Dah hari ke berapa kita berpuasa? Rasanya tahun ini macam cepat je kan. Tup tup lagi 2 minggu dah kita nak beraya. Lately ni agak sibuk sikit. Blog macam biasa, kalau sibuk mesti kena abaikan :P. Tapi tak lupa terus. Mana bolehkan? Manis rasanya kalau dicatatkan di sini. Kalau stress, boleh baca. Percaya tak kalau baca entry sendiri boleh menguntumkan sebuah senyuman? Hehehe pemilik blog sahaja yang tau.
Sekarang sibuk dengan task satu ini. Sahaja nak mencuba nasib.
Tuah ayam nampaknya di kaki,
Tuah manusia siapa yang tahu.... kan? Hehehehe
Lagi satu minggu benda ini kena submit. Harap-harap sempat. Kalau boleh nak siapkan cepat. Semoga berjaya By!
Kerja lain, tak lain tak bukan...packaging barang untuk dihantar kepada customer. Alhamdulillah di atas rezeki yang diberi,TUHAN.
Ni antara hasil kerja aku :). FynnJamal pakai baju dari koleksi business online aku. Alhamdulillah.
Thank you FynnJamal.
(Nanti aku post entry aku jumpa dengan FynnJamal hehehe)
Kerja ini sebenarnya benda yang aku tak sangka. Maybe juga kerja gila aku dalam hidup ini hahaha. Aku cuba dan cuba. Sekarang, aku dah nampak hasil usaha aku. Syukur di situ. Namun, aku kena berusaha lebih lagi. Aku ada impian aku. InsyaAllah.
Nak kata letih? Erm aku rasa tak sebab letih aku di pejabat, tekanan aku di pejabat aku boleh atasi dengan kerja ini. Setiap kali aku dapat positif feedback dari customer, itu dah boleh buat hati aku kembang untuk setahun. Hakhakhak. Ok hover ko!
Oklah. Sampai ketemu lagi. Bye.
+ By +
No comments:
Post a Comment