Showing posts with label ByzuraMJDesign. Show all posts
Showing posts with label ByzuraMJDesign. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Kerja.

 Salam semua,


Dah hari ke berapa kita berpuasa? Rasanya tahun ini macam cepat je kan. Tup tup lagi 2 minggu dah kita nak beraya.  Lately ni agak sibuk sikit. Blog macam biasa, kalau sibuk mesti kena abaikan :P. Tapi tak lupa terus. Mana bolehkan? Manis rasanya kalau dicatatkan di sini. Kalau stress, boleh baca. Percaya tak kalau baca entry sendiri boleh menguntumkan sebuah senyuman? Hehehe pemilik blog sahaja yang tau.


Sekarang sibuk dengan task satu ini. Sahaja nak mencuba nasib.


Tuah ayam nampaknya di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu.... kan? Hehehehe




 Lagi satu minggu benda ini kena submit. Harap-harap sempat. Kalau boleh nak siapkan cepat. Semoga berjaya By!


Kerja lain, tak lain tak bukan...packaging barang untuk dihantar kepada customer. Alhamdulillah di atas rezeki yang diberi,TUHAN.



Ni antara hasil kerja aku :). FynnJamal pakai baju dari koleksi business online aku. Alhamdulillah.


Thank you FynnJamal.
 (Nanti aku post entry aku jumpa dengan FynnJamal hehehe)


Kerja ini sebenarnya benda yang aku tak sangka. Maybe juga kerja gila aku dalam hidup ini hahaha. Aku cuba dan cuba. Sekarang, aku dah nampak hasil usaha aku. Syukur di situ. Namun, aku kena berusaha lebih lagi. Aku ada impian aku. InsyaAllah.


Nak kata letih? Erm aku rasa tak sebab letih aku di pejabat, tekanan aku di pejabat aku boleh atasi dengan kerja ini. Setiap kali aku dapat positif feedback dari customer, itu dah boleh buat hati aku kembang untuk setahun. Hakhakhak. Ok hover ko!


Oklah. Sampai ketemu lagi. Bye.





+ By +

Wednesday, May 11, 2011

DIY doorgift bags.

No no not for me! Ingat tak dulu aku pernah cakap nak buat doorgift bags untuk Suci?! Yes dah siap buat pun :D. Suka! Dalam sibuk-sibuk, Ichu sempat buat untuk adik. Terharu tak?? terharu tak??


50 pieces doorgift bags for Suci!



Pak Su Azim pun tolong. Nanti adik panggil Pak Su ya bukan Abang Azim lagi. Hehehehe. :P


Thursday, May 5, 2011

Suci's besday preparation.

Memandangkan pada malam selepas aku nikah ada majlis sambut Besday Suci, anibesari BIL & akak aku dan berinai kecil je (Ha hamik semua nak gabung. Bukan apa, save bajet. Hahahaha), so aku telah meng-offer-kan diri untuk deco Suci-nya doorgift.


Kakak nak warna biru. So aku sponsor bekas doorgift je. Aku buat gabungan paper bag, doily paper, riben dannnnnnnnnnnnn tag ni!!!

Cik Su dah siap design dan print untuk adik tau! Harap adik suka T.T. Sorry Cik Su letak warna pink. Hahaha




Nampak tak signature kat bawah tu? ByzuraMJDesign?? Perasan nak jadi graphic designer *batuk*. Eh tapi best gak kan? Bukan blog design..Agak-agak dapat ke sambutan?




.:. By .:.