Weekend lepas.
Terajin pula menguli pizza. Hehehe. Rumah ramai orang...so, syok lah makan ramai-ramai kan? Selera lain macam kalau ramai-ramai ni.... Ciksu buat tak sedap pun, korang cakap sedap =D.
OK taknak cerita banyak. Layan gambar sat.
Hawaii chicken pizza.
Tuna pizza.
Combo pizza. Hahaha main hentam je nama. Yang ini untuk Suci dan sorang lagi anak buah, Khir. Sorang nak cendawan..sorang lagi taknak. So jadilah combo sebegini. Hahaha pun boleh.... Ciksu malas nak bakar satu-satu. Buat combo bakar sekali. Senang.
3 ketulan pizza, hasil 1 adunan dough. Habis licin. Bagus semua anak-anak, suami dan mak ayah. Ini yang kita mahu. Hehehe.
Resipi dough :
3 cawan tepung ditapis.
1 cawan air susu suam.
2 sudu besar mauripan.
1 sudu besar gula halus.
secubit garam.
2 sudu minyak zaitun.
Cara-cara :
rendamkan mauripan dalam air susu suam selama 15 minit. Letak air yang direndam bersama mauripan tadi ke atas tepung. Letakkan gula dan garam..uli sampai tak melekat. Last letakkan minyak zaitun. Dah siap, tutupkan adunan dengan kain basah selama 30 minit. Biar kembang cantik. Jangan telek-telek plak. Hahaha.
Dah siap boleh start buat pizza. Ikut korang lah nak bentuk macam mana. Lepas itu, cucuk dengan garpu untuk cepat masak dan letak topping.
Untuk hawaii chicken, aku just sapukan sos prego asli, tabur daging ayam cincang, cendawan butang dalam tin, nenas dalam tin (pastikan buang air nenas tu ya) dan last letak cheese. Yang tuna pula aku sapukan butter, cucuk dengan garpu dan letak tuna dalam tin, bawang holland, serbuk parsley dan last cheese. Ikut korang lah ya topping tu. Aku main belasah. Hehehe.
Ok selamat mencuba. Hujan-hujan ini sedap makan pizza panas. Haih.
+ By +
No comments:
Post a Comment