Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Tuesday, February 16, 2016

2016....?

Assalammualaikum....

Kalau scroll balik entry 2015 ada 5 entry je?? Erm 2015 banyak sangat kenangan sebenarnya. Bila tengok semula entry last adalah bulan Ogos 2015. Bulan September, kami sekeluarga kehilangan seorang bergelar ayah. Ayah kembali ke rahmatullah pada raya pertama AidilAdha, 10 Zulhijjah. 


Al fatihah.

Semoga ayah dicucuri rahmat, ditempatkan bersama orang-orang soleh dan beriman.

Amin.

Rindu.

Rindu. Kadang-kadang rindu yang tak terucap. Kalau dulu rindu boleh balik kampung. Sekarang, hanya doa dan sedekahkan surah Al fatihah.


(tarik nafas)



Tahun ni, Durrah pun nak masuk 2 tahun dah. Durrah tak faham lagi erti kehilangan. Tapi Faris seakan dah faham. Kadang-kadang, Faris minta pergi tengok tokki. Nak bawa balik tokki :(, Faris rapat sikit dengan arwah. Kalau balik dari rumah pengasuh, Faris akan tanya tokki dah makan dah minum? Kadang-kadang suruh tokki tidur jangan gerak-gerak. Hehehe. Faris... Faris...


Moga Faris ingat tokki sampai besar :). Durrah pun sama tau! Tokki tak sempat nak dukung Durrah..tokki cuma usik-usik je sebab tokki dah tak larat. 


Ok la.. macam tak mampu nak teruskan menulis panjang. Nanti kita sambung cerita lain ok. 


Ehh?! Lupe nak ucap, selamat tahun baruuuuuu (kahhh)! Semoga tahun baru ini dimurahkan rezeki dan baik baik aja dari tahun-tahun sebelum. ok. 


Da!

Xoxo!




Friday, June 25, 2010

I miss my mom when i sad....

Yes. Aku rindu mak aku. Kalau aku down mesti aku nak tengok muka mak aku. Kalau aku sedih mesti aku nak tengok mak aku. Sebab, aku tenang bila tengok muka dia.


Mom I luv u!!!


Uya makan seafood, pergi dating pun ingat mak la. Bukan tak ingat..selalu ngumpat mak :D.


Esok nak balik kampung!!! Anak ayah nak balikkkkkkk!!! *excited tahap gaban*


Ayah dah bising tak balik kampung. Lama dah tak balik.


Walaupun ayah garang, tapi aku rindu dia gak. Kalau dia tak garang, mana mungkin aku berada di tempat sekarang ;).


Happy weekend!!! Tak sabar dah nak balik, makan ikan phatin.


p/s : saje buat entry ni sebab nyampah dah dengan muka aku pegang duit juta rupiah tu. Hahaha!


.:. By .:.

Tuesday, December 15, 2009

Suami besar, isteri susah?

Lagi-lagi aku buat entry pasal kawin. Muntah darah la korang baca. Hihihi.. Of course la memang banyak pesanan-pesanan terakhir sebelum aku kawin. Aku kan anak bongsu. Penamat segala. Sure mak ayah aku adalah di antara orang yang paling sedih nak lepaskan anak dia yang sudah tua bangka ini bongsu dia yang sorang ini :( . Selagi aku tak kawin, selagi tu diaorang membebel. Cam ni la cam tu la.. (kalau mak terbaca, maaf dipinta :D. Nina jangan cerita kat tok! :P. Nina is one of silent reader dan pengadu terbaik :)... )


"Nanti pilih suami, amik yang gelap.Sorang putih, sorang gelap. Nanti sejuk" kata ayah kepada anak bongsunya.

Eh macam tu eah? ok! *lulus :D

"Pastu jangan besar dari kita. Laki besar sangat dari kita, nanti susah".

Susah? *aku sudah fikir lain! Fullstop!!! :P