Tuesday, August 17, 2010

Muar, Johor.

Tak banyak gambar yang diambil. Hp tinggal dalam rumah mak BIL. Bila nak keluar je, baru bawa. Sana tak ada line. Kalau bernasib baik dapat lah 1 bar. Kesian orang merindui saya itu. *jolok mulut,muntah*.



Hanya 1 hari Di Muar. Malam Sabtu sampai, then lepas berbuka Ahad dah balik. Aku memang selalu ikut akak aku balik kampung mertua. So far diaorang baik, alhamdulillah. Nak apa saja mesti diaorang usahakan. Asalkan musim buah, mesti call akak suruh bawa mak dan ayah ke Muar. Kitaorang memang rapat. Bestkan kalau dapat FIL macam tu? Minta-minta aku pun dapat macam tu nanti *berdoa untuk diri sendiri*. Amin. Ke orang jawa ni memang baik? gagagaga.



Aktiviti hari Sabtu adalah mengait buah rambutan dan pulasan. Dapat la seguni rambutan dan seguni pulasan. Habis ranap kereta aku :D.



Then petang kitaorang ke Melaka. Saja jalan-jalan. Tengok pasar Ramadhan kampung. Kitaorang singgah ke Merlimau, Melaka.

Budak tak puasa ni tak habis-habis suruh aku snap gambar. Dia ngekor aku je. Cik Su nak ni nak ni...padahal tak puasa tu. Dalam kereta chap-chap makan. Dugaan!




Dan hasil ke Pasar Ramadhan Merlimau, Melaka.


Lautan kuih dan lauk-pauk. Asam pedas mak mertua akak aku gak yang sedap.


- seronok berpuasa di kampung. Teringat masa aku bertugas di Pengerang, Johor dulu. Makan bersama-sama dalam dulang -



p/s : Uya bila nak kahwin? Itu soalan biasa bila dah berjumpa sanak saudara.


.:. By .:.

4 comments:

umi jie said...

By,
orang jawa memang ramah ;-D
Bukan sebab kak jie kawin org jawa but memang adat diorang sambut tetamu macam tu. Dan kalau bole diorg nak kita makan bersama satu family.

fabulous.farah said...

banyakkkk giler food. huhuhu..homemade memang terbaik

Bai said...

umi jie : hehehe. ramah sgt2 kot kadang2. hehehe

Bai said...

f.f : tu la. nasib baik takde yang sakit perut. hehehe