Showing posts with label kad kahwin. Show all posts
Showing posts with label kad kahwin. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

DIY Kad Kahwin yang tidak mengecewakan.

Sesiapa yang baca pernah baca entry ni {klick}, mungkin sudah tahu hajat di hati tuan punya blog. Teringin sangat nak design sendiri. Guna ilmu yang sedia ada yang tak pandai sangat ni.


Ha nak tahu keputusannya? Yes, aku design sendiri! Dan sekarang telah mendapat kelulusan FFIL (future family in law!), alhamdulillah.


Diaorang tanya wak Ajim, bilakorang ambil gambar ni?? Hahaha. Memang kitaorang buat senyap-senyap dan decided untuk letak gambar sendiri. Alang alang biar poyo terus menyeluk pekasam. teeheeee~


Sekarang, tengah proces edit oleh kedai kad kahwin dan check untuk confirmation artwork sebelum print.


inilah gambaran kad yang tidak seberapa -_-.


Ingat tak aku kelam kelibut cari tulisan jawi? Kat FB pun kecoh tanya orang mana nak cari tulisan jawi -_-". Inilah sebabnya =D. Tulisan jawi di muka hadapan kad!



p/s : thanks to wak sebab banyak menolong untuk melihat map dan kesilapan. Me kasih wak! Manessss moment :D

.:. By .:.

Sunday, February 6, 2011

Idea semasa di dalam bilik air..

Bila mood bridezilla datang.. erm semuanya nak buat. itu ini sampai pening kepala mana nak start dulu. Mood teruja tu sampai memuncak-muncak. Hahaha.


Semalam, masa mandi..gosok-gosok badan. Eh boleh terfikir nak tukar font pada kad kahwin. Terasa nak letak tulisan jawi! Tapi cari punya cari dapat arabic fonts je. Ermm tapi bila letak cantik pulak!


Mana nak cari tulisan jawi?? Kalau lah impian ni jadi kenyataan.. bestnya kan? Mana melayu lama gitu..


Siapa yang tahu dimanakah untuk aku dapatkan font jawi ni secara percuma? Please-please..


.:. By .:.