Showing posts with label scuba jeff. Show all posts
Showing posts with label scuba jeff. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Pulau Mabul, Sabah[part5]

.....[part4]


Ok episod last =D. Episod last berkisahkan tentang, jalan-jalan kampung Pulau Mabul. Tak luas sebenarnya kalau ikutkan tanah yang ada di Pulau Mabul. Jalan 30 minit dah boleh habis satu kampung. Seronok, sikit sebanyak dapat mendalami kehidupan penduduk di Pulau Mabul. 


Mereka-mereka ini dalah suku kaum bajau. Pekerjaan utama adalah nelayan. Tapi nelayan kaya ok. Beriban duit hasil jualan =). Tapi, kat sana tak ada kecanggihan dari segi pendidikan dan kehidupan. 



Ok. Ni jalan untuk ke kampung Pulau Mabul dari chalet. Jangan risau titian ini selamat walaupun ada yang rongak hahahaha. Be careful je. Kalau nak tengok antara rumah termewah, kat sebelah tu adalah antara rumah mewah. Siap ada astro ok.




Sekejap je jalan atas titian tu dah sampai kampung. Di Pulau Mabul, elektriknya adalah dicatu. Elektrik, akan ada pada pukul 6 petang hingga ke 6 pagi keesoknya. Kalau duduk kat chalet tak panas pun. Dapat angin pantai, best! Jalan lupa bawa power bank dan kipas bergerak itu...kot kot korang tak tahan panas..leh pakai kipas tu kan. Hehehe.




Gerai goreng pisang.



Kedai runcit.




Ini pula, titian ke rumah nelayan yang menjual hasil-hasil laut. Apa ada?? 



Ada lobster!! Ada udang lipan dan macam-macam lagi.




Pelbagai ikan. Kitaorang ambil lobster. Tak mahal macam kat KL. Kalau KL boleh dapat makan seekor je..Sana lebih kurang 4 ekor boleh dapat. Murah tak murah??




Hasil pancingan kami di rumah nelayan tersebut. Kecur airliur tengok lobster T_____________T.


Sambil makan, sambil boleh tengok permandangan. Dalam gambar ini, adalah kanak-kanak Bajau Laut. Mereka akan minta makanan...kalau korang nak kasi, kasi...kalau tak nak pun tak apa. Apa salahnya sekali sekala sedekahkan? Rumah diaorang ini, terletaknya atas laut. Ya, atas boat besar. Membesar memang atas laut. Sekali sekala je diaorang akan turun ke tanah. Kalau korang berpeluang pergi sana, cuba tengok kaki diaorang. Memang berbeza dengan kita. Kaki diaorang agak besar dan lutut bengkok sikit. 


Nak tahu macam mana tengok mereka adalah golongan kaya atau tak? Kena tengok boat yang diaorang tinggal itu. Kalau besar, maknanya keluarga itulah yang paling kaya. Hasil tangkapan boleh cecah sampai 6 ribu sebulan! 


Memang unik kehidupan diaorang. Tinggal, makan, tidur...adalah atas laut. Main pun atas laut, selambe je berenang. Kalau aku dah tercungap. Hahahaha.



Oklah. Rasanya sampai kat sini sahaja coretan aku. Akhir, aku kongsikan permandangan kat sana. Kalau ikutkan banyak sangat permandangan..Tapi ini, aku pilih random je la ya.


Semoga menarik perhatian anda =D.
















Ok bye!



+ By +

Thursday, November 21, 2013

Pulau Mabul, Sabah [part4]

.....[part3]



Package kitaorang bukan ditamatkan dengan snorkeling. Lepas snorkeling, kitaorang buat aktiviti diving. Satu aktiviti yang aku tak pernah cuba. Sebelum pergi, kitaorang diberi pencerahan mengenai langkah-langkah macam mana nak turun ke dasar laut, cara bernafas, cara tekan button dekat gas...penggerakan dan macam-macam lagi.


Dah mula berdebar waktu itu. Serius.



Gambar mama diva [la sangat] Hahahaha.


Ya aku bawa Faris. Jadual aku dengan wak adalah berbeza. Kitaorang turun berasing. So tak adalah aksi turun bersama-sama sambil berpegangan tangan. Hahahaha. Pui. Ada hati kan. Shawl merah itu memang aku bawa ke hulur dan ke hilir. Sebab, Faris masih menyusu :).


Ok tibanya ditempat yang dinantikan. Tak ingat nama tempat ini. Tapi sangat-sangat lah cantik. Air biru dari tempat yang kitaorang menginap. 


Wak dengan semangatnya turun dahulu. Aku nak tidurkan Faris waktu ini. Patutnya aku turun dulu, tapi terpaksa relakan wak turun. Takpe go suami! Eh over pulak kan? =P



Senang je wak turun..nampak cool la. Aku duduk atas fikir macam-macam. Tetiba, wak muncul kena heret. Kenapakah??








Rupanya wak cramp! Hahahaha Adoila. Wak memang, tak boleh nak sejuk sikit. Kebetulan masa ini, hari hujan sikit...so sejuklah sikit cuaca. 



So wak tunggu kat atas. Membebel dia sengsorang. Tak ada rezeki wak nak turun lagi..memang kaki dia sakit. Takut nak turun, takut tak boleh nak tolak-tolak air. Bahaya juga. So dia redhakan dengan keadaan yang sangat frust. Lain kali kita pergi honeymoon, diving dedua nak?? Hahahahak.



Kumpulan tadi dah naik, aku dan rakan lain pula turun. 



Ha korang pandai-pandai lah tengok video ini. Nak terbalikkan laptop pun boleh. Hahahaha. Aku tak tahu macam mana nak edit dah. Dah buat guna movie maker siap letak credits, lagu bagai tapi tak boleh nak upload. So cenggini je lah gayanya. Hehehehe. Ni pun stuck-stuck. Layankan je la ya. 


Aku pun turun..tak lama tu aku, naik =D. 





Tapi aku bukan cramp ke ape. Aku cuak tertekan button naik. Hahahaha. Cuak la hoi..duk dalam air tu langsung tak dengar apa-apa. Dengar bunyi air dan nampak signal je dari guider tu. Memula kot kan. Ok kita cuba sekali lagi.



Nak turun itu, ada berapa step kena berhenti untuk check tekanan telinga. Macam kita naik kapal terbang juga, pasti berdesingkan? Turun dasar laut pun sama. So ada cara untuk hilangkan desingan itu. Ok kali ini berjaya turun sampai bawah. 



Turun sampai bawah, tahu apa yang aku nampak?  Penyu besar! =O




Ya Allah besar! Aku pegang tali je la. Jauh sikit. Sebab besar yang amat. Guider itu suruh aku buat peace. Maknanya aku dalam keadaan ok. Nampak aku buat peace? Hehehehe.



Lepas itu, guider suruh aku dekat tapi jangan sentuh..takut penyu tu merajuk. Aku taknakkkkkkkkkkkkkk. Tengok apa yang terjadi....










Kitaorang gaduh tolak menolak kat dalam air itu. Hahahaha. Lawak kalau ingat balik >-<.






Besarkan an an an???



Nilah pengalaman sangat-sangat berharga. Teruja juga nak ambil kelas diving untuk ke dasar laut yang penuh dengan coral cantik-cantik. MasyaAllah kejadian MU sangat unik. Kejadian MU sangat cantik.



Ok sampai di sini sahaja! Ok bye! Nanti-nanti sambung lagi :D.



+ By +

Wednesday, November 20, 2013

Pulau Mabul, Sabah [part3]


.....[part2]

Harap maklum, entry untuk Pulau Mabul ini kesemuanya ada 5 part. Kalau ada lagi sambungan, silalah baca sampai muntah. Hehehe. 


Ok part 3, kita cerita pasal snokerling pula. Masa yang ditunggu-tunggu! Aku dengan wak suka snorkeling, suka tengok dasar laut ada ape. Wak dah jadi macam ketagih...sikit-sikit nak ajak aku pergi pulau. Tapi, bila suatu hari aku tanya, "yang, nanti kita pergi Maldives nakkk?? (tak agakkan, nak pergi Maldives...sini pun ko tak habis nak jelajah =P )Tengok lah kalau ada rezeki...bestlahhh tengok gambar orang itu dia snorkeling sebelah dia sharkkk lalu!!". Kemain lagi isteri ini bercerita..Padahal, kat Redang kalau bernasib baik pun nampak shark -_-. Tau dia jawab ape???


"you biar betull...shark?? Macam manu tu?? Nanti nak kuak lebih susahlah...you lagi...". Ecececece aku plak kan?? Sebenarnya wak tak pandai berenang! Hahaha cuak lettew. Dah pergi belajar swimming skang! 


Ok. Sambung cerita. Kitaorang keluar pagi...ke arah Kapalai Island dulu.


Ini permandangan sebelah chalet kitaorang. Ada jambatan ke office chalet itu. Nica kan?? 



Suami, bini dan anak. Bini adalah agak over dengan spek itam besor beliau. Orang dah tak pakai lah spek besor By... Hahaha. Lantak! Janji permandangan clear dan tak berkerut bila nak tengok sesuatu. Nak pergi tengah laut, pahamje lahhh...cahaya dia memancor.


Kapalai ini adalah salah satu pulau yang tercantik kat sini. Memang jernih dan banyak ikan. Sesiapa yang berkemampuan, silalah menginap di Kapalai resort. Serius cantik!! 


Ni lah Kapalai Resort. Cantik kan kan kan kan? Ko rasa nak snorkeling tengok ikan, ko terjun je kat bawah. Malam, siang?? Terjun je. Malam lagi cantik tau! Pastikan korang beli touch light untuk dalam air tu, kalau nak snorkeling malam. Silap-silap korang jumpe penyu besar! Best!



Masa ini, tengok kawan-kawan turun dulu.. Tetiba aku macam gayat. Sebab, kena terjun terus. Mulalah fikir dalam ke ape. Lepas bersalin ini, aku rasa perasaan gayat tu berleluasa. Huh.


So kita gembirakan hati dulu, bagi ikan makan.


Cantik! 


Lapar ye kau ikan.



Takpe aku turun bagi kau makan. 





Jom!! Hehehehe.



Ok perasaan gayat itu dah hilang, aku turun dengan hati yang gumbira =D. Jangan lupa bekalan roti untuk turun ke bawah. Baru best!

 


Pancing dulu. Mari-mari makan.





Tengok dah banyak!! Kat sini ikan-ikan dia tak adalah ganas sangat. Berbeza masa aku snorkeling kat Krabi, ikan dekat Krabi ganas-ganas. Taring panjang-panjang sikit. Dan Redang, ikan dia malu-malu. Hehehe.  Lain tempat, lain rupanya perangai ikan ini. Macam manusia juga =P.





Ikan, ikan dan ikan.



Tada!!! Terkejut tak??? Hahaha. Kalau korang scroll ke atas semula, perasan tak ikan ini asyik ikut kitaorang. Sekali kitaorang tengok gambar balik, dia depan kamera. Apahal lu???


Hahahaha.








Budak cekenit ini, alhamdulillah tak meragam. Tapi dia tak turun. Eksen je tu pakai baju swimming. Bila cecah kaki dia ehek ehek -_-". Napelah kau gayat tetiba. Dulu masa lepas pantang, mama bawa ko pergi Sunway Lagoon..ok je nak. Takpelah...mama tak push pun. Nanti berani lah tu kan??



Lepas ke Kapalai Island, kitaorang pergi ke next detinasi. Tak ingat nama dia apa. Aku tak turun sebab tempat dia agak rendah, asyik terkena batu karang je. Ada kawan kitaorang sampai luka-luka.



So aktiviti aku adalah....



Bagi ikan makan lagi =D. Faris pun seronok masa ini. Dia tak takut baling roti kat ikan. 



Dari pagi sampai ke 12.30 tengahari kitaorang snorkeling. Laparrr... sampai aku makan roti nak bagi ikan. Hahahaha. Faris aku dah bekalkan dia macam-macam. Air kotak, biskut dan roti.



Perjalanan pulang. Menikmati permandangan yang ada. Serius unik tempat ini :). 




Sampai sini sahaja. Bye!



+ By +

Tuesday, November 19, 2013

Pulau Mabul, Sabah [part2]

....[part1]

Selama 5 hari 4 malam di Pulau Mabul, kitaorang ambil package snorkeling dan diving. Ada juga package ke Pulau Sipadan  dan ada juga package lain-lain. So korang bolehlah cuba mana-mana package if pergi nanti. Kitaorang nak mencuba diving! Short diving pun ok lah, nak merasa turun ke bawah dan tengok dunia dalam air. Errrr takut pun ada ni sebernarnya. Hahaha.


OK. Pulau Mabul ini mempunyai keunikan sendiri. Dia tak terlibat dalam monsun. Bestkan? So tak ada sangat air bergelora. Selama aku pergi, air dia tenang-tenang sahaja. Cerita salah seorang pekerja dari Scuba Jeff, ada satu tempat yang mempunyai pusaran untuk menyedut air. Kalau ada tsunami ke apa..tempat itulah yang menyelamatkan Mabul  dari terkena 'muntah' tsunami. Ha gitulah cerita nya. Tapi, pusaran itu agak jauh. Maybe di tengah-tengah laut. 


Ya sini seperti aku bagitahu, sangat-sangat tenang. Memang tak ada bunyi langsung bunyi hon kereta, bunyi enjin kereta. Yang hanya didengari adalah enjin motor boat  =D dan air bergocak. Perkampungan sini pun adalah sangat kecil. Pengangkutan utama diaorang adalah sampan dan boat.


Seawal 6 pagi aku bangun, cuaca dah cerah. Hari agak mendung sikit hari keduanya. So tak adalah aku nampak sangat matahari terbit. Matahari seakan malu-malu gitewww.



6 pagi. Tenang kan? Rinduuuu! Bila tengok gambar semula, sure rindu. Semalam wak tanya, yang bila nak repeat?? I suka Mabul.. nanti kita repaet eah?? Ohhh nantilah lah tunggu anniversary kita lah eah (yang entah keberapa). Semua tempat pun hang nak repeat! Hahaha.



Nampak orang tidur kat luar itu? Itulah pekerja Scuba Jeff. Diaorang memang tidur kat luar. Diaorang cakap inilah ekon terbaik! Memang terbaikpun aku rasa, sebab tak ada seekor pun nyamuk. Pagi-pagi sejukkkkkk!



7 pagi.


7 pagi, nelayan dah start keluar mencari rezeki. Sesiapa nak makan seafood sampai muntah, boleh lah borong! Murah-murah.






Tengok. Ada kerapu merah, kalau kat KL mahal kan?? Mabul, selonggok RM 10. Untung-untung dapat ikan free je! Hahaha. 




Bukan ini sahaja group nelayan, nanti datang lagi dan lagi. Haaaa ambil kau juling mata nak memilih. Silap-silap sampan selepas itu lagi murah! Hihihi.




Sotong. Kalau tak silap sotong ini RM 20 semua. Kitaorang tak beli, banyak dan besar sangat. Takut nak makan. Hahaha.




Ketam. RM 20 satu ikat itu. Ada 6 ekor semuanya... Ha..murah tak?



Bukan ikan, sotong dan ketam je tau...



Ada juga....






Lobster! Anak lobster, mak lobster, bapak lobster, segala nenek moyang lobster pun ada. He he he. Dalam kampung Mabul itu pun ada yang menjual hasil laut yang fresh. Nanti kalau ada kesempatan..aku cerita juga kat blog.




Sampai sini je dulu. Ok bye!



+ By +

Pulau Mabul,Sabah [part 1].

Pulau Mabul. Pergi bulan 5 haritu, bulan 11 baru nak cerita. Hahaha. Maaflah. Faris pun dah besar. Tapi, nak juga post kat sini sebagai kenangan, nak-nak kenangan manis untuk Faris. Kalau ada rezeki, kita repeat dengan adik (adik) yang lain. Ehhhhhh.


Siapa pernah dengar mesti tahu. Tapi sebelum ini tempat ini tak berapa popular. Sekarang dah ramai yang pergi. Pulau Mabul adalah pulau yang kecil di pantai tenggara Sabah. Pulau ini, popular dikalangan penyelam dasar laut, sebab keunikan yang ada di dasar laut adalah sangat-sangat cantik dan berdekatan dengan Pulau Sipadan.


Oh ya. Cerita pasal Pulau Sipadan. Ni pun dalam wishlish nak pergi. Teringin sangat..! (Boleh yang? *jeling suami).


Cerita pasal Mabul ini, aku sebenarnya bukanlah honeymoon ke ape. Just pergi dengan kawan-kawan sepejabat. Dah rancang lama, akhirnya dapat pergi juga..ye la..masa itu kan ada isu Lahad Datu kan? Masih suam-suam lagi berita tu. Tapi, alhamdulillah tiada apa yang dibimbangkan. Masih terkawal.



Ke Pulau Mabul makan masa 2 jam dari Jeti Umum Semporna. Memang cantik betul pemandangan. Sampai kat satu tempat tu, macam laut ini luas tiada penghujung. Takut pun ada juga...bila nampak rumah ke tepi-tepi tu rasa lah selamat kan? Bila laut luas rasa macam kita je duduk tengah-tengah. Faris? Memula itu takut la..jerit..aku peluk..last-last dia diam. Explore ya...jangan nak takut sangat. Hehehe.


Permandangan laut yang luas terbentang. Ada beberapa tempat yang ada resort atas air. Cantik.


Cantik kan kan kan?Air jernih. Tapi tak nampak apa-apa. Ye la laut dalam kan? Nampak macam pasir putih je kat bawah tu. 


Lama juga dalam boat. Bila nampak je resort ke deretan rumah kat dalam laut, mesti tertanya dalam hati dah sampai ke...dah sampai ke?? Hahaha. 




2 jam berlalu..maka kitaorang sampai ke destinasi!!! Yeah!! Teruja semua ada. Bila dekat je dengan chalet, mata dah tertumpu kat air..kat bawah nuuuu. Jernih!




Tengok! Ada nemo bawah itu. Kalu tempat lain susah nak cari nemo. Sini bawah chalet je =D. Teruja. Dan lagi satu, ada penyu besar-besar lalu sini. Haih...tetiba rindu nak pergi sini. Tenang.





Ini anak-anak orang bajau laut berkeliaran. Nampak boat yang kat blakang tu? Tu la rumah dia. Ok nanti part 2 kita cerita sikit pasal orang bajau laut ini ya. Seronok kalau kita mendalami kisah hidup dan sejarah diaorang. Serius unik. 




Nah gambar sekeping untuk meratapi tuan punya blog [yang masa ini masih berisi badannya T___T ]. Tengok Faris buat muka lain macam. Hahaha. Dia ini memang sebiji macam aku, aku waktu kecil...antisosial sikit..suka ikut bontot mak. Kalau bergaul dengan orang ke, jumpa orang ke..ha memang aku lari. Tapi, kalau kat sekolah dengan kawan-kawan yang dah biasa...AKULAH HANTU. hahahaha. HANTU ke? Nakal la kan? =P


Aku pegang Faris dan abahnyaaaaaaa.................................






























Dah terjun ke bawah =D. Tak sabar lettew. Tak apa bagi chance sikit kat laki. Takpe..takpe..takpee.. Clearkan air? Boleh nampak kaki wak =D. Perasan? Kalau tak perasan pendek umur.





Faris dengan aku duduk kat atas menikmati angin-angin sepoi-sepoi bahasa. Oh ya Pulau Mabul ini, eletrik agak dicatu. So siang tak ada eletrik, malam je. So far oklah sebab angin laut kan, tak adalah panas melampau. Tengok? Ok je Faris duduk kat atas meja sambil makan. Kawan kat belakang tu, baru balik snorkeling. Kemain tidur tak sedar diri =D.




Ok masa ditunggu-tunggu! 









Mama Faris time!! Hihihi. Kemain ko ambil gambar dalam air, senget-senget kepala kau nyah. Sebenarnya tak pandai nak menyelam dalam laut agak dalam. Hahahaha.Lepastu tak berani nak tanggalkan life jacket. Ada hati nak ambil gambar dalam air. Puuui.


Ok dah penat bermandi manda..naik atas. Waktu pun dah maghrib. Tapi ada je orang terjun memalam. Diving pun ada. 



So makan malam, tak yah risau. Pihak Scuba Jeff dah siapkan! Senang. 




Kami.Faris tidur waktu ni.


Lepas makan, lepak-lepak dengan empunya chalet. Abang Jeff. Sangat-sangat peramah orang nya. Siap main gitar dan nyanyikan untuk kitaorang. 


Memalam tengok laut =D. Bolehlah suluh-suluh depan itu...kot kot nampak sesuatu. Oh ya..kitaorang kat sini 5 hari 4 malam. 






Ok lah. Nanti-nanti ketemu dekat part 2 =D. Daaa!




+ By +