Showing posts with label kakak. Show all posts
Showing posts with label kakak. Show all posts

Friday, June 18, 2010

Kasih seorang kakak...

*sila baca dengan nada pelahan, sambil dengar lagu kebahagian dan perpisahan sebagai background muzik.


Bila aku frust menonggeng (yang tak tertonggeng sangat), ramai yang bagi kata semangat. Terima kasih. Aku hargai semua itu.


Sampaikan aku sekarang dijadikan seolah-olah seperti seorang 'puteri'. Mungkin kerana, diaorang taknak peristiwa tersebut terjadi lagi ke atas aku. Terima kasih.


Salah seorang yang suka ajak aku shopping, menghabiskan duit, jalan-jalan dan suka pergi makan-makan naikkan semangat adalah akak aku. Walaupun, aku selalu kutuk dia dalam belog. Selalu gaduh-gaduh dengan dia. Kiteorang baik sebenarnya. Sangat rapat.


So, jangan salah faham.


Dialah juga orang yang berusaha memulihkan semangat aku dulu. Dia ajak aku pergi bercuti. Dan pembelanjaan pergi-balik, dia yang sediakan. Aku bawa duit belanja je. Terima kasih kakak.


Dan kelmarin, masa aku sakit hati sangat dan geram. Aku jadi macam nak nangis. Sedih. Biasalah aku kan cengeng. Kakak aku sms. Tanya nak makan sama tak. Dia sanggup turun KL.


Dalam hati berkata, oh dia tahu aku tengah bersedih.Sentiasa tahu.


Masa tu aku memang tak ada mood nak makan. Tapi, disebabkan kakak aku dah tanya....panjangje kaki ni nak melangkah..


Dia senantiasa mendengar luahan hati ini... Dia sentiasa menceriakan hidup ini. Gaduh sampai muncung-muncung mulut, lepas tu baik dan dia sanggup belikan atau bagi something untuk buatkan aku tersenyum.


Katanya, dia lagi banyak dugaan yang dia tempuh. Yes I know. Sebab, semua kisah suka duka dia aku yang simpan.


Terima kasih kakak. Dialah satu-satunya kakak aku. *berlinang air mata*



Tak boleh nak sambung. Kang banjir pulak.. wakakaka gilak jiwang.






.:. By .:.

Wednesday, February 10, 2010

Kepal kentut buat saya rindu!

Oh masa kecil selalu aku main kepal-kepal kentut..jijikkan? Orang main kepal ais..aku main kepal kentut :D.

Itu semua abang aku yang ajar. Kepal kentut, pastu lepaskan kat deria bau :D. Tahu tak macam mana?

1. Masa kentut, kita tadah tangan kita.

2. Bila kentut, kita kepal atau tutup tangan kita tu.

3. Cari mangsa dan lepaskan dekat deria bau mangsa.

Jijik tak? :D. Tapi benda tu buat aku rindu sebab sekarang masing-masing dah besar..ada bini, ada suami..aku je belum..hihihihi..Tapi serius aku rindu :(.

Lagi satu, letak stokin busuk kat mulut org. Itu lagi keji woo.. Abang aku memang sangat nakal!

Kenakalan itulah membuatkan kami 3 beradik mesra... Sekarang dia nak masuk lingkaran umur 40 an. Mana mungkin dia buat macam tu lagi. Anak semua dah besar..bapak? Nakal lagi..hihihi.

Kakak aku? Selalu je kena buli dengan abang aku. Aku lah jadi orang tengah. Menjadi orang suruhan :D. Kakak aku selalu je nangis sebab kena sakat dengan kitaorang :D.

Oh ini lah gambar kami bertiga. Aku pasti lah yang kecil sekali tu :D. Abang aku masa ini baru start kerja (fresh graduate). Kakak aku baru lepas SPM. Kenapa ntah dia putih masa ni, pakai susu kambing kot :D. Aku masih lagi sekolah rendah.