Aku notis, kalau nak kuruskan badan...erm boleh sebenarnya. Cuma ada habit malas kan? Dan paling ketara susah nak elakkan nafsu makan. Hahahaha aku lettew. Aku kalau makanan yang berkaitan dengan karbo dan manis ini alamak...jangan cakap lah. Takut menengoknya T__T.
So aku cuba tukar mind set aku... makan sebelum kenyang..rasa sedikit untuk puaskan nafsu dan tolak sikit-sikit pengambilan karbo.
Dan...erm dah beberapa bulan juga aku dah amalkan air detox dan green smoothie (untuk green smoothie aku dah pernah cerita dalam entry)..Tapi, green smoothie aku ade mengelat sikit =D. Aku bukan sahaja set mind aku..air detox ini bukan hanya nak kurus, tapi untuk jaga kesihatan juga.
Ni rupanya air detox, aku suka letak lemon, apple, sunkist, madu, limau kasturi dan daun pudina. Ikut suka letak mengikut bahan yang ada kat rumah. Hahahaha.
Ini pula kebaikan amalkan air detox, green smoothie :
- pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang - tahap gula itu, aku juga notis yang kadar gula aku dan menurun semenjak bersalin dan semenjak aku amalkan air detox ini. Alhamdulillah.
- yang dibersihkan dan kawal usus
- penurunan berat badan (lemak, bukan air) - yang ini aku masih taknampak sebab belum capai target aku hahahaha.
- beban toksin berkurangan
- sistem imun diperkukuhkan
- meningkat kejelasan mental
- elak sembelit - ini yes! Nampak perubahan. Selain detox, aku minum green tea. Kalau tak, jadi bank sampai 2-3 hari. haha.
- meningkat keupayaan fungsi hati
- kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain
- pembersihan sel dan pembinaan semula
- berseri, kulit bercahaya - nampak glowing? Suka! hihihi
- sakit berkurangan dan alahan (beberapa hilang sepenuhnya)
- darah, tisu dan pembersihan organ
- dipulihkan kapasiti fungsi hati
- tahap tenaga meningkat
- pembersihan emosi dan pelepasan
- dan rasa dipertingkatkan kegembiraan dan ringan biasanya berpengalaman
Best tak faedah dia? Bestkan? Air detox ini dah jadi kawan pada aku. Hari-hari ada dalam peti ais. Balik kerja minum..sebelum sarapan pun minum.
Try la.. mana tahu kan an an an? =D.
Nanti dah sampai target kita dah boleh tersengeh =D. Tak sabar rasanya. Eh tapi ingat, semua itu adalah dengan izin Allah. Ok?
Oklah. Bye!
+ By +
No comments:
Post a Comment