Showing posts with label duit hantaran. Show all posts
Showing posts with label duit hantaran. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Survey di pagi hari....

Saja suka-suka nak survey. Lately ni, aku tengok duit hantaran (untuk kahwin) dah mahal-mahal kan? Dah tak main 5k. Dah tak main 8k. Almost kawan aku pun 10k, 12k. Pergh!! Kerja apa diaorang ni?



Lain dengan zaman akak aku dulu. 5k pun dah cukup. Itu 14 tahun dulu.



Sekarang dah lain.



Jiran tertangga dah mula banding-bandingkan harga hantaran. Orang itu banyak ni. Orang ini banyak tu. Erm...Kadang-kadang sampai pekerjaan pun di ambil kira bila nak letak duit hantaran.


Contoh.


"Anak aku kerja tadika je, laki dia mekanik. Boleh je 12k. Anak ko manager, takkan tak boleh..."



Nak taknak. Statement tu dah boleh phsyco mak ayah kita.



Memang kalau ikutkan sekarang, harga barang semuanya mahal. Setakat 10k orang cakap, dah tak cukup.



So kalau korang tak keberatan, nak share dengan aku...meh la. Sila share....



BERAPA DUIT HANTARAN KORANG?



.:. By .:.