Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Morrocan tiles.

Hi!

Hari tu masa pantang, duduk googling pasal tiles, tetiba berkenan sangat dengan morrocan tiles. Cantik dan nampak klasik. Erm bila dah terbaring je masa pantang. Kekonon berehat (sakan), mulalah berangan bila ada rumah nak selitkan morrocan tiles kat sudut memana. Heeee.


Bila fikir ada ke kat Malaysia ni? Yes ada! Tapi limited pattern. So aritu survey dapatlah yang aku berkenan :). Beli satu pattern tetiba macam eh nak lagi la lain pattern...pastu ehh nak lagi la. Tapi bila fikir dah kenapa aku nak letak semua morrocan tiles. Kang pening lak tengok seluruh rumah bercorak :D. So aku decide 2 tempat aku letakkan morrocan tiles.


Tempat mana? Hurm tunggu lah selepas siap. Ni pun tengah berdebar takut orang pasang salah. Huhuhu. Moga-moga oklah hendaknya.


Ni lah morrocan tiles yang aku cakap tu...



Ok tak? Aku ni taste macam orang klasik.fm skit :P. Hehehe. Takpelah janji hati suka kan?



Memang susah nak decide pilih apa...nak dekor macam mana. Banyak gak majalah aku belek. Blog pun dah banyak aku explore. Kejap nak macam ni kejap nak macam tu.. Last-last ikut rasa hati je la. Asal hati gumbira, dan sedap mata aku memandang. He he he he. 


Psssst! Seronok juga bila baca blog semula. Banyak tips yang diaorang share boleh digunapakai :). 


Actually, kitaorang baru je dapat tempat berteduh. Ada lah sikit dekor-dekor. Tapi tempat limited so, ikut space yang mana ada je. Syukur lah kan? Ni baru 1 bulan duduk rumah tu. So far ok, rumah masih lapang...leh la Faris main bola sepak terajang sana terajang sini. Hahaha.


Dan bermulalah kehidupan baru kitaorang sebagai penduduk (tetap) kat situ. InsyaAllah:). 


So welcome new home and new friends!




+ By +

Monday, April 12, 2010

Awas, ada tangan yang menghulur dari tingkap!

Berlaku pagi tadi. Pukul 2 pagi. Tengah-tengah aku syok mimpi pasal PR bleeding, tiba-tiba budak umah aku gerak suruh bangun tidur. Heh! PR bleeding pun boleh bawa sampai ke mimpi *risau sangat.

Budak rumah aku cakap, ada orang raba anggota badan dia. Dan dia nampak tangan yang meraba itu. Menghulur dari tingkap!

Masyarakat~

Tingkap bilik memang sentiasa buka. Panas! Tapi, tak sangka pula ada yang sanggup menghulur tangan dan meraba! Kalau aku, aku tarik tangan tu..tengok siapa yang meraba tu. Bodoh betul! Nasib baik tak teraba tetek. Kalau tak, memang aku bersilat dengan penyapu! Silap haribulan aku gantung batang dia!

Malangnya kami tak sempat nak tengok siapa yang menghulur tangan dari tingkap itu...Sebab, budak rumah aku dah takut.

Aku terselamat sebab, katil aku bukan kat tingkap.

Heh! Panjang pula tangan dia boleh sampai raba-raba ya! Nak kena ni. Memang nak kena!

Akibatnya, aku kekurangan tidurrrrrrrrrrrrrrrrr. Siap ko si perabaaaaaaaaaaa!


.:. By .:.

Monday, November 9, 2009

Woit woit.. Kat mana ada apartment murah??

Skang aku ngah survey apartment atau rumah teres murah...Kat mana eik? Ada gak usha kat area Puncak Alam, Shah Alam.. Erm tak dapat lagi.

Rasa rugi, peluang keemasan hari tu aku lepaskan.. Erm tak de rezeki..Takpe cuba lagi. Ada sesiapa tahu area mana? dalam 80k - 150k.. Ada yang tahu tak??

Aku nak beli *ketap bibir..