tengok, penuh. Kitaorang berdiri kat tepi, last-last tak lama kemudian ada makcik sorang ni dan ahli keluarganya dah siap makan. Lega tak lama berdiri. Terima kasih makcik.



Apa lagi, terus zaaaas ambil lauk. Tengok-tengok siput sedut dah habis. Hampa T____________T. Tapi banyak lagi lauk masa ini. Tak tahu nak pilih mana satu. Ada gulai urat ketil. Teringin tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii * jeling badan. Huhuhuhu. Tengah usaha dapat turun berat badan sikit lagi. So haruslah berpuasa dari makan benda-benda camtu.



Yang di ambil hanyalah, gulai lemak cili api nangka, ikan bakar dan ulam.



Close up. Gambar sambal hijau. Sedap. Sambal dia semua sedap-sedap. Semua pun aku rembat. Hihihi Dasar tamak -_-.




Ikan bakar bersama air asam. Sedap juga! Nak-nak ikan keli itu. Adoii meleleh air liur. 



Suci bersama ayam goreng rempah. Adik ko makan ni je la kan dik....Takpelah asal bahagia.


Faris aku siap gaul kuah kuah lemak cili api tadi dengan ayam Hehehe.


Dan air mestilah ambil, air tea botol dari Indonesia. Untuk legakan perut.  





Dan lagi, pencuci mulut. red velvet dan kek batik. Ehhh tengah usaha nak turunkan berat badankan? Tak guna By, tengok ko makan? Hahahaha. Beria ko bising, tapi makan ya rabbbbbbb. 



Lepas kenyang perut, marilah kita bercuci mata di ikea. Ada barang sikit untuk rumah baru. Beli sikit-sikit, tak adalah rasa duit itu keluar sangat. Kira-kira kos pindah rumah....ya ampunnnn duit dimakau duit T______T. 


Budak 2 orang ini haruslah duduk dalam troli. Hehehe. Mama nak tengok itu ini, please jangan kacau.



Lepas jalan dekat ikea, pergi ikano pula. Pergi pet shop..pergi shopping barang wak....


Oh  ya, wak sekarang dah ada perubahan. Dah sanggup tangkap dan layankan isteri dia yang kebambam ni ambil gambar. Kalau gambar itu tak dapat angle tak betul, siap suruh duduk lagi sekali...dan ambil gambar lagi sekali =D. Syabas wak. 





Dah penat marilah pulang. Tengok budak ini keletihan dan dahaga. Hihihi. Puaskan berjalan? Ni baru 2 trip. kalau 3 trip termasuk tawaf ke The Curve? Haa nak? Mama ok je =D.



Itu sahaja kisah weekend! Bye!




p/s : dalam proses nak delete entry luahan perasaan. Erm aku nak clearkan post-post yang tidak beremosi sangat dan mengarut. InsyaAllah. Aku cuba.


+ By +

2 comments:

safurara said...

kecur liur tgk ni kak! hehehe

Byzura Mj (By) said...

Cik Puan Rara : By buat entry ni pun kecorrrr T___T.