Showing posts with label muar. Show all posts
Showing posts with label muar. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010

Muar, Johor.

Tak banyak gambar yang diambil. Hp tinggal dalam rumah mak BIL. Bila nak keluar je, baru bawa. Sana tak ada line. Kalau bernasib baik dapat lah 1 bar. Kesian orang merindui saya itu. *jolok mulut,muntah*.



Hanya 1 hari Di Muar. Malam Sabtu sampai, then lepas berbuka Ahad dah balik. Aku memang selalu ikut akak aku balik kampung mertua. So far diaorang baik, alhamdulillah. Nak apa saja mesti diaorang usahakan. Asalkan musim buah, mesti call akak suruh bawa mak dan ayah ke Muar. Kitaorang memang rapat. Bestkan kalau dapat FIL macam tu? Minta-minta aku pun dapat macam tu nanti *berdoa untuk diri sendiri*. Amin. Ke orang jawa ni memang baik? gagagaga.



Aktiviti hari Sabtu adalah mengait buah rambutan dan pulasan. Dapat la seguni rambutan dan seguni pulasan. Habis ranap kereta aku :D.



Then petang kitaorang ke Melaka. Saja jalan-jalan. Tengok pasar Ramadhan kampung. Kitaorang singgah ke Merlimau, Melaka.

Budak tak puasa ni tak habis-habis suruh aku snap gambar. Dia ngekor aku je. Cik Su nak ni nak ni...padahal tak puasa tu. Dalam kereta chap-chap makan. Dugaan!




Dan hasil ke Pasar Ramadhan Merlimau, Melaka.


Lautan kuih dan lauk-pauk. Asam pedas mak mertua akak aku gak yang sedap.


- seronok berpuasa di kampung. Teringat masa aku bertugas di Pengerang, Johor dulu. Makan bersama-sama dalam dulang -



p/s : Uya bila nak kahwin? Itu soalan biasa bila dah berjumpa sanak saudara.


.:. By .:.

Tuesday, June 22, 2010

Ok sekarang musim durian!!!

Ahad lepas aku baham 3 biji durian. Aku rasa dah lama tak makan. Asal teringin mesti aku pergi Big Apple, cari Duren-Duren. Lepas gian. Nasib baik Duren-Duren tu memang rasa macam isi durian betul. Kalau rasa petai pun aku boleh terima. No hal.


Woit! Sekarang ni musim durian. Durian ni khas dari Muo. Teringin je balik kampung my BIL, tunggu buah durian gugur ^_^.


Gambar tak menggiurkan korang. Blur pulak. Hampeh. Padahal curi ambil gambar, duk diam-diam kat dapur. Kang kena sergah dengan akak aku. Dengan durian pun nak ambil gambar :D.


Kenapalah Ujang sekarang nipis. Mahal pulak tu. *tetibe*. Kantoi seluar tidur warna merah wuuuuuuiii :D


p/s : aku nampak buah durian tersidai kat dapur pagi tadi(nampak masa aku nak g mandi, curi-curi jeling). Mesti roomate aku punya. Minta-mintalah dia offer aku makan durian sama-sama. Kalau tak, aku buat air liur meleleh.


.:. By .:.