Showing posts with label mango special. Show all posts
Showing posts with label mango special. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Hari weekend mesti kena makan banyak..lepaskan nafsu orang kata

Tahukah anda? Semasa weekend sahajalah boleh makan sampai muntah darah. Masa kerja jangan haraplah. Nak makan sesuap, dah ada orang call tanya itu,ini. Malam dah letih. Makan pun ala kadar je. Makan banyak, tapi tak feel!

Oh hari itu, aku teringin sangat nak makan mee kari. Walaupun, aku bukan penggemar masakan bersantan. Tapi,adalah sangat teringin!!

Tahukah anda, bahawa ada mee kari yang sedap di Mid Valley? Oh di level atas(foodcourt) adalah syurga makanan. Sila ke level atas sekali untuk menikmati berjenis-jenis makanan.

Ini lah mee kari yang sedap itu. Patutnya, mee kari ayam tapi aku tukar kerang. Yummy! Sambal yang di tepi itu adalah penambah semangat makan.


Lepas layan santan, haruslah buang itu santan balik :D. Dengan mango special. Siap ada ais krim. Yummy!




.:. By .:.