Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts

Monday, January 9, 2012

JPO - Johor Premium Outlets.

First time pergi masa vacation tempoh hari. Orang duduk cerita pasal JPO, nak juga pergi kan? Hahaha. Pergi sebelum masuk SG {read : Singapore}. Disebabkan dah petang kitaorang sampai so tak adalah masuk ke SG terus. So tukar plan ke JPO.


Wow! Memang besar tempat ni. Nun jauh kat kawasan lapang. Ingatkan dia buat bangunan ni kat tengah-tengah bandar JB tu T__T. Tapi dekat dengan exit Senai!


Jom layan gambar dulu sebelum pergi ke konklusinya (eh dah macam karangan ada konklusi :P)

Tengoklah nak parking pun padat! Almaklumlah kitaorang pergi time cuti sekolah dan perayaan T_T.


Ni pula lautan orang. Nak masuk kena beratur. Tapi ada certain outlet je la kena beratur.


Bahan bukti (orang pregnant) Hahahaha. Muka dah macam hape dah. Berminyak bagai. Mana taknya, rest pun tak..sampai terus plan ke JPO.


Mak tengah pilih baju ayah :). Isteri solehah. 

Ha ramai kan kan?


Mak Buyung dah tak larat time ni. Diaorang je shopping berlebihan. Mak Buyung shopping baju anak (dalam perut) je. Sempat lah rembat se-dua.

Ok konklusinya? JPO tak adalah best mana. Macam sama dengan KL sales je. Boleh lah bagi aku. 


OK da~ Dari JPO!

Tuesday, August 17, 2010

Muar, Johor.

Tak banyak gambar yang diambil. Hp tinggal dalam rumah mak BIL. Bila nak keluar je, baru bawa. Sana tak ada line. Kalau bernasib baik dapat lah 1 bar. Kesian orang merindui saya itu. *jolok mulut,muntah*.



Hanya 1 hari Di Muar. Malam Sabtu sampai, then lepas berbuka Ahad dah balik. Aku memang selalu ikut akak aku balik kampung mertua. So far diaorang baik, alhamdulillah. Nak apa saja mesti diaorang usahakan. Asalkan musim buah, mesti call akak suruh bawa mak dan ayah ke Muar. Kitaorang memang rapat. Bestkan kalau dapat FIL macam tu? Minta-minta aku pun dapat macam tu nanti *berdoa untuk diri sendiri*. Amin. Ke orang jawa ni memang baik? gagagaga.



Aktiviti hari Sabtu adalah mengait buah rambutan dan pulasan. Dapat la seguni rambutan dan seguni pulasan. Habis ranap kereta aku :D.



Then petang kitaorang ke Melaka. Saja jalan-jalan. Tengok pasar Ramadhan kampung. Kitaorang singgah ke Merlimau, Melaka.

Budak tak puasa ni tak habis-habis suruh aku snap gambar. Dia ngekor aku je. Cik Su nak ni nak ni...padahal tak puasa tu. Dalam kereta chap-chap makan. Dugaan!




Dan hasil ke Pasar Ramadhan Merlimau, Melaka.


Lautan kuih dan lauk-pauk. Asam pedas mak mertua akak aku gak yang sedap.


- seronok berpuasa di kampung. Teringat masa aku bertugas di Pengerang, Johor dulu. Makan bersama-sama dalam dulang -



p/s : Uya bila nak kahwin? Itu soalan biasa bila dah berjumpa sanak saudara.


.:. By .:.