2 hari lepas, pergi ke Istana Budaya tengok Lawak ke der? 3. Lama rasanya tak jejak kaki ke IB, tetiba terasa gatal kaki nak pergi. Hehehehe. Last rasanya ombak rindu kot. Masa aku pregnant-kan Faris. Lamakan? Sekarang Faris dah 1 tahun 8 bulan.
Macam biasa, mak offer jaga Faris =D. Haih semenjak dua menjak ini asyik bagi chance je kat kitaorang dating. Ada apa-apa ke mak? =P. Faris pula ok je kalau ditinggalkan. Langsung tak hirau aku. Amboi kemain ko ada tok ya. Takpe-takpe. Bagi chance mama dan abah dating. Good boy sangat kerana memahami. Hakhakhak. Eh gelak ada makna =P.
Ok lawak ke der? 3 kali ini ada Nabil, Douglas, Harith Iskandar dan Jambu. Masa aku pergi ini adalah malam pertama lawak ke der? 3.
Tengok laki aku. Kemain happy kau bang dapat tengok Lawak ke der?. Laki aku ini memang suka tengok lawak-lawak ini. Kalau ajak dia tengok Puteri Gunung Ledang...dia layankan juga... dia layankan......... tidur dalam IB. Hahahaha.
Kami.
Macam biasa, host dia mestilah Nabil. Nabil, biasa je..ada je lawak dia tu. Jambu pun so-so. Kenape Jambu macam dah tak ada idea? Maybe malam first kot eah. Sebenarnya agak hampa sikit sebab Jambu tak menyengat sangat. Aku suka Jambu nak nak Yus =D.
Haris Iskandar? Pun sama. Agak kekurangan idea. Aku sukalah juga layan lawak dia, sebab lawak educated. Tapi, kalau orang jenis tak paham sindiran-sindiran dia, orang akan blur tak ketawa. Hehehe.
Dan last Douglas. Aku selalu tengok Daouglas dekat super spontan. Kali ini kat Lawak ke der? 3. Dia sorang-sorang. Memula itu terfikir...apalah budak cina ini nak melawak. Tetiba dia start, mak aiii sampai habis aku gelak tak berhenti. Sakit otak ok duk gelak. Memang terbaik Douglas!! Keep it up ok! Support you =D. Oh ya. Masa akhir persembahan dia menyanyi lagu. Mak aii best suara! Tak sangka pelawak berbangsa cina ni ada bakat! Keseluruhan Douglas paling best! Hehehehe.
Ok sesiapa nak tengok, masih ada masa. Hari ini dan esok dan. Tiket? Aku tatau la ada lagi ke tak. Hehehe.
Barisan pelawak.
Dan last aku selitkan gambar booth kat luar. Boleh lah sesiapa nak beli buat kenangan.
Itu sahaja. Harap lawak ke der? 4 kekalkan Douglas. Hehehe. bye!
+ By +
No comments:
Post a Comment