Friday, May 8, 2009

Warkah Untuk Ibu, Maziah Alip


Kepada ibu yang aku sanjungi dan aku hormati.

Terima kasih atas segala pengorbanan ibu selama ini yang telah membesarkan saya dan tidak pernah jemu melayan karenah saya.Pengorbanan ibu selama ini, saya amat hargai dan saya rasa tidak mampu untuk saya membalas kesemuanya. Teringat lagi cerita ibu yang pernah menyelamatkan saya dari terkena air panas. Ibu sanggup mencapai cerek yang panas itu dari terkena muka saya. Ibu sanggup lukakan tangan ibu untuk saya. Kalau masa itu boleh berulang kembali, saya tidak akan nakal dan lukakan tangan ibu. Sampai sekarang luka itu masih ada kesan di tangan ibu.

Ibu sungguh besar pengorbananmu. Dirimu tidak pernah putus asa. Kenangan pahit sewaktu kakak kemalangan juga masih dalam ingatanku. Ibu telah menceritakan bagaimana kejadian itu terjadi kerana aku tidak lagi lahir ke dunia ini. Ibu sanggup berhempas pulas untuk hantar kakak ke hospital walaupun orang kampung berkata kakak dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Kakak telah terlibat dalam kemalangan yang melibatkan dirinya diheret kereta. Kulit belakang bagaikan tersiat dek jalan dan kulit kepalanya dijahit. Owh ibu, sungguh tabah hatimu.

Bila aku dalam keadaan aku lapar ibu selalu masak untukku. Tapi aku selalu mengamuk jika ibu masak tauchu, petola dan lemak labu. Aku akan sentiasa merajuk bila ibu masak sebegitu. Jika diberi peluang, aku tidak akan sakiti hati ibu waktu itu. Mungkin aku tidak matang dan hendak membesar, sebab itulah aku bertindak hingga tidak memikirkan hati ibu. Minta maaf Ibu.

Bila aku dalam keadaan sedih, ibu selalu mengusap bahuku dan menyuruh aku sabar dan tambah untuk mengharungi semua liku. Ibu selalu berpesan supaya menjadi
seorang yang cekal untuk menghadapi masa depan. Terima kasih ibu.Aku tidak pernah lupa saat itu.

Ibu ketahuilah oleh mu bahawa aku sangat hargai jasa ibu selama ini. Aku amat menyayangimu sepanjang hayatku. Aku akan membuat dirimu bahagia sentiasa. InsyaAllah.
Semoga ibu sihat sejahtera tika ini.Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU. Segala susah payahmu membesarkan aku, akan ku kenang sentiasa.

Ikhlas dari anakmu : uya.


SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU2 DI MALAYSIA!

KAK ANI, CPM, ABIE, NANA, SEMUALAH! MINTA MAAF IF TAK SEBUT NAMA..HEHEHEHE..

SELAMAT HARI IBUUUU!


3 comments:

z@ti said...

Bila diingatkan semula kepayahan, kesusahan dan pengorbanan ibu selamat menjaga dan membesarkan kita sehingga dewasa, mmg xterbalas dan ternilai. aku sgt tabik dgn ibu aku. dialah ibu..dialah ayah..dialah kawan di kala susah dan senang. aku berjanji akan menjagamu ibu..Selamat Hari Ibu buat ibu2 di seluruh dunia!

Byzura Mj (By) said...

heheh..jangan ade bf lupe ibu lak :P

C!kpuanmuda® said...

mekasihh.. awww!