Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Dear Baby.

B, lagi 4 hari kau akan terima nikahnya. Wah mesti berdebar-debarkan? Tapi aku tahu ko tengah galok kan? :P. Serius aku happy. Sangattttttt happy!!! Sorry aku tak dapat hadir majlis ko :((.


Dah ramai orang tanya kenapa aku tak hadir majlis ko. Termasuklah abang ipar aku kesayangan ko tu. Hahaha. Takpe at least ko tahu mana hala tuju aku kan? Heee. Aku saja taknak datang nanti aku nangis! *sepak aku laju-laju* Tak tak. Ok. Serius.


Tahun ni masuk 11 tahun aku kawan dengan ko kan? Banyak kisah duka dan gumbira kita share. Banyak sangat! Pernah sekali kita pernah clash kan? Hahaha. Biarlah, bukan sebab kita pun kita clash. Tapi sebab orang ketiga! Muahahaha.


Disebabkan jodoh panjang, kita sambung balik -_-.


Masa jumpa ko kat rumah Sue. Ko perasan tak aku cium ko. Hahaha aku amik kesempatan. Tapi, aku tak rela nak tengok muka ko. Huhuhu. Dan pada hari Isnin yang lepas, ko ingat tak aku cubit-cubit lengan ko? Aku cakap "yeay nak kahwin, elok-elok ya". Tapi ko macam malas layan aku. Hahaha. Aku tahu, nanti ko takut kita leleh (nangis) sama-sama kan masa tu?


Ok nak cerita sikit perkenalan dengan Baby. Kenal baby ni masa mula-mula masuk UNITEN. Aku cari housemate. Masa tu dia kenalkan aku dengan nama Baby. Dalam hati gila gedik minah ni. Hahaha. Sampai sekarang aku rapat dengan dia.


Dan mulalah, kehidupan sebagai student yang kejap jatuh bangun bersama-sama.

Korang perasan tak, gambar ni macam gambar gadis kilang?? Kalau hantar mangga ni, aku rasa dapat menang gift free! Haha.

Dan lagi minahs kilang =D. Up skit supervisor.


Asal aku ada lawan netball, masti aku paksa korang suruh join dan bersorak untuk aku. Padahal aku tahu korang bukan bersorak pun, tapi duk bergosip. Hahaha.

Ini antara geng kahwin awal. Takpe kita lepaskan dia. Biar dia kumpul anak lelaki ramai. Kita kumpul anak perempuan ramai. Nanti boleh jadi biras -_-".


Erm dengan baby ni dah macam adik beradik lain bapak lain mak pun ada. Terima kasih b, sebab jadi kawan aku. Ko banyak nasihat, bagi dorongan, panduan. Haha Bagi aku sesat jalan pun ada. Haha.. Asal aku sedih aku cari ko. Ko pun sama. Tapi takde hal la. Pastu nangis sama-sama. Apa kes??


Dengan baby ni semua masalah, kitaorang share. Nangis pun sama-sama. Gelak je tak sama-sama. Sebab aku ni susah nak gelak waktu dulu. Asal aku moody, baby ni mula gelek-gelek dangdut depan aku. Aku diam je. Malas layan nyah :D.


Sekarang baby dah nak kahwin. Aku doakan ko,b berbahagia sampai hujung nyawa. Along is rock!! Kalau Along tak jaga ko memang aku patah-patahkan rangka tulang dia. Eh kalau goreng pun sodap rangka tu. Hahaha. Ok Im happy for you!! Muahhh!!



Last.


Apa kes kita ambil gambar macam ni??? *gelak!!!*



p/s : gambar ko peluk aku kat padang UNITEN tu dah hilang!! :(( Banyak siot gambar kita dua dah hilang.


SELAMAT PENGANTIN BARU IN ADVANCE B!! LEBIU!

.:. By .:.

Tuesday, August 24, 2010

Disebabkan banyak isu kahwin dalam belog ini..

Ramai yang tertanya-tanya bukan? Kenapa belog ini kadang-kadang cerita pasal kahwin. Ermm seseorang mesti lah ada naluri hendak berkahwin. Tipulah kalau tak ada kan? Impian tu semua orang ada..


Bukan taknak mengaku ke apa lagi. Ada orang tanya, me nak kahwin ke? Jangan selindung padahal belog jaja cerita kahwin. Owhhhh. Salahke aku cerita pasal kahwin sebelum ni? Cerita pasal collection hantaran semua? Itu semua as collection aku. Kalau betul pun aku nak kahwin apasalahnya kan? Gagagaga.


Aku pernah bagitahu dulu, if satu hari aku nak cerita, aku akan cerita kan di sini. Tunggu je lah sampai muak pun. Tak payah nak duk jaja cerita aku kat belakang.


Mungkin cara aku berselindung tu membuatkan sesetengah pihak tak suka. Sakit hati. Erm.. Ok im speechless.


Kamonlah kita dah besar.


As you know, aku buat belog ni pun bukan nak menunjuk apa yang aku buat semua. Just for fun. Erm..seperti kawan rapat aku cakap, mana lah tahu kita tua-tua nanti boleh gak baca. Menggamit kenangan gitu.


Ok merajuk. Taknak buat entry kahwin dah =P. Siap haribulan aku privatekan belog ni.

.:. By .:.

Tuesday, July 27, 2010

Dugaan-NYA-

Kadang-kadang kita susah nak tapis dugaan. Kita terfikir kenapa dugaan itu datang. Aku pun macam tu gak. Kena lah fikir apa nak buat kan? Jangan hanya nangis dan termenung.



Sampai bila pun aku rasa benda tu tak selesai.



Tadi waktu lunch, aku saje sms akak aku. Tiba-tiba nak tanya dia. Aku memang selalu sms dia tanya pendapat...



Kalau orang nak kahwin, mesti ada dugaan ke? Sebab orang (aku) dengar ramai yang ada dugaan. Ada gak yang smooth je.



Ewah tak ada angin beliung ribut taufan, aku tetiba tanya akak aku...



Dan dia menjawab...



Kadang-kadang dugaan tu datang dari Tuhan. Kalau mu (akulah. dia bahasakan diri aku mu :D), hadapi dengan tenang bersama ok. Orang (akak aku) pun ada dugaan sebelum nak kahwin. Mu ingat ni. Kadang-kadang susah, so hidup kekal lama bersama. Dan dugaan tu lain org lain caranya.



Dan aku pun tercengang...


Sejak bila akak aku pandai berceramah. Kagum. Lalu terharu.



Tak pasal aku mengalir air mata..hahaha! buat malu je. Aku memang sentimental!


p/s : tak ada kena mengena aku nak bertunang ke apa. tu persiapan mental nak kahwin. Kena tanya orang yang makan garam dulu ;)



.:. By .:.

Tuesday, July 13, 2010

Survey di pagi hari....

Saja suka-suka nak survey. Lately ni, aku tengok duit hantaran (untuk kahwin) dah mahal-mahal kan? Dah tak main 5k. Dah tak main 8k. Almost kawan aku pun 10k, 12k. Pergh!! Kerja apa diaorang ni?



Lain dengan zaman akak aku dulu. 5k pun dah cukup. Itu 14 tahun dulu.



Sekarang dah lain.



Jiran tertangga dah mula banding-bandingkan harga hantaran. Orang itu banyak ni. Orang ini banyak tu. Erm...Kadang-kadang sampai pekerjaan pun di ambil kira bila nak letak duit hantaran.


Contoh.


"Anak aku kerja tadika je, laki dia mekanik. Boleh je 12k. Anak ko manager, takkan tak boleh..."



Nak taknak. Statement tu dah boleh phsyco mak ayah kita.



Memang kalau ikutkan sekarang, harga barang semuanya mahal. Setakat 10k orang cakap, dah tak cukup.



So kalau korang tak keberatan, nak share dengan aku...meh la. Sila share....



BERAPA DUIT HANTARAN KORANG?



.:. By .:.

Wednesday, June 16, 2010

Kecantikkan kekal hak milik setiap insan....

Ok. Tajuk tak ada kena mengenapun. Hahaha! Dah tak tahu nak letak tajuk apa. Nanti kalau letak tajuk : Saya nak kahwin! Kang orang ingat aku gila meroyan nak kahwin. Tapi, memang gila pun.


Tipulah, kalau dah umur genap 28 tahun, tak ada hasrat nak kahwin. Aku rasa semua orang kepingin. Kecuali, memang dia dah tak ada perasaan.


Tipulah juga, kalau aku tak berangan kan?


Mesti lah berangan, nak kaler apa, nak pakai baju macam mana, nak buat macam mana, semualah.


Bila tengok gambar orang kahwin dalam internet ke magazine ke, memang aku senyum-senyum sorang. Ya aku mengaku, aku sendiri berangan nak pakai macam tu. Konon-konon nak ambil gambar macam tu. Kesian. Kesian wanita tua ini ^__^.


Dan setiap kali jumpa sedara-mara ke kawan-kawan ke.Mesti tanya bila nak kahwin. Dari bf dulu sampailah ada bf baru. Still soalan tetap sama.


Makcik-makcik pula, siap cakap umur 28 dah sepatutnya kahwin. Ya aku tahu itu.


Mana taknya, kalau dikalangan sedara mara akulah yang belum kahwin lagi. Batch aku semua dah kahwin. Malah ada yang muda dari aku pun, dah bertahun kahwin.


Kawan pula, semua dah beranak pinak. Ada yang dah capai 4 orang anak dah pun..


Tapi, nak buat macam mana jodoh tak kesampaian tak sampai lagi. So aku redha.


Tipulah kalau aku tak berdoa setiap kali aku sembahyang. Tengah drive pun aku berdoa. Agar-agar mamat macho kat sebelah jadi jodoh aku. Wakakaka. Tipu.


Jauh di sudut hati aku, aku mengakui aku juga kepingin nak bekeluarga. Tapi, apakan daya, semua itu jalan tuhan kan?


Sesiapa yang mengatakan aku dah tua bangka tu, ya aku mengakui. Kalau sesiapa yang kata aku dah habis getah, ya aku menafikan. Hahahaha! :P


Aku rasa aku dah merepek banyak ni...


Jom layan aku berangan. hihihi. Aku nak kumpul collection untuk bertunang dulu.


Sebelum kahwin, mesti bertunang dulu kan?

First aku sangat berkenan dengan kaler lemonade. Sangat!!! Lawa kan?

Nak nak bila tengok Aziz M Osman bertunang dengan Puteri Lily. Memang aku jatuh hati dengan kaler lemonade.

Lepas tu tengok Jimmy. Jatuh hati lagi sebab kaler pink.Hadoiya...

Korang yang dah bertunang dan ingin bertunang pilih kaler ape?????


p/s : mungkin membuat keputusan supaya memilih kaler peach + gold. Dan mungkin pink penambah seri ^___^.

.:. By .:.

Friday, April 23, 2010

Sketsa : dating...

"You tahu, mak I tanya nanti kenduri kahwin I buat kat mana. Nak kampung ke, rumah, ke dewan?"


"Habis you jawab apa"



"errrrmmmmmmmmmmmmmmm...." *sambil berfikir lama.


"You betul nak tahu??"


"Ye la...you jawab apa? Haish...cepatlah!!!"














"I jawab...kat KLCC convention centre!" * sambil sengeh dan terus berdekah-dekah gelak.


"cait!!! Macamlah awek you artis!!!"



*sengeh macam kerang busuk (^___^)



.:. By .:.

Tuesday, December 22, 2009

Beta tak pakar tapi just share info..


Ada kawan tanya, eh masa ko buat gambar Mawi background hitam putih tu macam mana eik? Guna apa?


Hoh! Cerita ini agak lapuk sudah. Tapi tak kisah la..aku share info. Meh sini aku ngajo :D


Yes aku guna Adobe photoshop. Aku tak ada la pandai mana, touch up-touch up sikit tang kudis,jerawat boleh la :P.

Aku cropkan gambar ni guna Polygonal Lasso Tool >> then select kat mana korang nak black and white kan.

Pastu right click >> select inverse.

Then pergi kat tool image >> mood >> grayscale.

Ikot korang la nak grayscale atau blurkan skit apa yang korang crop tadi..

Senang kan? Tapi gambar seperti di atas memerlukan kerja yang teliti untuk touch up. Kena nampak smooth dah tak keras sangat.


Kalau nak lagi senang guna photoscape la. Tapi kalau photoscape, kalau nak print..kualitinya berbeza..pecah-pecah.

So selamat beramal~~ :)

Tuesday, December 15, 2009

Suami besar, isteri susah?

Lagi-lagi aku buat entry pasal kawin. Muntah darah la korang baca. Hihihi.. Of course la memang banyak pesanan-pesanan terakhir sebelum aku kawin. Aku kan anak bongsu. Penamat segala. Sure mak ayah aku adalah di antara orang yang paling sedih nak lepaskan anak dia yang sudah tua bangka ini bongsu dia yang sorang ini :( . Selagi aku tak kawin, selagi tu diaorang membebel. Cam ni la cam tu la.. (kalau mak terbaca, maaf dipinta :D. Nina jangan cerita kat tok! :P. Nina is one of silent reader dan pengadu terbaik :)... )


"Nanti pilih suami, amik yang gelap.Sorang putih, sorang gelap. Nanti sejuk" kata ayah kepada anak bongsunya.

Eh macam tu eah? ok! *lulus :D

"Pastu jangan besar dari kita. Laki besar sangat dari kita, nanti susah".

Susah? *aku sudah fikir lain! Fullstop!!! :P