Assalammualaikum....
Kalau scroll balik entry 2015 ada 5 entry je?? Erm 2015 banyak sangat kenangan sebenarnya. Bila tengok semula entry last adalah bulan Ogos 2015. Bulan September, kami sekeluarga kehilangan seorang bergelar ayah. Ayah kembali ke rahmatullah pada raya pertama AidilAdha, 10 Zulhijjah.
Al fatihah.
Semoga ayah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama orang-orang soleh dan beriman.
Amin.
Rindu.
Rindu. Kadang-kadang rindu yang tak terucap. Kalau dulu rindu boleh balik kampung. Sekarang, hanya doa dan sedekahkan surah Al fatihah.
(tarik nafas)
Tahun ni, Durrah pun nak masuk 2 tahun dah. Durrah tak faham lagi erti kehilangan. Tapi Faris seakan dah faham. Kadang-kadang, Faris minta pergi tengok tokki. Nak bawa balik tokki :(, Faris rapat sikit dengan arwah. Kalau balik dari rumah pengasuh, Faris akan tanya tokki dah makan dah minum? Kadang-kadang suruh tokki tidur jangan gerak-gerak. Hehehe. Faris... Faris...
Moga Faris ingat tokki sampai besar :). Durrah pun sama tau! Tokki tak sempat nak dukung Durrah..tokki cuma usik-usik je sebab tokki dah tak larat.
Ok la.. macam tak mampu nak teruskan menulis panjang. Nanti kita sambung cerita lain ok.
Ehh?! Lupe nak ucap, selamat tahun baruuuuuu (kahhh)! Semoga tahun baru ini dimurahkan rezeki dan baik baik aja dari tahun-tahun sebelum. ok.
Da!
Xoxo!
No comments:
Post a Comment