Showing posts with label kasih yang suci. Show all posts
Showing posts with label kasih yang suci. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Imaginasi - Novel.

Semenjak Nora Elena ditayangkan... terus aku cerita kat wak yang aku pernah baca novel tu. Dan sekaligus aku memberitahu hajat di hati aku nak tengok OMBAK RINDU di pawagam nanti. Tak nak miss! Walau macam mana pun aku paksa wak!! hahahaha. sound like kejikan? Pedulik!


Cerita OMBAK RINDU paling mencatat rekod dalam hidup aku. Mana tak nya. Baca pukul 8 malam habis baca pukul 6 pagi?!! Ada tak orang leh buat cam tu?? Kalau peminat novel mesti ada kan?


Tapikan baca novel lagi syok! Boleh berimaginasi tinggi! Boleh bayangkan hero dan heroin dia macam mana. Betul tak tipu. Sampaikan wajahnya menusuk kalbu! Hahaha.


Wak selalu tanya apa perasaan aku bila baca novel... Pastu dia cakap, "Macam manalah orang baca novel leh bayangkan itu ini lah.. kalau dia baca sure tidur.." sambil geleng-geleng kepala T_T.


Takpalah wak. Nanti u pindah rumah sebumbung dengan I, I paksa you baca novel.Wakakaka.




Thursday, May 19, 2011

Cinta Nora Elena vs Cinta Melody

Ok. Kita behenti dulu pasal mood bridezilla. Kita behenti dulu pasal DIY. Kita behenti dulu pasal cite fitting baju tiba-tiba terketat bahagian perut. Kita behenti dulu cite pasal dah tanggal braces tapi kena pakai retainer selama 6 bulan tu.


Kita start dengan Nora Elena!! Cerita ni dah semakin popular sekarang ni dan pastinya tengah hangat!!! Sebab Nora Elena sudah mahu kahwin dengan Seth!!! Argh sukak!! Cerita ni bersiaran di TV3 pukul 7-8 malam, Isnin sampai Khamis.


Buat masa sekarang, kejap dapat tengok kejap tak dapat T_T. Mananya tak nya.. bz! Kejap kena menjemput orang, kejap kena hantar-ambil hantaran. Tak ada masa. Kecuali buntut ni melekat duapulohempat jam depan tv...


Oh apa kaitan dengan Cinta Melody?? Cinta Melody adalah sinetron Indonesia. Di mana ianya start bersiaran pada 5 Mei di Astro Ria. Mak dan kakak menggila tengok cerita ni. Kalau balik rumah kakak, sure berebut tv!!


Semuanya nak tv HD!! Hahaha. Sebab HD lagi jelas penglihatannya!! Awal-awal aku dah duduk depan tv dan controller aku yang pegang. Tiada sinetron, tiada cartoon network hokeh!! Padahal tu tv orang, selamberr dek aku buat harta sendiri T.T.


Bukan apa, TV HD boleh tengok Seth Tan dengan jelas!! Rasa melekat kat pipi. HAHAHAHA.


Tapi bila tak dapat tengok, Iz Yana lah mangsanya. Takpe ahkak redha walaupun tak dapat tengok... Janji dapat sumber lain walaupun lambat sedikit :D


Monday, January 18, 2010

Kasih Yang Suci..

Thanks to Iz. Kejam sungguh aku pinjam novel orang, sampai nak dekat setahun lama nya :D. Akhirnya aku berjaya juga habiskan.

my comment?

First bila habis baca novel ni, terus terfikir sampai tak lena tidur. Ada ke lelaki yang sama dengan Seth Tan? Yang menebus segala dosa dan setia kepada wanita nan 1?

Kalau adalah, memang bertuah wanita tu.

Tapi boleh ke kita menerima orang yang mencabul maruah kita? Wah bermain dengan emosi sungguh bila aku baca novel ni.

Kalau aku kat tempat Nora Elena, mesti aku macam Nora. Tidak menerima! Sebab dah cabuli hak kan?

Tapi, kalau ikut positif Seth Tan datang menebus segala dosanya dahulu. Ingin menyayangi wanita yang dia cintai sejak dulu. Ingin kembalikan maruah perempuan itu.

Aku sendiri baca, aku sendiri jadi bengong :D. Terima atau taknak!

Jalan yang agak menarik. Aku suka karakter Seth Tan yang tegas. Tapi kadang-kadang menyakitkan hati!

Mungkin kah aku akan beli novel ini sebagai koleksi aku? Beli dan simpan itu adalah satu kepuasan!

Eh betul ke orang cakap, kalau lelaki yang selalu sakitkan hati kita itu jodoh kita?

Hadoiii!!~~~