Showing posts with label watson. Show all posts
Showing posts with label watson. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Bershopping adalah kepuasan!

Ha, aritu aku pergi shopping gila punya. Lama siot tak shopping macam tu. Tapi kat sini aku highlight 1-2 yang aku beli je la. Tak perlu menayang semua :P.


Selain aku pakai Zam zam hair oil, aku pakai ellipse hair vitamin. Memang aku pakai sekali seminggu. Aku pilih warna hitam. Baunya sangat harum! Tidur pun lena. Kalau ada suami, agaknya suami asyik cium bau rambut. Heh! Ke situ pulak. Ini lah akibat terlalu sangat taksub baca novel :D.

pict google-ed

Akhirnya, aku menukar jenama pencuci muka. Setelah berkurun lama pakai Loreal. Lepas itu tukar ke SK11... Pastu macam tak berubah muka aku dan SK11 mahal. So aku pilih Bio Essence. Itupun setelah baca blog kak Diana Ishak. So aku nekad mahu tukar. Mana tahu sesuai dengan hormon aku sekarang :D.

So sekarang nasihat aku pergi lah terjah Watson, kerana Watson tengah sales tak hingat punya :D.