Showing posts with label DIY card. Show all posts
Showing posts with label DIY card. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

DIY Kad Kahwin yang tidak mengecewakan.

Sesiapa yang baca pernah baca entry ni {klick}, mungkin sudah tahu hajat di hati tuan punya blog. Teringin sangat nak design sendiri. Guna ilmu yang sedia ada yang tak pandai sangat ni.


Ha nak tahu keputusannya? Yes, aku design sendiri! Dan sekarang telah mendapat kelulusan FFIL (future family in law!), alhamdulillah.


Diaorang tanya wak Ajim, bilakorang ambil gambar ni?? Hahaha. Memang kitaorang buat senyap-senyap dan decided untuk letak gambar sendiri. Alang alang biar poyo terus menyeluk pekasam. teeheeee~


Sekarang, tengah proces edit oleh kedai kad kahwin dan check untuk confirmation artwork sebelum print.


inilah gambaran kad yang tidak seberapa -_-.


Ingat tak aku kelam kelibut cari tulisan jawi? Kat FB pun kecoh tanya orang mana nak cari tulisan jawi -_-". Inilah sebabnya =D. Tulisan jawi di muka hadapan kad!



p/s : thanks to wak sebab banyak menolong untuk melihat map dan kesilapan. Me kasih wak! Manessss moment :D

.:. By .:.

Tuesday, November 2, 2010

DIY-DIY By!

Tuan punya belog sangat-sangatlah kedaung untuk update belog. Tak tahulah kenapa. Mood apa yang datang pun tak tahu. Mungkin tahun 2010 dah nak habis, maka hilanglah segala mood. Bukan mood update belog je, malah semua!


Ok jom kita review balik project - DIY aku nak?

1. Ingat lagi pada DIY pamendar ball? Klick sini.
Salah satu hasil pamendar ball adalah dijadikan hiasan untuk mini pelamin. Pamendar ball dijadikan bunga tingkat seperti dalam gambar di bawah. Kayu yang digunakan untuk stand adalah kulit kayu manis. Dicilok dari rumah kakak! =D.



2. Mini pelamin yang tak seberapa megah.
Ni pun hasil kreativiti sendiri dan ahli keluarga. Pamendar ball sekali lagi dijadikan sebagai penyeri. Dan minta mak beli bunga melur dekat kuil India untuk digantung selang seli dengan pomendar ball. Sekaligus menjadikan mini pelamin wangi!



3. Hiasan bunga atas meja makeup.
Ni last minit punya kerja. Tengok kosong je atas meja. Last-last pergi ambil botol ikea (koleksinya warna pink) susun atas meja makeup. Curi bunga mak sedikit! Nah sweet! *syok sendiri*



4. Doorgift belah lelaki, perempuan, kawan-kawan dan adik-adik kecil!
Dekat doorgift ada sedikit kekurangan dan kekeliruan. Dah buat post mortem tentang doorgift ni. InsyaAllah tidak akan berlaku lagi pada majlis nikah dan sanding nanti. InsyaAllah.

Doorgift kepada belah lelaki/tok imam/pakcik saudara.

Doorgift kepada belah lelaki (perempuan)/ makcik saudara.

-dua-dua doorgift di atas ni, aku just ikat yang riben dan letak tag-



Makcik saudara (sebab dalam tu ada dompet kecil)/kawan-kawan.



5. Veil yang menjadi pujian ramai.
Hiks. Tapi aku rasa biasa je. Aku letak beads dekat atas kepala. Sangat-sangatlah simple.

Oh ni datuk belah mak. Beliau berumur 90+. Terima kasih datang dari jauh T__T.


6. Kata orang, hantaran ni sweet!
Ni pun aku buat ala kadar je. Kerah tenaga yang ada. Just look simple dan tradisi skit. Sebab, hantaran belah wak Ajim nampak moden.



7. E-card hasil karya Marcos.
Dan last e-card. Marcos lukis dan aku design. Just simple design!



Done for my simple DIY!! Yeah! Nak fokus to my big day pulak! InsyaAllah.

Friday, October 29, 2010

Tutorial untuk download font.

Khas untuk Anon, pembaca, anak-anak akan datang dan cucu cicik. Gila! Ntah-ntah zaman cicik dah tak ada blog, tak ada facebook T__T tapi boleh touch dahi orang, dah dapat tahu semua message =D.

Kerana kamu, anon yang baik..aku ajarkan ;).


1. Pergi ke website 1001fonts dan download.

Kalau guna window 98 ke, home ke ambil yang Win True Type. Kalau mac lain. Aku tak pakai mac, so aku ajar macam mana nak download yang base dia window. File adalah dalam winzip. Save je kat mana-mana suka. CONTOH : save kat desktop.


2. Then pergi kat My Computer >> Local Disk C >> Windows >> Fonts.


3. Drag file yang .tff dari file winzip yang telah didownload tadi.


4. Ok dah tersedia dalam Photoshop. See ada font Absinthe kan?

motif riben kaler nak pink? =D


5. Bukan dekat photoshop atau illustrator je kita boleh guna font ni, dekat microsoft office word, powerpoint pun boleh. Sebagai contoh :

Buat kad untuk pakwe menggunakan microsoft office word ^__^.


Selamat mencuba!


.:. By .:.