Showing posts with label midvalley. Show all posts
Showing posts with label midvalley. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Dating...

Lately ni tak tahu lah, angau semacam. Ntah apa-apa je. B, ko ada rasa macam aku rasa ke? B2b lain? Ada?


Tak macam bercinta dulu. Selambe dek je... Mana bercinta sangat pun. Pergi balik, makan...dah. Jarang la nak bercinta sambil bertentang mata, suap-suap aiskrim ke.. picit-picit jerawat ke...memang jarang.


Bila dah bertunang ni, serius lain. Jadi malu-malu kucing. Kadang-kadang, aku notice apa jadah aku sms tanya, syg I lebih tak? Hahahaha!


Wak Ajim pun lain.... dari segi petuturan, dari segi ambil tahunya. Tak habis-habis duduk sms jangan lupa lunch, jangan lupa dinner. Wahhhh! Nak I gemuk ke?


Teringat aku menyakat dia, nak call dia B. Sebulat suara dia cakap, janganlah janggal!!!Huhuhuhu.


Erm kadang-kadang rasa syahdu semacam, mulalah cakap.... doakan hubungan kita kekal sampai akhir hayat ya! Tsskkkk..


Ok stop. Berbalik pada tajuk, dah lama tak tengok wayang sebenarnya..Last week haritu, pergi tengok wayang cerita The Other Guys. Wak Ajim pilih. Kalau ikutkan aku, aku nak tengok cuti-cuti cinta tu. Muahahaha.


Ok la cerita ni. Boleh gelak ketawa.... Ada satu part yang aku menarik perhatian....

Lakonan 2 orang ni. Siapa taknak kalau dapat bini hotkan? Sangat hot.. Ades.... tiba tengok minah ni aku jadi rendah diri lak. Hahaha. Nak bandingkan dengan aku, memang playwood habis T___T.

Aku bagi 2.5 bintang.


p/s : video bertunang I dah siapkan Uuuuuu~

.:. By .:.

Monday, August 16, 2010

Belanga, Mid Val

Selepas baca belog Maghfarah. Kedai ni terus jadi wish list jalan-jalan cari makan. Heh. Ibu tengah mengandung ni, buat aku telan air liur tau! :D.


So hari Sabtu lepas, memandangkan BIL dan akak aku ajak aku makan kat luar. Apa lagi aku suggest Belanga. Aku book atas nama aku.


Basura ye kawan-kawan. Nama ku Basura.


Aku book pukul 4.00 petang. ngagagagaga. Awal kan? Tahu je lah Mid Val kalau time berbuka mesti penuh punya. Pernah dulu aku berbuka pukul 8.30 malam. Masa tu perut dah masuk angin dah. Tak lalu nak makan. Main kentut je. Ok tipu.


Pelayan tu suruh aku order siap-siap tapi aku keras taknak. Nanti dia sediakan awal. Sejuk kejong semua makanan. So aku cakap pukul 7, baru aku start order.


Oh dalam hati, punyalah dup dap dup dap. Takut harga mahal. Nanti BIL aku cakap aku demand pulak kan? Mati aku kena bayar sendiri nanti. Matilahhhh!!!



Sebelum tu, sempat lah pergi usha apa benda yang sales. Pergh!!! Memang mencabar. Sana sini akak aku ajak masuk. Mentang-mentanglah dia dengan Nina tak puasa. Dalam kereta pun minum air. Aku? Telan je la air liurrrrrrr. 3-5 kali telan air liur.( Aku baca email HR ke siapa kasi, telan air liur banyak-banyak tak batal. wallahualam.)


Pukul 7.05 kitaorang dah berada di sana. Ni lagi mencabar. Semua bau-bauan menusuk dalam hidung.
Deco Restoran ni macam style Indon. Tapi, makanan semua makanan Kelantan maghi...


Bila makanan sampai, aku sibuk duk snap gambar. Dari buang masa, baik aku snap. Kalau time aku sampai masa tu azan tengah berkumandang, tak kuasa aku nak snap. Baik aku mengadap makanan. Pakwe hensom pun aku tak tengok dah. (konon.)


Sirap selasih for sejuk tekak. RM 4.90. Bandung tu Nina punya.


Nasi lemak RM 13.90 tak silap, kepunyaan abang ipar. Nasi lemak hijau. Boleh tiru time nak buat open house raya.


Nasi dagang ikan tongkol for me, RM 12.90


Nasi kerabu ayam percik for Nina(gila betul minah ni, tak puasa pun boleh habis satu pinggan). RM 13.90. Yang ni aku respect. Ayam percik dia sama macam mak aku buat. Pastu panggang, bau ayam panggang betul. Erk paham tak? Orang cakap bau api.


Kimchi untuk orang tak puasa. Akak aku makan meggi Korea. Apa ntah nama. Dia share dengan Suci.



Keseluruhan - Restoran ini berpatutan dan berbaloi dan sedappp.



Last.

Budak tak puasa berangan kiut yang selalu buli Cik Sunya snap gambar kiutnya.


.:. By .:.

Thursday, August 5, 2010

Kenapa pengabisan SALT macam itu?

Semalam, tengok cerita SALT kat Mid Val. Boleh pulak terserempak dengan kawan sebulu Iz (Izzie). Rancak berborak Iz? Hehehehe. Hampir tak kenal Mr.K :P.



Sampai pun dah lewat. Pastu tunggu Mr.boyfie siapkan kerja. Dekat 30 minit tunggu. Baikkan i? Tu pengorbanan tu, kalau u tak hargai siaplah u.hoh.



Masuk-masuk dah sampai adegan ahkak Angelina naik motor. Terus tenganga. Kali ni ahkak Angelina berlakon dengan bagus sekali. Berjaya.



Kagum dengan watak yang diberi. Nak-nak time action yang ada tumbuk menumbuk. Kuat gila tenaga. Minum tongkat ali ke apa? Heh.

Aku suka masa adegan masa ni. Ahkak Angelina sangat cool hokeh. Dia warnakan rambut untuk kaburkan orang. Best-best.



Tapi, kenapa SALT pengabisan dia macam tu? Sangat tak puas hati. Ada SALT 2 ke?



Then lepas menonton movie, jalan-jalan kejap. Berjaya merembat syampoo dari LOREAL. Saja nak tukar angin. Selama ni guna Rejoice je. Dari kecik sampai besar guna Rejoice. Balik rumah terus mandi dan syampookan rambut.


Oh ternyata kamu sangat memuaskan hatiku ;). Lembut sehalus sutera + ombak-ombak rambut ku dan dan wangi!!! Ingin kekalkan selamanya.



*pict google-ed


Sekian hari ngedate saya ;) ;

.:. By .:.

Thursday, May 20, 2010

Mid valley...

Semalam, tengok wayang tak jadi. Ni gara-gara penyakit tua aku datang. Aku tertinggal purse kat office!! Demmm! Kena patah balik, padahal mr.bf dah sampai kat rumah,siap bebel2 napa tak angkat call :D dah sampai rumah.

Last-last decide pergi Mid Val je lah. Sebab dekat. Berusaha gak pergi usha tiket wayang tetapi semua full house. Takkan nak tengok cerita tamil? :D.

So pergi makan dekat KFC idaman Baby ku selalu! Aku tak merasa lagi perasa black pepper tu. Orang cakap pedas. Lagilah gila meroyan aku nak rasa. Tenyatalah!! Memang best!!! Pedas!! Aku suka!


Untuk tatapan Baby. Walaupun ko jauh di mata tetapi, ko dekat di hati aku tiap kali aku makan KFC.

Lepas tu, jalan-jalan sambil cuci mata. Sempat aku merembat sehelai baju bewarna turquoise di Jaya Jusco.Hihihi. Ni bukan I guna alasan pergi Jaya Jusco nak guna toilet Jaya Jusco ok? I memang suka guna toilet Jaya Jusco :D, sebab toilet Jaya Jusco ada toilet cangkung. Hahaha!

Habis berak merembat. Jalan-jalan lagi. Ada Adidas Pure Game Ole K.O Challenge! Aku gila meroyan suruh mr.bf masuk. Hihihi. Tetapi taknak coze pakai kasut pejabat. Kalau tak mesti aku meroyan menjerit, "engkaulah jantan yang gagah perkasa". Gila kok? Eh tetiba jadi orang Sarawak :D.

So, mr.bf try yang ini je. Inipun dapat sebab beli perfume. Mendengar peraturan dengan jayanya..

Percubaan untuk menang.... Aku dah pasang angan-angan nak rembat hadiah...

Tapi malang bola yang disepak,tak masuk lubang...






tapi tak apa i tetap sayang sebab lu nak bagi duit i blanje g jalan nanti





.:. By .:.

Monday, May 10, 2010

Oh best rupanya main game!

Yes! Aku bercuti hari Khamis dan Jumaat lepas. Nak bersama boyfriend mak tersayang :D. Saja bercuti di Kuala Lumpur, bandaraya crawded terindah. Cait duduk pun sekangkang kera dengan KLCC. Nak gak bercuti kat KL :P.

Baru aku tahu, best rupanya main game. Bukan game PSP, bukan juga game PS. Tapi, bermain game di Jaya Jusco. Jaya Jusco, Mid valley. Muahahahaha! OK sila sopan.

Bermain game adalah salah satu alat pancing budak yang tengah merajuk di tepi aku itu. Kena pancing dulu, baru boleh bersenang lenang untuk bershopping. *lap air peluh*. Duit pun akan kopak untuk beli token.


Tengoklah aksi dia. Walaupun kaki tak sampai sangat untuk pedal minyak, tapi nak gak main.

Tak lupa juga, kakak nya yang tak sedar diri turut bermain. Maka kopak lagi duit untuk tambahan token.

Eh! Orang tua ini juga main. Mana boleh tengok je :D.

Bukan tak sedar diri. Tapi, mencuba sebab masa kecil aku tak didedahkan dengan benda ini. Gila jakun!! :D.

.:. By .:.

Tuesday, April 27, 2010

Hari weekend mesti kena makan banyak..lepaskan nafsu orang kata

Tahukah anda? Semasa weekend sahajalah boleh makan sampai muntah darah. Masa kerja jangan haraplah. Nak makan sesuap, dah ada orang call tanya itu,ini. Malam dah letih. Makan pun ala kadar je. Makan banyak, tapi tak feel!

Oh hari itu, aku teringin sangat nak makan mee kari. Walaupun, aku bukan penggemar masakan bersantan. Tapi,adalah sangat teringin!!

Tahukah anda, bahawa ada mee kari yang sedap di Mid Valley? Oh di level atas(foodcourt) adalah syurga makanan. Sila ke level atas sekali untuk menikmati berjenis-jenis makanan.

Ini lah mee kari yang sedap itu. Patutnya, mee kari ayam tapi aku tukar kerang. Yummy! Sambal yang di tepi itu adalah penambah semangat makan.


Lepas layan santan, haruslah buang itu santan balik :D. Dengan mango special. Siap ada ais krim. Yummy!




.:. By .:.

Friday, January 22, 2010

Paranormal activity.


Disebabkan nak sangat tengok Pananormal Activity, duduk depan sekali pun oklah :D. Gila mendongak aku!

Dah la duduk tempat, tengok pula cerita macam ni. Sampai akhirlah aku tutup mata :P.Hahaha! Kalau duduk belakang aku rasa ok sikit. Ini dah macam dekat depan muka aku je.

Nak kata seram, tak adalah seram sangat. Tapi, bila waktu malam tu. Dia rakam guna video cam nak tengok apa terjadi. Tengah-tengah tidur, ada tapak kaki lah, selimut beterbanganlah, kena tarik kaki lah. Aku pun cuak! :S

Tapi ending dia macam tanda tanya pula, kenapa dia bunuh pakwe dia. Haish! Ada sambungan kot?

Sekian laporan movie dari Bai.

Sunday, December 27, 2009

I love yoo!!

Hoh. Bukan I LOVE YOO maksudnya aku cinta padamu ya. Ni hah! Aktiviti jalan-jalan Hari Natal. Pergi kedai I LOVE YOO. Dekat The Gardens.

I love Yoo adalah kedai makan. Mula-mula takut nak makan kat sini sebab cina je ramai. I love yoo is HALAL. So ok boleh mencuba tanpa was was :D. My sis la duk cakap bubur kat sini sedap, makan ngan cakoi.

1 set soya + cakoi dan 1 set bubur + cakoi. Sedap! Bubur dia sangat halus. Cara nak makan? Cakoi tu boleh cicah dengan bubur dan boleh gaul sekali. Selalu orang cicah je la. Orang cicah, aku cicah gak :D. Jakun.

Lepas makan layan Baskin Robbins. See! Tak senonoh betul anak sedara aku. Gelak sakan dapat makan ais krim.


Monday, December 21, 2009

THEFACESHOP

Hari Sabtu jalan-jalan dengan family. Tengok THEFACESHOP ada sales, apa lagi saja je terjah... Mana tahu, ada yang berkenan di hati.

So semua di atas adalah barang yang berkenan di hati beta *gelak Sultan. THEFACESHOP ni adalah barangan dari Korean. Barang yang aku beli :

Avacado Body Exfliolator

Aku saja try mana tahu segala kudis-kudis kat bontot badan aku ni hilang kan? Sebab benda ni boleh remove kulit yang mati dan boleh buatkan kulit kita lembut. Pakai hanya 2 kali seminggu. Bau sangat wangi!! Sehari pun tak hilang bau (kalau tak bersukan la :P).

Mask

Aku beli dua jenis. Satu jenis untuk purilies dan hilangkan dark circle. Tapi tak mungkin la dark circle tu boleh hilang serta merta kan? Lagi satu jenis, aku beli untuk ratakan warna tone kulit muka. Muka aku dah macam sabut kelapa dah :D (macam mana? korang bayangkan lah..hihihi).

Fresh Lip balm

Yes! Ternyata aku suka. Memang sesuai kot dengan aku. Sebelum ni aku pakai brand lain mesti rasa belengas (tau belengas?) dan tebal. Yang ni lembut je. Tahan lama gak la (bukan tahan sehari ya). Tang kilat tu aku suka. Nampak bibir ku lembab sentiasa mcm selalu dikemam :D.