Lama tak update pasal Faris. Faris sekarang dalam fasa banyak bercakap. HAHAHAHA. Tak lama lagi nak jadi abang long dah. InsyaALLAH. Kawan dia sekarang Upin Ipin la. Balik rumah pengasuh mesti layan upin ipin. Oklah takde lah seharian ngadap kan? Itupun banyak ambil yang siri pembelajaran.
Bagi aku Upin Ipin tak adalah kasar sangat bahasa dia, malah Faris banyak belajar bercakap bila tengok Upin Ipin. Ye lah, duk menghafal skrip je....maunya tak pandai bercakap.
Bila orang offer makan...Faris makan... dia jawab taknak, pose. HAHAHAHA. Ni gara Upin Ipin la ni. Sebab duduk tengok siri berpuasa. hehehe.
Lagi satu..kalau makan, mesti nak ayam Upin Ipin pula. Apa saja Upin Ipin makan dia nak makan. Kalau episod buah-buahan tempatan tu (ha sampai mak ko hafal tajuk siri ok. HAHAHA), tengok Upin Ipin makan durian, si Faris tu pun nak durian juga.
Honestly aku ajar Faris takde lah fokus sangat. Aku banyak ajar Faris secara naturally. Cewah. Lain mak lain didikan kan? Macam belajar berdoa, aku suruh wak download siri yang doa makan. So sambil tengok jalan cerita, sambil Faris hafal. Lagipun Faris jenis menghafal cara macam tu. Kalau aku ajar sendiri dan secara paksa aku rasa dia berlari entah kemana. So inisiatif aku ambil jalan macam ni :).
Tahun depan InsyaAllah aku akan hantar dia ke sekolah. Hanya sejam pada hari Sabtu sahaja. Cukuplah untuk dia explore dan belajar. Aku taknak dia belajar dengan cara skop yang tinggi. Dari pengalaman aku, aku sendiri boring kalau belajar benda yang aku dah tahu. So aku nak Faris explore dulu. Kelas tu, dia ajar macam menggunting, menampal, kenal huruf...oklah untuk tahap umur dia.
Itu je cerita Faris. Macam terblur plak nak taip. Hahaha.
Good luck Faris! Mama love u abang :D.
+ By +
No comments:
Post a Comment