Showing posts with label mee kari. Show all posts
Showing posts with label mee kari. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Kepingin mee kari.

Dah lama gambar ni sebenarnya. Masa 4 minggu lepas kot. Hahaha sebulan ko baru nak update :P. Masa ni nak pergi KL Sentral nak buka buku ASB Faris. Kesudahan tak buka juga sebab tertinggal sijil beranak. So tanya je la apa yang patut.



Then, masa tu masa lunch. Sudah semestinya pergi cari makanan-makanan-makanan. Selalu lunch, aku tak pernah miss ambil walaupun aku on diet (on dietttttttt?). Memang wajib makan!



So singgah dekat Meals Station. Ala ala kedai makan baba nyonya. Suka sebab kuih-kuih dia sedap!



Makanan lain? OK juga..tapi kali ni try mee kari dia. Sebab kepingin sangat.







Mee kari yang di order. Sedap! Tapi tak boleh lawan mee kari kat food court Mid Valley dulu. Sebab, ada kerang fresh! Yang dekat Meals Station ni non ado.. tapi ayam dia mak ai banyakkkkkkk! 


SET LUNCH dia RM 10.90 kalau tak silap. Ok la kan..makanan banyak..lauk banyak..siap air.



Dan last muka empunya blog yang tak seberapa ni. Muka bahagian tu bukan putih sebenar. Tu adalah salah pengcahayaan. Hahahaha


+ By +

Tuesday, April 27, 2010

Hari weekend mesti kena makan banyak..lepaskan nafsu orang kata

Tahukah anda? Semasa weekend sahajalah boleh makan sampai muntah darah. Masa kerja jangan haraplah. Nak makan sesuap, dah ada orang call tanya itu,ini. Malam dah letih. Makan pun ala kadar je. Makan banyak, tapi tak feel!

Oh hari itu, aku teringin sangat nak makan mee kari. Walaupun, aku bukan penggemar masakan bersantan. Tapi,adalah sangat teringin!!

Tahukah anda, bahawa ada mee kari yang sedap di Mid Valley? Oh di level atas(foodcourt) adalah syurga makanan. Sila ke level atas sekali untuk menikmati berjenis-jenis makanan.

Ini lah mee kari yang sedap itu. Patutnya, mee kari ayam tapi aku tukar kerang. Yummy! Sambal yang di tepi itu adalah penambah semangat makan.


Lepas layan santan, haruslah buang itu santan balik :D. Dengan mango special. Siap ada ais krim. Yummy!




.:. By .:.