Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Keadaan baby dalam perut.

Baby (nama mama belum cadangkan :P),

tengoklah betapa nakal nya baby duduk dalam perut mama. Kaki sebelah lurus, sebelah lagi goyang. Sampaikan gynae dan nurse pun gelak. Baby, tengah buat apa tu? Kaki ko sengal-sengal eah? hahaha


Lagi satu gambar, mama tak sempat nak ambil copy. Yang tu lagilah kaki berselang! Baby, baby..

Moga mama dapat jumpa baby dan baby sihat sempurna. Baby jangan nakal-nakal sangat!


Betullah orang cakap since nak masuk 5 bulan dah rasa penggerakkan baby dan ia akan menjadi pengalaman yang cukup seronok :).


Terima kasih Allah.

Friday, October 21, 2011

Sangat comel!

Sangat comel bila tengok perkembangan baby (yang di-googling di internet). Boleh hilang stress tahu?? Dari bentuk bulat ke bentuk kekacang, dan seterusnya. Subhanallah, kagum dengan ciptaan Allah. Kekadang rasa mahu menangis.


Hari ini, alhamdulillah Baby dah 16 weeks. Ye sebesar ini !~




Ha ada yang kaitkan dengan buah! Click sini!



Rindu nak tengok baby dalam perut. Minggu depan kita jumpa ya baby! Semoga baby sihat dalam kandungan. Ya Allah lindungilah kandungan ku. Amin.



Friday, March 25, 2011

Cerita ke Terengganu.

Pergh dah lama cerita ni, cerita masa pergi majlis bertandang Baby. See! I pergi you! Sejauh mana, insyaAllah tak ada aral, tak ada hal aku pergi.


So Jumaat 11 march bertolak la kitaorang ke Kemaman. Ha kan haku cakap cerita ni dah lama! :P.


Tidur rumah tokki(datuk) semalaman. Erm seingat aku, memang dah lama tak pergi rumah tokki. Ni je lah datuk original yang tinggal. Yang ori lain semua dah tak ada.


Pepagi lagi sebelum pergi ke majlis bertandang baby, kitaorang pergi ke pasar Cukai nak perkena sarapan pagi sana. Kerah wak Ajim suruh bangun. Bila lagi dia nak merasa semua tu. Oh wak Ajim first time datang rumah tokki.


Memang dah niat nak bawa wak pergi rumah tokki. Kata tokki, bawa wak sebelum dia bertemu tuhan. Oh sedih. Stop.

Suasana pagi. Ni kakak ipar mak. Dia ada gerai kat sana. Nampak kuih apam warna warni tu?? Pergh sedap!!! Kalau dekat sure aku tempah untuk desert majlis nanti.

Makcik ni antara yang femes. Nasi dagang dia sedap! Siapa pernah makan kuih kayu keramat? Tu dia dalam bakul biru. Sedap kalau makan panas-panas. Manesss rasanya.


Dan dalam pukul 10 pagi, kitaorang bertolak ke rumah Along untuk hadirkan diri ke Majlis bertandang Baby di Kuala Terengganu. Sampai dah lewat, sebab hari hujan. Lepas tu banyak pulak kemalangannya!

Bersama baby bucuk yang comel pakai jubah! B, ko dah macam kahwin dengan Pak Arab daaa. :D


Bersama sefamily. Eh aku belum :D


Lepas tu kitaorang singgah Pasar Payang. Mula nak cari barang kahwin.. pastu malas. Boleh? Beli kerepok lekor sudah. Pastu beli telur penyu!

Sagun. Mak bagi cadangan nak bagi bebudak. Tapi mak, macam mana kita nak beli??? Jauh!

Aneka makanan ringan.

Kita tengok penyu telur. Kita makang telur penyu :D. Aku memang suka!


Lepas tu kitaorang perkena jagung bakar tepi jalan. Tengok wak makan tak senonoh! Tapi, sumpah sedap! Makcik tu pandai bako, bako bako!

Air Nira. Pergh aku tak boleh masuk. Manesss bangat! Oh air kelapa makcik tu sangat best! Siap berebut dengan wak :D

Kalau dulu kan berebut nak ambil gambar Api kat area Kerteh ni. Tiap kali lalu sini mesti ambil gambar :D. Punyalah jakun.


Lebih kurang pukul 6 petang sampai rumah tokki. Rehat kejap perkena satar. Lepas itu, balik ke KL. Kitaorang sampai ke rumah dalam pukul 1.30 pagi macam tu. Sebab hantar mak balik Mentakab dulu.


Esokkan Pergi Perak pulakkkkk.


Oh ini ada sedikit kenangan wak bersama tokki ;).




Tata peeps! Salam Jumaat!

.:. By .:.

Wednesday, March 2, 2011

Dear Baby.

B, lagi 4 hari kau akan terima nikahnya. Wah mesti berdebar-debarkan? Tapi aku tahu ko tengah galok kan? :P. Serius aku happy. Sangattttttt happy!!! Sorry aku tak dapat hadir majlis ko :((.


Dah ramai orang tanya kenapa aku tak hadir majlis ko. Termasuklah abang ipar aku kesayangan ko tu. Hahaha. Takpe at least ko tahu mana hala tuju aku kan? Heee. Aku saja taknak datang nanti aku nangis! *sepak aku laju-laju* Tak tak. Ok. Serius.


Tahun ni masuk 11 tahun aku kawan dengan ko kan? Banyak kisah duka dan gumbira kita share. Banyak sangat! Pernah sekali kita pernah clash kan? Hahaha. Biarlah, bukan sebab kita pun kita clash. Tapi sebab orang ketiga! Muahahaha.


Disebabkan jodoh panjang, kita sambung balik -_-.


Masa jumpa ko kat rumah Sue. Ko perasan tak aku cium ko. Hahaha aku amik kesempatan. Tapi, aku tak rela nak tengok muka ko. Huhuhu. Dan pada hari Isnin yang lepas, ko ingat tak aku cubit-cubit lengan ko? Aku cakap "yeay nak kahwin, elok-elok ya". Tapi ko macam malas layan aku. Hahaha. Aku tahu, nanti ko takut kita leleh (nangis) sama-sama kan masa tu?


Ok nak cerita sikit perkenalan dengan Baby. Kenal baby ni masa mula-mula masuk UNITEN. Aku cari housemate. Masa tu dia kenalkan aku dengan nama Baby. Dalam hati gila gedik minah ni. Hahaha. Sampai sekarang aku rapat dengan dia.


Dan mulalah, kehidupan sebagai student yang kejap jatuh bangun bersama-sama.

Korang perasan tak, gambar ni macam gambar gadis kilang?? Kalau hantar mangga ni, aku rasa dapat menang gift free! Haha.

Dan lagi minahs kilang =D. Up skit supervisor.


Asal aku ada lawan netball, masti aku paksa korang suruh join dan bersorak untuk aku. Padahal aku tahu korang bukan bersorak pun, tapi duk bergosip. Hahaha.

Ini antara geng kahwin awal. Takpe kita lepaskan dia. Biar dia kumpul anak lelaki ramai. Kita kumpul anak perempuan ramai. Nanti boleh jadi biras -_-".


Erm dengan baby ni dah macam adik beradik lain bapak lain mak pun ada. Terima kasih b, sebab jadi kawan aku. Ko banyak nasihat, bagi dorongan, panduan. Haha Bagi aku sesat jalan pun ada. Haha.. Asal aku sedih aku cari ko. Ko pun sama. Tapi takde hal la. Pastu nangis sama-sama. Apa kes??


Dengan baby ni semua masalah, kitaorang share. Nangis pun sama-sama. Gelak je tak sama-sama. Sebab aku ni susah nak gelak waktu dulu. Asal aku moody, baby ni mula gelek-gelek dangdut depan aku. Aku diam je. Malas layan nyah :D.


Sekarang baby dah nak kahwin. Aku doakan ko,b berbahagia sampai hujung nyawa. Along is rock!! Kalau Along tak jaga ko memang aku patah-patahkan rangka tulang dia. Eh kalau goreng pun sodap rangka tu. Hahaha. Ok Im happy for you!! Muahhh!!



Last.


Apa kes kita ambil gambar macam ni??? *gelak!!!*



p/s : gambar ko peluk aku kat padang UNITEN tu dah hilang!! :(( Banyak siot gambar kita dua dah hilang.


SELAMAT PENGANTIN BARU IN ADVANCE B!! LEBIU!

.:. By .:.

Monday, May 17, 2010

Selamat bertunang...

OK selamat bertunang yang sudah bertunang. Eh bukan aku lah. Korang tertipu! Hahaha! Tu gambar aku verangan je tu. Kesian . Ada gaya tak? Muka lesu nak berangan bertunang :D. Ditambah pula muka yang sedang gelap sebab, sakan bermain futsal di Rentap Futsal.


Yang bertunang si Lin ni. Adik si Baby. Mak tumpang bahagia je lah!! B ko harus belajar untuk makeup aku lak nanti!! :D. Cun dowh ko makeup adik ko. Sesiapa nak sentuhan si Baby sila klik sini>>.... *komisen please*


Muka yang bengkak akibat nangis gaduh ngan boyfie bermain futsal, amatlah ketara!! Makeup habis cair. Panas dek non. Nak nak mak pergi belasah sambal tempoyak dengan rakusnya. Nasib baik sedawa tak keluar bau duren-duren. Hihihihi


.:. By .:.

Thursday, February 18, 2010

Just Engaged!

14.2.2010, tarikh keramat bagi aku. Heh! Mesti orang terkejut kan? 14hb haritu telah termatrinya adam dan juga hawa, terikatnya sesuatu ikatan sebelum ke alam perkahwinan. Eh tapi bukan aku. BFF aku, si Baby bertunang! Serius, aku happy sekali!

Hari Sabtu, aku dah bertandang ke rumah dia. Tolong mana yang patut :D. Aku memang minta excuse kat mak aku sebab nak raikan majlis ini sama-sama!

Dialah sahabat sejati, kekasih sejati...nangis sama-sama..suka sama-sama. Oit B! Ko nak tahu? Masa mak Along sarungkan cincin haritu aku mengalir airmata. Bukan sedih..Tetapi terlalu gembira! Hehehe... Dengan perasaan lega aku lepaskan kamu kepada Along :D.

Susah woo hati aku nak lepaskan ko. Tapi disebabkan Along bayar lebih, bodek lebih..Aku lepaskan ko :D. Hehehe!

Ini ada gambar yana aku snap dan edit :D.




Semoga kamu berdua berbahagia (macam wish orang dah kahwin lak :D)

Nak tengok lagi gambar-gambar atau cerita pertunangan, silalah ke blog Baby..

Nanti aku cerita lebih dari tuan pulak :D.. Weeee!!! Aku happy B!! Luv u :*

Tuesday, January 12, 2010

Sob Sob

Sob sob sambil baca entry kawan aku nak bertunang.... Terharu aku. Gembira dengar khabar macam tu. Lepas ni aku tak leh nak manja-manja, peluk dia dah. Hey tapi bukan menangis... Ni ha aku tengah selsema, batuk dan demam!! Lengkap!!

Meleh-leleh hingus baca entry kawan-kawan :D. Akibat selsema tak elok-elok.

3 hari aku menyepikan? Aku demam!!! Teruk sampai tak boleh bangun. Sampai merangkak-rangkak cari makanan. Help me...help me.. dah macam kena parkinson :D.

Aku demam cukup lengkap kali ini. Ntah kenapa ntah sampai macam ni sekali. Ni pun aku gigihkan untuk berdiri. Kalau tak, nak pijak di bumi yang nyata pun susah :P.

Demam sampai darah hidung. Huhuhuhu sian kan?

Ni pun quick update je. Aku tak sempat nak buat auto publish. Nanti orang cakap aku tak buat kerja lak :P

Chow!!!

Thursday, October 22, 2009

Taniah Puteri Lyana!

Tiba-tiba seronok dengar Yana (kawan seunibesiti) selamat melahirkan anak pada 30.09.09. Agak cantik nombor tu Yana! Aku suruh la dia send gambar baby... teruja-teruja! Bila aku nak dapat anak? hint* hint* :D


gambar first aku dapat..comey



gambar kedua.. nampak matang lak :P.. geram tengok dia senyum.

Nama baby, Muhammad Izzaidin b.Izham. Macam mana lah rupa ko jadi mak kan Yana? Pasti jadi mama rock. hehehe..Thanks bagi pelepasan untuk upload gambar baby kat blog aku ..

Keinsafan~~ Bukan kerana selepas tengok baby ni. Ntah la..lately ni aku selalu je beli buku-buku 'islamic' ni..hehehe sebelum tidur aku pasti akan membacanya. Lagipun dah lama aku cari Al-quran dan terjemahan ni. So, hari ni jumpa..rembat saja la. Kebetulan MPH buat sales kat tempat kerja aku ni..

Sangat berpuas hati :)