Showing posts with label Hat Yai. Show all posts
Showing posts with label Hat Yai. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Hari terkahir di Hat Yai, Thailand.

OK ni entry untuk last day kat Hat Yai. Just pergi jalan 2 hari je. Hari last adalah hari penghabisan untuk bershopping! Pagi-pagi, kakak dah ajak pergi Pasar Pagi Hat Yai.


Tak nak lepaskan peluang. Suka je tengok suasana pagi kat sana. Meriah! Ada jual ulam-ulaman, sayur, bunga semualah!! Termasuk pork, katak, kura-kura..ular...erkk??hehe. Betul tak tipu.


Geram tengok bunga. Kat sana murah-murah!! Kat sini kenapa mahal kan? *sedih*


Suasana pagi. Kakak sampai terlocat-locat nampak katak. Hahaha. Lawak.


Kerepek jangan cakaplah. Memang banyak. Halal atau tak je. Sekali keropok kulit ular :P.. Haaaa


Lepas je pergi pasar pagi.. Pergi berjalan-jalan sekitar town. Masa ni, dah tak larat nak ambil gambar... Penat macam patah pinggang.


Habis berjalan, sambil-sambil tunggu bas.. sempat buat manicure =D. Boleh berangan diva kejap. Hahaha.




Lepas je buat manicure, sempat potong rambut sekali!!! Puas hati. Sekarang sudah berambut pendek ya dek non.




Sekian laporan short vacation, Hat Yai, Thailand....next!!!!!!!!!! :D;
.:. By .:.

Thursday, February 3, 2011

Night Market. Hat Yai, Thailand.

Salam, cewah. Habis tertunggak cerita kan? Nak tulis je orang ni panggil.. nak keluar lah apa lah. Kata cuti -_-". Last-last save je dalam draft.


Ok sambung. Bila malam hari, kakak ajak aku pergi pasar malam kat Hat Yai. Naik tuttut..RM 2.
Bila sampai je.. mak ai.. lagi banyak barang-barang perempuan! Bayangkan sampai tak tahu nak pilih yang mana. Rambang mata.


Sini tak adalah barang yang branded. Cuma biasa-biasa je...Banyak barang seperti kasut, baju, aksesori wanita, spender wanita pun ada. Hihihi. opssss~


Murah-murah. Kata penjual tu, kedai branded beli kat sini juga..tapi sampai kat sana packaging dan cop lain. Huhuhu. Mungkin ada betulnya juga kan? No komen =D.


Jom saksikan apa ada kat sana.

Kasut yang bermacam jenis. Kasut macam Ayu Raudah pakai masa bersanding pun ado.


Minah ni tak dijual ya. maap. hahaha


Beranika topi!


Aksesori!!



ok yang ni lelaki terpaksa tutup mata. Hahaha. Betul ni tak tipu.


Spender!! Hahaha murah-murah!! 5 helai rm 10 =D.


Baju!! Berjenis-jenis baju ada.



Lepas je jalan-jalan ke pasar malam. Kitaorang lepak kat gerai-gerai depan hotel. Sangat-sangat meriah. Macam-macam ada jual. Ada makanan, ada pakaian, ada jual handbag. Kalau malas nak berjalan. Jalan depan hotel pun dah cukup.


Ni salah satu gerai muslim. Jual nasi briayani, som tam dan ayam goreng.


Kat sana memang femes pulut mangga. Sepanjang jalan mesti nampak pulut mangga ni.


Dim sum kan? Sedappp.


Yang ni dia akan bakar dan letakkan sos thai. sedappp jugak!


.:. By .:.

Wednesday, February 2, 2011

Di sekitar Hat Yai, Thailand pada waktu pagi dan petang.

Ni cuma short vacation. Just teman kakak berjalan-jalan. Dia dah lama tak pergi Hat Yai. Aku? Lagilah, tak pernah pergi :D. First time masuk belah siam nu.. Erm Hat Yai?? Boleh dikatakan syurga membeli belah! =D


Pergi hari Jumaat malam dalam pukul 10.30 malam dengan menaiki bas. Sampai sana lebih kurang pukul 6 pagi. Cuma satu je lecehnya naik bas ni. Kena turun naik bas untuk cop kat borderpass. Lain semua ok.


Ni borderpass nak masuk Thailand.


Sampai je Hat Yai terus check in di Mayflower hotel. Rupanya senang je nak cari hotel kat Hat Yai ni.. memang banyak. Mayflower ni kira ok lah, 3 bintang kot. Semalam RM 90, 900 bat Thailand lebih kurang... Ni untuk 2 katil single ok! Aku kongsi dengan kakak untuk satu katil...hihihi. Yang lagi satu katil, bagi kat kawan kakak. Kata nak tidur je kan?

Di kaunter Mayflower hotel.


Lepas je check in, mandi, basuhkan badan bagi segar.. haruslah mengisi perut terlebih dahulu.


Isi perut di Salwa Restoran. Restoran ni adalah restoran makanan halal. Kat Hat Yai kena tengok gak kedai makan dia... Sekali ada pork goreng kicap halia. Bukan ada pork je, ada ular goreng sekali. Haaaaaaaaaa tak ke haru? -_-"


Lepas isi perut haruslah berjalan di sekitar bandar Hat Yai.


Penuh dengan baju wanita! Suka!!!



Di Pasar Hat Yai. Aku lupa lah nama dia. Sekali tengok macam Pasar yang dekat Penang tu kan?


Naik tut tut. RM 2 ke mana sahaja.


Di Plaza Hat Yai. Memang berbaloi-baloi.. Sampai tak tahu nak pilih mana satu. Banyak sangat pilihan!


Lepas je jalan-jalan.. Kitaorang singgah ke gerai-gerai tepi hotel. Saja lepak-lepak cari makanan.

Antara yang terfemes kat sana. Nenas!!! Makan dengan sos cili pedas!


Lepas tu haruslah pekena pulut mangga!


Dan yang paling best mestilah pulut duriannnnnnnnnnn!! yum yum!!! Tiba terasa nak makan! Huahuahuahua.



Malam kami ke Night Market!! Ha lagi berbaloi tau!


.:. By .:.