Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Bleeding lagi. Tsssk!

Last Saturday, lepas je tengok wayang just jalan-jalan kat area The Curve. Then, rasa macam biasa nak buang air.... I choose tandas duduk. Ntah kenapa. Walaupun kakak suruh aku pergi tandas cangkung. Aku tetap pilih tandas duduk.


Erm.. bila dah buang air, tengok-tengok OMGGGGGGGGGG! Kencing berdarah!!!! Kenapa ni?? Dah cuak gila. Just capai tisu and lap. Tak ada apa apa. Just darah tu keluar bersama air kencing (sorry kalau bahasa agar pasar).


Terus tak jadi berjalan. Aku nak pergi klinik! Call sana sini tanya klinik kat mana. Tapi, im not familiar area Ikea so tatau mana nak tuju. Pergi Kota Puteri Mediacal Centre area Sungai Buluh. Dia just boleh check. Tak boleh scan untuk condition baby. Tssk.


We decided plak pergi UMRA area Shah Alam. Tempat selalu checkup. Senang. Ya Allah masa tu berdoa tanpa henti. Nak kata tumpah darah tak ada. Tapi, Tuhan je tahu apa yang aku sedang fikirkan T__T.


Sampai je UMRA. Timbang berat, check darah dan urine test. Masih berdarah!! Ya Allah!!


Time gynae panggil suruh baring terus then check condition baby. Dengar jantung... Ya Allah syukur.. check condition baby. OK Ya Allah syukur lagi. Rahim pun ok.


Gynae pun tak tahu kenapa ada darah. Just dia cakap mungkin virus... Dia bagi ubat then terus balik. Masa balik kencing masih berdarah. After 10 minit (tak silap) lepas makan ubat still berdarah. Ya Allah.


Just baring.


Dalam pukul 2-3 pagi. Im not sure. Kencing lagi. Tapi tak darah dah. Alhamdulillah. Mungkin ubat yang gynae bagi tadi dah pun bertidak balas.


Alhamdulillah.


Sekarang dah mula rasa perasaaan takut nak buang air... Takut berdarah lagi T__T.


Hanya Tuhan je tahu apa perasaan aku di kala ini. Risau condition baby. Risau kesihatan. Semuanya dalam satu.


Semoga tiada apa apa yang berlaku antara aku dan baby...Pls pray for me.




Friday, October 21, 2011

Sangat comel!

Sangat comel bila tengok perkembangan baby (yang di-googling di internet). Boleh hilang stress tahu?? Dari bentuk bulat ke bentuk kekacang, dan seterusnya. Subhanallah, kagum dengan ciptaan Allah. Kekadang rasa mahu menangis.


Hari ini, alhamdulillah Baby dah 16 weeks. Ye sebesar ini !~




Ha ada yang kaitkan dengan buah! Click sini!



Rindu nak tengok baby dalam perut. Minggu depan kita jumpa ya baby! Semoga baby sihat dalam kandungan. Ya Allah lindungilah kandungan ku. Amin.



Wednesday, October 19, 2011

Sharing : Kurma baik untuk ibu hamil

Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W & mempunyai byk khasiat. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi memudahkan proses pengecutan rahim.





Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:

a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yg sdg dtg haid & mereka yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)

b) Tidak mengandungi kolestrol.

c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan C, sodium & potassium.

d) Potasium penting utk sistem saraf yg boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin & meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dr barah payudara & rahim.

e) Kandungan gulanya mudah diserap badan & memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.

f) Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan.

g) Memudahkan proses bersalin & pengecutan rahim.