Showing posts with label beef teppanyaki. Show all posts
Showing posts with label beef teppanyaki. Show all posts

Wednesday, June 16, 2010

Menyampah dengan GSC.

Ye aku tak tengok Karate Kid lagi. Sila senyum-senyum kambing pada aku. Tu la galok sangat dalam FB, siap post kat wall nak pergi tengok Karate Kid. Kan dah tak jadi tengok. Padan muka.


Semalam, aku tengok GSC online. Last minit aku tengok memang ada time pukul 7 malam. Kantoi. Tak sembahyang maghrib.


Lepas tu, punyalah mr boyfie bawa kereta sampai tercabut tudung. OK tipu. Potong semua kereta, gara-gara gf dia ni dah merenget-renget nak tengok. Siap dah buat muncung ikan buntal dah. Semua orang cakap best. Tu yang meroyan nak tengok.


Tapi, bila sampai kaunter. Dia cakap tak ada pukul 7 malam. Memang tak ada. sampai mr boyfie bebel betul tak aku tengok. Pelik gak. Dah dua kali jadi macam ni. Serius aku select all movie, lepas tu today. Memang sah la aku tak silap kan?


Tu yang terjadi kat GSC. Pelik. Memang jarang aku pergi tengok dekat GSC, sebenarnya. Tapi, disebabkan GSC Mid Val adalah yang paling dekat. Redah je la.


Haritu nak book pun susah. Aku lagi suka TGV. Senang. Call senang. Nak book senang sikit (tu pun kalau awal booking).


Bengang punya pasal. Terus perut kebulur jadi lapar tahap apa.


1 set beef teppanyaki.


1 set popiah basah. ABC tu bukan aku punya. Tapi, last aku tibai gak.


p/s : macam nilah aku nak hilangkan rasa marah. Balik rumah, ada kejadian lain. Last aku mandi dan tidur. Senang... Suka tak kalau balik rumah ada orang bebel? Tak pun bebel dalam sms. Suka?


.:. By .:.